Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Pusat Penyembelihan Australia Ppim Malaysia Gazette 25 08 2022


 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan berhubung pendedahan isu daging yang diimport dari pusat penyembelihan di Australia yang diproses dengan cara tidak halal.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas tiada tindakan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Masalah ini sudah berulang-kali kita suarakan namun masih tiada lagi tindakan. Jadi, antara keputusan hari ini adalah untuk kita akan hantar memorandum kepada Perdana Menteri dalam masa segera untuk minta keprihatinannya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jelasnya, PPIM serta gabungan bukan kerajaan (NGO) yang lain sedia menghantar wakil untuk ke atase halal di Australia bagi bekerjasama dengan Jakim dalam menyiasat keraguan status berkenaan.
“Kita bersedia hantar wakil NGO ke Australia buat tugas pemantauan sebab banyak keraguan perlu dijelaskan termasuk Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dikatakan masih tidak buat pemeriksaan di rumah sembelihan berkenaan,” ulasnya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizal Mohd Nor berkata, tindakan Jakim yang tidak mengendahkan isu ini adalah tidak bertanggungjawab.
“Apa cerita ini Jakim? Isu umat Islam yang kita suarakan ini melibatkan bab halal dan haram. Kita dah timbulkan isu ini sejak enam bulan lepas tapi tidak diendahkan Jakim. Menteri Agama pula berdolak-dalik tidak ambil tindakan,” jelasnya.
Tambahnya, beberapa gabungan NGO yang berkumpul hari ini mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan dakwaan tersebut.
Ujar Faizal, ia selepas salah seorang bekas pekerja di loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) di Lobethal, Australia itu menghubungi pihaknya.
Bekas pekerja itu melaporkan beberapa haiwan termasuk kambing biri-biri di pusat berkenaan melanggar protokol penyembelihan yang ditetapkan.
Malah, bekas pekerja tersebut turut membuat perakuan bersumpah terhadap kenyataannya itu selepas laporan yang dibuat terhadap jabatan agama di negara itu juga tidak diambil tindakan.
Sebagai rekod, pendedahan lelaki itu yang dibuat dalam satu panggilan video secara langsung hari ini merupakan siri pembongkaran kedua selepas seorang lagi lelaki dikenali sebagai The Hood Man menceritakan perkara sama beberapa bulan lalu.
Terdahulu, wakil NGO menggesa kerajaan menggantung serta-merta lesen badan pensijilan halal Majlis Tertinggi Islam Daging Halal di Australia Inc. (SICHMA) sehingga siasatan mengenai keraguan status halal tersebut selesai. – MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette
KENAPA TIADA TINDAKAN TERHADAP PUSAT PENYEMBELIHAN AUSTRALIA? - PPIM

https://malaysiagazette.com/2022/08/25/kenapa-tiada-tindakan-terhadap-pusat-penyembelihan-australia-ppim/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/08/kenapa-tiada-tindakan-terhadap-pusat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Pekemas Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Ketidakpatuhan Sop Pusat Sembelihan Bernama 25 08 2022

Ppim Pekemas Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Ketidakpatuhan Sop Pusat Sembelihan Bernama 25 08 2022

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 230 hits
Seorang lagi bekas pekerja di rumah penyembelihan di Australia tampil membuat pengakuan bagi mengesahkan ketidakpatuhan halal itu benar benar berlaku Menurut Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Faizan Mohd Nor bekas pekerja itu mendak...
Pelanggaran Sop Pusat Penyembelihan Ppim Pekemas Hantar Memorandum Kepada Pm Harian Metro 25 08 2022

Pelanggaran Sop Pusat Penyembelihan Ppim Pekemas Hantar Memorandum Kepada Pm Harian Metro 25 08 2022

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 271 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri bagi menyelesaikan isu membabitkan pelanggaran prosedur operasi standard pusat penyembelihan halal ole...
Ppim Ambil Tindakan Undang Undang Pihak Sebar Fitnah Aibkan Ketua Aktivis Kenyataan Media Ppim 23 08 2022

Ppim Ambil Tindakan Undang Undang Pihak Sebar Fitnah Aibkan Ketua Aktivis Kenyataan Media Ppim 23 08 2022

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR 22 OGOS Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengambil maklum perbuatan seorang wanita yang menghina dan memfitnah Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi dan PPIM sendiri Penasihat Undang Undang PPIM Mahmud Jumaat berkata pihaknya ...
Mgnews Yang Kita Makan Ini Bangkai Ngo Mahu Jakim Respon Segera Malaysia Gazette Tv 25 08 2022

Mgnews Yang Kita Makan Ini Bangkai Ngo Mahu Jakim Respon Segera Malaysia Gazette Tv 25 08 2022

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 384 hits
Sumber Malaysia Gazette TV MGNEWS YANG KITA MAKAN INI BANGKAI NGO MAHU JAKIM RESPON SEGERA
Lagi Bekas Pekerja Rumah Sembelih Tfi Australia Buat Pengakuan Terbuka Isu Tidak Halal Sidang Media Ppim 25 08 2022

Lagi Bekas Pekerja Rumah Sembelih Tfi Australia Buat Pengakuan Terbuka Isu Tidak Halal Sidang Media Ppim 25 08 2022

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 248 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat sekali lagi bekerjasama dalam membongkar isu ketidakpatuhan halal rumah penyembelihan di Australia Sehubungan itu satu sidang media telah diadakan hari ini bagi mend...
Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 338 hits
PETALING JAYA Gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menubuhkan satu jawatan kuasa siasatan dalam menangani isu daging import halal Desakan dibuat enam NGO iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia P...
Sarawakian Evelyn First Runner Up Sabahan Wenanita Is Miss World Malaysia 2022

Sarawakian Evelyn First Runner Up Sabahan Wenanita Is Miss World Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 528 hits
Ting being crowned as the first runner up of Miss World Malaysia 2022 8211 Screengrab from hyperlive tv KUCHING Sarawakian Evelyn Ting emerged as the first runner up in the grand finals of Miss World Malaysia 2022 held at Sabah Internation
Program Jualan Keluarga Malaysia 2022 Di Aeon Big Danau Kota

Program Jualan Keluarga Malaysia 2022 Di Aeon Big Danau Kota

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 327 hits
Program Jualan Keluarga Malaysia di Aeon Big Danau Kota Assalamualaikum and holla gais korang pernah tak dengar tentang Program Jualan Keluarga Malaysia ni Qaseh sebelum ni pernah dengar tapi tak pernah berkesempatan untuk pergi tapi hari n...
Jadual Malaysia Dalam Piala Mitsubishi Electric Aff 2022

Jadual Malaysia Dalam Piala Mitsubishi Electric Aff 2022

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 254 hits
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan bertandang ke tempat lawan menentang Myanmar dan Vietnam manakala aksi bertemu Laos dan Singapura akan berlangsung di gelanggang sendiri FAM HarimauMalaya AFFMitsubishiElectricCup2022
Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang

Sukarkah Memohon Sijil Halal Jakim

Pengkhianat Dari Kalangan Penjawat Awam Ini Patut Diberi Hukuman Berat

Resepi Ayam Goreng Cili Kering


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi 15 Hari Antara 20 Kanak Kanak Diselamatkan Jkm Kehidupan Tanpa Penjaga Sah

29 July 1955

Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

Resepi Kueh Teow Goreng Udang

Akan Turun Lebih Besar