Kenapa Tidak Serius Kendali Kes Kematian Adib Isma


Kegagalan kerajaan galak golongan radikal agama, pelampau bertindak di luar batas undang-undang: Abdullah Zaik
13 Rabiulakhir 1440H, Jumaat– Kegagalan kerajaan bertindak sewajarnya terhadap kes pembunuhan membabitkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, akan menggalakkan lagi golongan radikal agama serta pelampau yang bertindak di luar batas undang-undang.

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, himpunan solidariti terhadap Muhammad Adib di Putrajaya hari ini, adalah gambaran kekecewaan rakyat terhadap kegagalan kerajaan bertindak segera untuk mengheret pembunuh anggota bomba berkenaan ke muka pengadilan.

“Terdapat seribu satu persoalan di kepala rakyat, kenapa pengendalian kes kelihatan tidak begitu serius, seolah-olah nyawa mangsa begitu murah.

“Dan kenapa kerajaan gagal bertindak tegas ke atas menteri dan pemimpin kerajaan yang bertindak berasaskan rasisme serta membelakangi hukum, kebenaran dan yang sepatutnya mereka lakukan sebagai pegawai kerajaan?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Abdullah Zaik berkata demikian mengulas Solidariti Himpunan Suara Ummah #Justice4Adib anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, lebih 500 umat Islam berhimpun secara aman di Dataran Putra, selepas solat Jumaat sebelum berarak ke Bangunan Perdana Putra bagi menyerahkan memorandum menuntut keadilan ke atas kematian Muhammad Adib, 24, pada Isnin lalu.

Memorandum yang mengandungi lima tuntutan, termasuk mendesak pelucutan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran itu, telah diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) jam 9.41 malam pada Isnin lalu, selepas bertarung nyawa selama 22 hari, akibat kecederaan parah di badan setelah dipukul perusuh kuil itu.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Selasa lalu.

Pada 27 November lalu, Muhammad Adib diserang perusuh di kuil berkenaan tanpa mempedulikan Allahyarham ketika itu adalah seorang penjawat awam yang sedang melakukan tugas membantu orang ramai.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adib dilaporkan ditarik perusuh di kawasan kuil ketika pasukannya berundur dari lokasi rusuhan dan dipukul tanpa belas kasihan, sehingga cedera parah.

Polis sebelum ini menangkap empat lelaki disyaki terbabit menyerang Muhammad Adib, tetapi Mahkamah Majestret kemudian membebaskan mereka dengan ikat jamin polis dan bon mahkamah.

Kes itu mulanya disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh, tetapi kini diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh. - Ismaweb #CelahGelegar 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=blogger&hl=en-US&passive=true&continue=https://www.blogger.com/blogin.g?blogspotURL%3Dhttp://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/kenapa-tidak-serius-kend

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kematian Adib Diklasifikasikan Sebagai Bunuh

Kes Kematian Adib Diklasifikasikan Sebagai Bunuh

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 564 hits
SHAH ALAM Polis mengklasifikasikan kes kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai kes bunuh Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata sebelum ini kes kecederaan dialami Allahyarham yang dilapor meninggal d...
Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Justice4adib

Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Justice4adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 1255 hits
BERIKUT adalah kronologi kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim 26 November 2018 pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Seafield Subang Jaya jam 3 pagi 18 kenderaan terbakar dan ...
Polis Klasifikasi Siasatan Kematian Muhammad Adib Sebagai Kes Bunuh

Polis Klasifikasi Siasatan Kematian Muhammad Adib Sebagai Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 391 hits
Polis klasifikasi siasatan kematian Muhammad Adib sebagai kes bunuh Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 18 D
Segerakan Pendakwaan Kes Kematian Adib Pemuda Umno

Segerakan Pendakwaan Kes Kematian Adib Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 485 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO merakamkan ucapan takziah atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akibat dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya 27 November lalu Ketua pergerakan itu Datuk Dr Asyraf Wajdi D...
Kerajaan Sengaja Lengahkan Agensi Ngo Peguam Pertikai Inkues Kematian Adib

Kerajaan Sengaja Lengahkan Agensi Ngo Peguam Pertikai Inkues Kematian Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 553 hits
Majoriti netizen menyuarakan bantahan proses Inkues kematian petugas bomba Muhammad Adib Laporan bedah siasat pun mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan Kecederaan Adib sememangnya parah dan beberapa kali rawatan kecemasan diberikan se...
Punca Kematian Muhammad Adib Hanya Boleh Didedahkan Di Mahkamah

Punca Kematian Muhammad Adib Hanya Boleh Didedahkan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 512 hits
KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI Saya telah dimaklumkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia mengenai perkembangan siasatan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib bin Kassim yang kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseks...
Jangan Jadikan Kematian Tragis Adib Alasan Permusuhan

Jangan Jadikan Kematian Tragis Adib Alasan Permusuhan

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 405 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Jezanah Adib Jangan sia ...
Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 376 hits
Sultan Nazrin seterusnya bertegas supaya keadilan terhadap Muhammad Adib tidak tercicir dan segala usaha hendaklah dilaksanakan untuk mencari tangan tangan yang melakukan jenayah kejam berkenaan
Muhammad Adib Kematian Yang Ditangisi

Muhammad Adib Kematian Yang Ditangisi

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 524 hits
Semasa hayatnya bukanlah siapa siapa di kalangan rakyat Malaysia Bukan insan hebat dalam arena nya bukan manusia ternama mencipta rekodnya sekadar seorang anak kepada ayah bondanya Menjalani kehidupan yang biasa biasa sahaja rutinnya Namun ...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Belajar Saham Global Dengan Moomoo Panduan Untuk Pemula

Type 26 Auto Fabrica S Elegant Honda Cb750 Caf Racer

The Week Ahead

Percutian Yang Tertangguh Ringkas Tapi Sangat Bermakna

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian

Poco Launches Poco F8 Series

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Kampung Mat Daling Didakwa Pecah Amanah Rm40 000


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Top 45 By Brenna Panama888 5 Pgslot Jili Sa Gaming Panama888 27 2026

Brazil999 Top 6 By Jamila 25 November 2568

Fullslotpg Fullslotpg Run 8 Nov 2568 Fullslotpg Casino Online Top 73 By Lenora

Solat Hajat Khas Esok Di Semua Masjid Surau Jumaat Jakim Dan Jawi