Kenapa Takut Kosongkan Kerusi Ku Li Selar Keputusan Politik Speaker Dewan Rakyat


malaysianow.com.my
MalaysiaNow
Julai 12, 2024 

Penasihat Umno itu berkata DUN Kelantan membuat tafsiran tepat akta lompat parti dengan mengosongkan kerusi Nenggiri.
Tengku Razaleigh Hamzah berkata keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul bermotifkan politik tanpa bersandarkan tafsiran tepat undang-undang anti lompat parti.
Veteran dan penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah turut sama membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang berpaling tadah kepada kerajaan.

Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan lebih memahami undang-undang anti-lompat parti ketika mengosongkan kerusi DUN Nenggiri bulan lalu.

Katanya keputusan Johari itu sepatutnya sama dengan DUN Kelantan kerana kedua-duanya berdasarkan peruntukan perlembagaan yang sama yang dipinda untuk menyekat perbuatan lompat parti.

"Tak boleh berbeza di antara satu dengan yang lain, kerana peruntukan dalam perlembagaan itu sama," katanya merujuk pindaan perlembagaan pada 2022 yang memerlukan kerusi wakil rakyat dikosongkan sekiranya keahlian partinya gugur.

"Dengan tujuan yang sama, jelas sekali di Kelantan dilakukan kerana kekosongan itu mesti wujud, oleh sebab wakil di Kelantan itu sudah memberi sokongan kepada parti lain," kata Ku Li, yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang di mana terletaknya kerusi Nenggiri.

Pada Rabu, PN dimaklumkan Johari bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah, mencetuskan kemarahan di kalangan ahli Parlimen serta kritikan daripada pakar undang-undang dan beberapa pemimpin kerajaan yang menganggap keputusan itu berat sebelah.

Ini disusuli dengan satu lagi keputusan DUN Selangor, di mana speaker dari DAP, Lau Weng San tidak mahu mengosongkan kerusi Selat Klang kerana mendakwa penyandangnya Abdul Rashid Asari dipecat, dan bukan gugur keahlian Bersatu kerana berpaling tadah seperti yang diperuntukkan perlembagaan parti itu.

Tiga minggu sebelum itu, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengisytiharkan kerusi Nenggiri yang disandang Mohd Azizi Abu Naim dikosongkan bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Azizi juga merupakan ahli Parlimen Gua Musang, selepas menewaskan Ku Li yang menyandang kerusi itu selama lebih empat dekad, pada pilihan raya umum yang lalu.

Selain Azizi, lima lagi ahli Parlimen yang berpaling tadah untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim ialah Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Razaleigh berkata apabila enam ahli Parlimen itu beralih kesetiaan bermakna mereka tidak lagi bersama dalam pendirian parti, maka kerusi semua wakil rakyat itu mesti dikosongkan.

"(Mereka) sudah memberi sokongan kepada parti lain maknanya dia sudah pindah kiblat, apabila dia pindah kiblat bererti dia sudah pindah parti atau pendirian," katanya menerusi video dimuatnaik di akaun TikTok.

Ku Li menyifatkan keputusan Johari bermotifkan politik dan bukan berpaksikan undang-undang.

"Ataupun dia (Johari) memikirkan ini akan tidak akan menjamin supaya kerajaan Madani akan terus dapat bertindak dengan wajarnya.

"Jadi ini semuanya alasan-alasan politik yang diberikan, bukan dari segi undang-undang tujuan sebenar kita pinda perlembagaan dahulu."

Beliau mempersoalkan kebimbangan pentadbiran Anwar berdepan pilihan raya kecil sedangkan sebelum ini perdana menteri mendakwa mempunyai sokongan hampir dua pertiga.

"Apa nak takut? Tidak perlu takut.

"Saya pun hairan mengapa ini dilakukan. Nampaknya politik lebih daripada segala-galanya," kata Ku Li.Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/kenapa-takut-kosongkan-kerusi-ku-li.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Takut Hadapi 6 Prk Keputusan Speaker Mengikut Perlembagaan Zahid Hamidi

Umno Tak Takut Hadapi 6 Prk Keputusan Speaker Mengikut Perlembagaan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 92 hits
bharian com myOleh Julai 13 2024 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Gong Badak NSTP GHAZALI KORIKUALA NERUS UMNO menyangkal dakwaan BERSATU yang menyatakan Ker...
Kamu Tak Hormat Parlimen Wakil Rakyat Kerajaan Kritik Keputusan Speaker

Kamu Tak Hormat Parlimen Wakil Rakyat Kerajaan Kritik Keputusan Speaker

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 183 hits
freemalaysiatoday com10 Jul 2024Hassan Karim berkata berkata keputusan Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam wakil rakyat Bersatu berlawanan aspirasi rakyat untuk henti amalan lompat parti Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menyi...
Dewan Rakyat Deputy Speaker Files Police Report Over Baseless Tiktok Video

Dewan Rakyat Deputy Speaker Files Police Report Over Baseless Tiktok Video

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 110 hits
Dewan Rakyat deputy speaker Ramli Nor reminded the public especially the Orang Asli community not to spread slander on social media PETALING JAYA Dewan Rakyat deputy speaker Ramli Nor has lodged a police report following an allegedly defama...
Akmal Selar Pas Marah Katak Politik Tapi Terima Adun Umno

Akmal Selar Pas Marah Katak Politik Tapi Terima Adun Umno

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 90 hits
Faiz ZainudinKetua Pemuda Umno mempertikaikan tindakan PAS berdiam diri dan menerima Adun Rembia Muhamad Jailani Khamis menyertai parti itu PETALING JAYA Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mempersoalkan tindakan PAS menerima Adun Rembia Muham...
Dewan Rakyat Lulus Usul Gantung 6 Bulan Wan Fayhsal

Dewan Rakyat Lulus Usul Gantung 6 Bulan Wan Fayhsal

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 146 hits
freemalaysiatoday com18 Jul 2024 02 08 PMUsul menggantung Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal itu diluluskan melalui undi belah bahagi menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong 63 tidak bersetuju tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir Ahli Parl...
Penghasut Ditangkap Pihak Polis Keputusan Speaker Tepat Kata Pakar

Penghasut Ditangkap Pihak Polis Keputusan Speaker Tepat Kata Pakar

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 67 hits
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan tepat apabila mengisytiharkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi masing masing Pakar undang undang Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi...
Dewan Rakyat Lulus Ruu Keterangan Saksi Kanak Kanak

Dewan Rakyat Lulus Ruu Keterangan Saksi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 99 hits
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 15 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang KUALA LUMPUR Rang Undang undang Keterangan Saksi Kanak kanak 2024 yang antara lain b...
Rentasan 1617 Perikatan Nasional Kini Sentap Dengan Keputusan Speaker

Rentasan 1617 Perikatan Nasional Kini Sentap Dengan Keputusan Speaker

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 99 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1617 1 KERAJAAN MADANI TINGKAT MARTABAT WARGANEGARA 2 SIAPA SEBENARNYA YANG MUNAFIK 3 KEPUTUSAN SPEAKER TIADA KAITAN DENGAN MAKAN UBI KAYU
Speed Read A Bonkers 1 700 Cc Single Cylinder Chopper And More

Bian Gindas Cinta Biru Chord

Tuntutan Palesu Sprm Siasat Tuntutan Banyak Sangat Palesu Zaman Din Ni

Hilton Honors Rolls Out Exclusive Dining Offers Across Malaysia

Isu Gisb Biar Kerajaan Tentukan

Permohonan Bantuan Budi Ipt Sabah One Off Rm1500 Rm2000

Cheah Liek Hou Pemenang Pingat Emas Badminton Para 2024

Pensyarah Dihargai


echo '';
10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama Slot Megadrama Astro Ria

Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik


Benarkah Daun Sirih Bagus Untuk Mengatasi Masalah Keputihan

Moving To A New Home In Chicago Here S Why Bernard Movers Should Be Your First Call

Budak 14 Tahun Rebah Maut Ketika Main Bola Sepak

Doorgift Kenduri Mini Pouch Bag

Akmal Jawab Dap Malulah Anak Jantan Kalau Orang Jual Kita Tidak Beli

Gerakan At Crossroads