Kenapa Umno Tak Sokong Usul Bahas Harga Barang




Kenapa Umno tak sokong usul bahas harga barang?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: October 07, 2022
ShareKerajaan BN – PN tidak berminat untuk membela kebajikan rakyat Malaysia apabila enggan menyokong usul Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dalam usaha untuk membahaskan isu kenaikan harga barang dan kejatuhan matawang ringgit.
Bagi Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, Umno yang menguasai Kerajaan Persekutuan dilihat tidak berminat untuk mengutamakan rakyat berbanding kepentingan politik peribadi.
“Sekiranya Umno – BN ikhlas dan serius membantu, membela nasib dan kepentingan rakyat, sepatutnya Ahli-ahli Parlimen mereka bersuara membantah Speaker Dewan Rakyat yang menolak usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Anwar telah membawa usul untuk membincangkan masalah ekonomi susulan kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara pada kedudukan yang sangat parah, sekaligus memberi kesan kepada kehidupan rakyat
“Tindakan ini diambil selepas cadangan usul tersebut yang dikemukakan kepada Perdana Menteri tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
“Bagi saya, amat mendukacitakan apabila Presiden Umno lebih mengutamakan langkah pembubaran Parlimen berbanding membantu rakyat yang berada dalam kesusahan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemimpin Umno ketika ini, katanya, sengaja mengelirukan rakyat kononnya mereka mahu membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh bagi menjaga kebajikan rakyat.
Sedangkan, katanya, Umno yang merupakan sebahagian daripada kerajaan langsung tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam membantu rakyat.
Katanya, kejatuhan nilai ringgit pada paras yang parah menunjukkan kualiti pemimpin daripada Umno baik sebagai Perdana Menteri mahu pun Menteri Kewangan
“Apa yang diulas hanyalah memberi kenyataan kononnya situasi (ekonomi) tidak akan bertambah buruk tanpa mengumumkan sebarang dasar dan langkah yang konkrit untuk memulihkan ekonomi negara.
“Sebaliknya, Perdana Menteri sekarang hanya dijadikan seperti ‘budak suruhan’ kepada segerombolan pihak yang rakus mahu berkuasa.
“Sudahlah tidak membantu rakyat, kini Umno mahu menambah beban lagi dengan usaha membubarkan Parlimen tatkala beberapa tempat dalam negara sudah menunjukkan bencana banjir akan melanda,” katanya.
Ahli Parlimen Tanjung Malim itu memberi amaran agar Umno jangan lagi memperalatkan situasi bencana demi meraih kepentingan sempit parti mereka.
“Sewajarnya Umno bermuhasabah dan insaf dengan penyelewengan yang dibuat semasa pernah menjadi kerajaan.
“Malangnya Umno parti yang tidak pernah insaf dan rakyat perlu bangkit dan menghukum mereka,” katanya lagi.
Justeru, katanya, rakyat perlu membuat perubahan total dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kali ini agar BN atau PN tidak lagi berkuasa dan merosakkan negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/kenapa-umno-tak-sokong-usul-bahas-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kemuka Usul Khas Kenaikan Harga Barang Kejatuhan Ringgit Di Dewan Rakyat

Anwar Kemuka Usul Khas Kenaikan Harga Barang Kejatuhan Ringgit Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 199 hits
Anwar Ibrahim berkata kenaikan harga barang dan kejatuhan ringgit memberi kesan terus kepada rakyat secara jangka pendek dan jangka panjang PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu Dewan Rakyat mengutamakan perbincangan berhubung ...
Ulasan M Sia Berkecuali Usul Bahas Situasi Uyghur Memalukan

Ulasan M Sia Berkecuali Usul Bahas Situasi Uyghur Memalukan

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 106 hits
Raja Bahrin ShahDiterbitkan Oct 7 2022 1 20 PMPendirian Malaysia untuk berkecuali dalam cadangan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu untuk membahaskan isu pelanggaran hak asasi manusia ke atas puak Muslim Uighur oleh China amat mendukacitakan ...
Zahid Tempelak Mahathir Melayu Sokong Umno Bukan Kerana Insentif Tetapi Kerana Sudah Sedar

Zahid Tempelak Mahathir Melayu Sokong Umno Bukan Kerana Insentif Tetapi Kerana Sudah Sedar

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 179 hits
Oleh Adam MalikSemenjak orang Melayu mula sedar Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan hanya beri lips service sahaja dan bukan ada apa2 yang berguna dan manfaat kepada rakyat maka mereka sudah mula Kembali secara beramai ramai kepada pangku...
Mahalnya Harga Barang Sekarang Gaji Habis Orang Cakap Kita Boros Padahal Gaji Yang Sikit

Mahalnya Harga Barang Sekarang Gaji Habis Orang Cakap Kita Boros Padahal Gaji Yang Sikit

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum Rasa macam lama tak bebel kat blog nie Duk buat review je tak habis habis hari nie rasa nak bebel la pulak Bukan apa hari nie hari gaji Orang bekerja macam kita nie memang happy la bila gaji bukan hari hari tu takde duit cum...
Roz Mawar Recuses Herself From Hearing Src S Suit Against Umno

Roz Mawar Recuses Herself From Hearing Src S Suit Against Umno

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 237 hits
After withdrawing from hearing two lawsuits filed by 1MDB against several parties High Court Judicial Commissioner Roz Mawar Rozain today recused herself from hearing the lawsuit filed by SRC International Sdn Bhd against Umno In May last y...
Mkt Umno Akan Tentukan Tarikh Pilihanraya Malam Ini

Mkt Umno Akan Tentukan Tarikh Pilihanraya Malam Ini

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 194 hits
MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini akan menentukan tarikh membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 yang dijangka berlangsung November kata sumber Parlimen akan mula bersidang Isnin sehingga 29 November manak...
Kalau Umno Tak Berbelit Itu Hairan

Kalau Umno Tak Berbelit Itu Hairan

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 148 hits
Kalau UMNO mesti pandai membelit Mesti punya Tok Mat kata desakan UMNO supaya diadakan PRU segera bukan bermakna nak buat masa banjir Apa jenis belit la ni Baca di Kalau dah nak buat musim tengkujuh bukan musim banjir ke tu Alasan dia musim...
Umno Kufur Nikmat

Umno Kufur Nikmat

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 164 hits
Tanpa PH mana mungkin penyamun penyangak perompak lanun pencuri dapat DITANGKAP disiasat dan didakwa dihukum dan dipenjara Hanya golongan yang mendewakan subsidi seolah tanpa umno mati kebuloran sahaja yang mahu kan umno kembali semula Yang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities