Kenapa Tuhan Menduga Kita


Aku selalu dapat soalan, kenapa nasib encik Hamka selalu baik? Sebab selalu nampak ceria di FB, cerita pulak selalu best best? Seperti rumah tangga yang indah, kesihatan yang baik, buku yang selalu terbit, anak yang comel, pergi jalan sana sini, naik gunung tinggi-tinggi, melancong tempat menarik, buat kursus ramai peserta, duduk rumah sendiri bukan menyewa, cerita pulak selalu lawak dan macam macamlah, Apa rahsia?
Korang nak tahu rahsia akan kenapa aku selalu bernasib baik?
Baik! Aku akan kongsi tips bagaimana nak sentiasa bernasib baik, baca sampai habis, tapi sebelum itu aku nak bagitahu kenapa aku kelihatan selalu bernasib baik di mata korang, nak tahu?
Sebab aku merahsiakan nasib yang tidak baik. Simple sahaja. Aku ada kisah gelap, aku ada derita, aku ada menangis, aku ada medan kesedihan tersendiri, tapi aku tak cerita sebab bukan semua cerita boleh dikongsi lalu aku pendam sendiri.
Sesungguhnya, Internet ini adalah medan bersosial, ada orang berkongsi ilmu dan cerita yang indah sahaja, (aku lah tu) ada orang yang berkongsi kisah sedih dan tertindas, dan ada orang yang mengeluh dan pelbagai lagi. Terpulang.
Jadi hari ini, aku nak buat kelainan, sebab aku sudah sedia nak bercerita sedikit tentang kisah Tuhan menduga Hamka Keretamayat dan bagaimana aku hadapi ujian ini.
Alkisahnya, dua bulan lepas, kebimbangan aku menjadi kenyataan, dari dalam bilik doctor pakar, anak aku yang nombor lima, namanya Iman, disahkan OKU oleh doctor pakar otak, dapat sahaja berita ini, aku tanya bini, “Awak okey tak?”
Bini aku tidak menangis, termenung sekejap dan berkata.
“Saya ingat pesan abang dalam buku yang abang tulis, bila Allah uji kita, jangan tanya KENAPA, sebab nanti dapat jawapan yang salah, ini adalah Special Request dari Allah”
Perghh, aku pulak yang terharu dengar jawapan bini, aku peluk dia dengan erat, dalam hati aku berkata: betul, jangan pernah tanya soalan KENAPA Allah Uji kita, sebab nanti akan dapat jawapan yang salah.
Contoh bila kita tanya: Kenapa saya yang diuji? Kenapa anak saya OKU, apa dosa saya? Tuhan tak sayang saya ke? Tengok, dah bermula jawapan yang salah bermain di kepala.
Jadi jangan pernah tanya KENAPA kepada Allah dalam masalah kita, sebab dulu sewaktu Allah cipta manusia, malaikat pun bertanya KENAPA Allah cipta makhluk yang akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih Mengetahui!
Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya soalan apa?
Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini.
Perghhhhh!
Aku ulang.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak syukuri ujian ini.
Jadi jawab puan bini:
“Abang, sekarang mari kita fikir, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, kita dapat Syukuri ujian ini!”
Inilah special request!
Perghhh! Lalu kami pun mulai mendapat jawapan yang betul, pertama tama, Allah uji sebab kami mampu hadapi ujian ini, dan pada masa yang sama Allah masih banyak bagi nikmat lain sebagai bahan untuk kami hadapi Special Reqest from God. Alhamdulillah OKU berlaku pada anak bongsu, aku ada empat anak lagi yang normal, pandai, kacak dan cantik, Jadi aku akan gunakan abang dan kakak si adik OKU untuk bantu masalah ini. Jika aku mati, InsyaAllah, adik Iman masih ada abang dan kakak yang normal untuk bantu dia.
Selain itu, semua tahu, kos rawat anak OKU agak mahal, maka mungkin nanti Allah akan bagi rezeki yang tidak di sangka-sangka, InsyaAllah. Mungkin buku akan bertambah laris, jemputan berceramah akan selalu kerap, dan pelbagai projek akan datang kita semua mana tahu? Sangka baik pada Allah.
Pada masa yang sama, ingat pesan nabi tengok orang bawah, baru baru ni di Majalah Tiga, tengok anak OKU orang lain yang jauh lagi menderita berbanding anak aku, ada yang terbaring, berlampin, tak boleh bercakap, dan macam-macam lagi.
Lantas aku teringat sorang makcik dalam TV dulu waktu jaga anak OKU yang terbaring lumpuh tak boleh berkata kata, makcik ini sudahlah miskin, suaminya juga lumpuh, dan anaknya OKU hingga tak kenal siapa mak dia. Makan bersuap, mandi dan bersiohakan najis, semua maknya yang urus.
Waktu wartawan ada bertanya soalan: “apa harapan makcik pada anak?” Sebab anak makcik tu dah besar, umur 20-an, tapi masih lumpuh, berak kencing masih di jaga mak, dan si anak masih belum boleh bercakap, jawapan makcik ni buat air mata lelaki aku tumpah.
Kata makcik tu…
“Harapan makcik, makcik nak jaga dia sepanjang hidup makcik, dan sebelum makcik mati, makcik harap sangat dapat dengar walau sekali dari mulut dia, anak ini panggil makcik .. emak.”
Makcik tu menangis kesat air mata dengan hujung baju, aku pun menangis jugak sebab aku rasa sampai ke mati pun makcik tu tak akan dapat nikmat anak mengenali beliau dan memanggil Mak walau sekali seumur hidup. Oh…, siapa yang potong bawang ni?
Makcik tu jauh lebih mulia dari aku sebab ujian dia lebih besar dari aku, anak aku walaupun OKU, masih kenal siapa ayah dan ibunya, boleh panggil nama ayah bila dia ada masalah. Sob..sob.. tapi makcik?
Bertabahlah makcik, walaupun ujian makcik jauh lebih besar dari saya, pun masih ada orang yang jauh lebih menderita dari makcik iaitu si anak syurga makcik sebab dia ada roh dan perasaan, dan yakinlah suatu hari nanti, anak Syurga Makcik akan jerit nama makcik di pintu syurga, beliau akan jerit dengan suara yang indah, wajah yang indah, pakaian yang indah.
Makcik mungkin tak kenal dia dalam syurga, lalu anak makcik menyanyi lagu Eric Clapton yang bertajuk Tears In Heaven.
“Would you know my nameeeeee, If I saw you in heavennnnn?”
Ya, makcik, itulah anak makcik yang jauh lebih hensem dari Eric Clapton! Peluklah dia dipintu syurga dan bahagialah makcik selamanya!
Aku sapu air mata, dan anak lain datang bertanya:
“Ayah, kenapa adik iman ayah cakap anak syurga, kami ni bukan anak syurga ke?”
Oh, anak, Iman anak syurga sebab dia OKU, tiada dosa untuk dia, dan bila adik Iman meninggal dunia kelak, dia akan terus masuk syurga, jadi syukur Alhamdulillah… ayah ada anak syurga, mudah mudahan adik Iman akan dapat tarik ayah yang banyak dosa ini ke syurga dengan lebih cepat.
“Jadi kami ini belum tentu ke syurga?”
Anakku, jika kamu besar nanti jadi orang baik, akan tetap jadi anak syurga ayah, tapi sebab kamu semua bukan OKU, maka dosa pahala akan di kira. Maka berbuat baiklah kerana Allah Maha Adil”
“Best lah ayah ada anak OKU.”
Eh? Korangpun best sebab ada adik Syurga, jika korang tunaikan hak adik Iman, Insyaallah, Adik Iman akan turut sama tarik abang dan kakaknya ke Syurga.
“Wah, bestnya, nak pergi layan adik Iman dengan baik sekarang!”
Lalu anak aku yang lain memeluk adik Iman yang OKU, bermain bersama dan sentiasa mengalah dan selalu tunaikan hak kasih sayang dari abang dan kakak kepada adik Iman.
Aku dan puan bini perhati dari jauh, air mata kami tumpah dalam kesyukuran, InsyaAllah jika kami mati, abang dan kakak adik Iman ada, dan yang paling penting, Allah ada dan sentiada Ada.
Terima kasih Allah atas segala ujian.
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kami, alangkah ringannya penderitaan ini…
Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kami dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah ‘indahnya’ penderitaan ini.
Terima kasih Allah atas nikmat mendapat anak Syurga.
Woha!

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/11/kenapa-tuhan-menduga-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkin Tuhan Nak Tunjuk Tuduhan Saya Jual Negara Terbukti Tidak Benar Najib

Mungkin Tuhan Nak Tunjuk Tuduhan Saya Jual Negara Terbukti Tidak Benar Najib

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 470 hits
Mungkin Tuhan Nak Tunjuk Tuduhan Saya Jual Negara Terbukti Tidak Benar Najib Mungkin Tuhan Nak Tunjuk Tuduhan Saya Jual Negara Terbukti Tidak Benar Najib
Suaminya Seorang Ustaz Tapi Asiah Jalil Pertikai Mengapa Tuhan Terlalu Sibuk Sebabkan Manusia Kebulurran

Suaminya Seorang Ustaz Tapi Asiah Jalil Pertikai Mengapa Tuhan Terlalu Sibuk Sebabkan Manusia Kebulurran

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 314 hits
Suaminya Seorang Ustaz Tapi Asiah Jalil Pertikai Mengapa Tuhan Terlalu Sibuk Sebabkan Manusia Kebulurran
Anies Minta Massa 212 Tertib Biar Yang Menduga Acara Ini Hadirkan Kekacauan Kecewa

Anies Minta Massa 212 Tertib Biar Yang Menduga Acara Ini Hadirkan Kekacauan Kecewa

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 206 hits
Orang nomor satu DKI Jakarta ini mengatakan meskipun Indonesia mempunyai banyak keberagaman Tapi masyarakat Indonesia bisa bersatu hasil dari ikhtiar
Tidak Menduga Raja Muda Selangor Repeat Beli Nasi Lemak Tetapi Wanita Ini Tetap Ingin Meminta Maaf

Tidak Menduga Raja Muda Selangor Repeat Beli Nasi Lemak Tetapi Wanita Ini Tetap Ingin Meminta Maaf

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 259 hits
Tidak Menduga Raja Muda Selangor Repeat Beli Nasi Lemak Tetapi Wanita Ini Tetap Ingin Meminta MaafTidak Menduga Raja Muda Selangor Repeat Beli Nasi Lemak Tetapi Wanita Ini Tetap Ingin Meminta Maaf
Aku Percaya Tuhan Tu Ada Tapi Aku Tak Mahu Ikut Aku Malas Lelaki Melayu Isytihar Keluar Agama

Aku Percaya Tuhan Tu Ada Tapi Aku Tak Mahu Ikut Aku Malas Lelaki Melayu Isytihar Keluar Agama

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 514 hits
Tidak diketahui apa punca seorang lelaki mengaku telah keluar agama Mungkinkah ini salah satu caranya untuk lariskan produk Entahlah Orkid Anggerik phleumic atau nama sebenar M Faiz Syahmi mengisytiharkan dirinya telah keluar agama Namun di...
Hukuman Mati Pengikut Tuhan Harun Kekal

Hukuman Mati Pengikut Tuhan Harun Kekal

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 324 hits
SINAR HARIAN PUTRAJAYA Dua pengikut Tuhan Harun akan dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang pada 2013 Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang m...
Solat Ingat Tuhan Bukan Ingat Nak Rakam Untuk Instagram

Solat Ingat Tuhan Bukan Ingat Nak Rakam Untuk Instagram

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 254 hits
Kalau sudah namanya selebriti apa sahaja yang dilakukan mesti menjadi perhatian lebih lebih lagi perkara berkaitan amalan harian dengan Tuhan Awal Ashaari The post appeared first on
Tuhan Dah Tunjuk Segalanya Cukup Sampai Di Sini Apa Cerita Coach Yin Dengan Sajat

Tuhan Dah Tunjuk Segalanya Cukup Sampai Di Sini Apa Cerita Coach Yin Dengan Sajat

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 414 hits
Tuhan dah tunjuk segalanya cukup sampai di sini Apa Cerita Coach Yin dengan Sajat Tuhan dah tunjuk segalanya cukup sampai di sini Apa Cerita Coach Yin dengan Sajat
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport