Kenapa Senyap Suruhanjaya Tenaga Yang Benarkan Tnb Laksana Caj Prorata


Ainul Asniera Ahsan 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Tenaga (ST) dipersoalkan mengapa ‘senyap sunyi’ berhubung rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan caj bil elektrik yang didakwa melambung tinggi.

Sikap memencilkan diri oleh ST selaku pengawal selia bagi perkhidmatan tenaga di negara ini menghairankan.

Masakan tidak, ST mengambil masa yang lama untuk membuat sebarang kenyataan berhubung rungutan dan persoalan yang dilemparkan oleh pengguna, sebaliknya hanya dijawab oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku pemegang lesen dalam perniagaan bekalan elektrik.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), Piarapakaran S. berkata, tidak salah TNB yang menjawab persoalan pengguna tetapi cara itu tidak kena memandangkan perkhidmatan tenaga di negara ini mempunyai pengawal selia.

Menurutnya, sikap ST itu hanya mengakibatkan isu ini berlarutan, sedangkan pengguna menuntut jawapan.

“Sebagai pengawal selia kepada perkhidmatan tenaga di negara ini, ST yang bertanggungjawab membenarkan TNB melaksanakan mekanisme caj bil, oleh itu ST perlu menjawab kepada pengguna,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata, pengguna telah mengajukan persoalan-persoalan yang wajar tentang kenaikan, apatah lagi kenaikan ini tidak difahami oleh mereka.

“Sudah tentu pengguna terkejut, tidak puas hati kalau bil elektrik lebih tinggi dari sebelum ini. Jadi ST kena jawablah, terangkan mengapa ia berlaku,” ujarnya.

Piarapakaran menjelaskan rungutan orang ramai itu sebenarnya berpunca daripada kaedah bil prorata yang digunakan oleh TNB.

Bil prorata bermakna TNB membuat bacaan meter melebihi 30 hari. Lebihan hari selepas tempoh itu sepatutnya dibawa ke bulan berikutnya tetapi kini dikenakan caj prorata.

Mekanisme caj elektrik inilah yang menyebabkan bil meningkat.

Untuk bulan Februari yang hanya ada 28 hari dan bulan-bulan yang mempunyai 31 hari, penggunaan kaedah prorata adalah wajar tetapi bukan bulan-bulan yang mempunyai 30 hari.

Menurutnya, dari dahulu lagi pengguna memahami bahawa caj bil elektrik dibuat berdasarkan bulanan, justeru, mengapa TNB gagal untuk membaca meter pada hari ke-30 sehingga caj bil dikenakan melepasi tempoh sebulan.

Di Malaysia, Piarapakaran berkata, sekitar 70 peratus pengguna menggunakan bekalan elektrik kurang dari 300 kWj dan bakinya melebihi jumlah itu.

Kaedah pengiraan bil elektrik pula berdasarkan lebih banyak digunakan, lebih tinggi harga tarif mendenda akan dikenakan dan kadar tarif kepada penggunaan elektrik yang dikenakan pula lebih tinggi.

Lantaran itu, ST diminta menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam sistem bacaan meter oleh kakitangan TNB sehingga mekanisme caj prorata perlu diwujudkan.

“Adakah syarikat ini mengalami masalah kekurangan pembaca meter di zon-zon tertentu atau kekangan cuaca?

“Hendak kata ada halangan cuaca, macam tidak logik pula kerana rungutan datang dari seluruh negara. Atau TNB kekurangan pembaca meter, kalau betul mengapa ia berlaku? Adakah ia disebabkan disiplin atau apa? Apakah cara untuk mengatasinya?

“Adakah perlu penambahan pembaca meter, kalau ya berapa ramai, jumlah kos yang diperlukan. Ini semua penting kerana penambahan pekerja-pekerja ini dimasukkan sekali dalam pengiraan tarif elektrik,” ujarnya.

Tambahnya, apakah langkah penyelesaian awal yang boleh ST dan TNB lakukan dalam menangani kelewatan tempoh 30 hari.

“Apakah alternatif lain dan implikasi kos kepada pengguna jika ST dan TNB mempercepatkan pemasangan meter pintar atau menambahkan bilangan pembaca meter?” soal beliau lagi.

Piarapakaran menegaskan, penjualan elektrik adalah komponen kos elektrik yang dikawal selia dan penjelasan ST adalah sangat penting.

“Kami berharap Suruhanjaya Tenaga tidak lari dan sorokkan diri daripada menjelaskan persoalan yang diutarakan oleh pengguna,” katanya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/kenapa-senyap-suruhanjaya-tenaga-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Lonjakan Caj Tnb Untuk Menjarah Duit Rakyat

Contoh Lonjakan Caj Tnb Untuk Menjarah Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 367 hits
Menurut seorang rakyat Haikal yang menghantar bil ini kepada kami jumlah ini dianggap melampau tinggi dan agak mustahil untuk mencecah sehingga RM305 17 atau sehingga 746 kWh bagi tempoh bacaan bil 32 hari Rumah saya setingkat dan kalau mus...
Bil Elektrik Melambung Suruhanjaya Tenaga Akui Kesilapan

Bil Elektrik Melambung Suruhanjaya Tenaga Akui Kesilapan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 452 hits
Selepas tular di media sosial mengenai kenaikan bil elektrik yang ditanggung oleh pengguna di seluruh negara beberapa hari lepas Suruhanjaya Tenaga hari ini mengesahkan berlakunya kecuaian teknikal punca kenaikan ini berlaku Daripada itu ke...
Bil Eletrik Tinggi Tnb Minta Pelanggan Datang Ke Kedai Tenaga

Bil Eletrik Tinggi Tnb Minta Pelanggan Datang Ke Kedai Tenaga

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 750 hits
KUALA LUMPUR 28 Mei Tenaga Nasional Bhd berkata pihaknya mengambil maklum terhadap rungutan dan aduan pelanggan berhubung bil elektrik yang tinggi TNB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata pihaknya juga telah menerima dan me...
Tnb Promises To Re Credit Customers Bills If Overcharged

Tnb Promises To Re Credit Customers Bills If Overcharged

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 276 hits
MELAKA Tenaga Nasional Bhd says it will re credit the bills of customers if they were indeed overcharged This came after negligence and technical fault was cited as among the reasons for consumers receiving unusually high electricity bills ...
Perubahan Bil Tnb Disebabkan Bacaan Lebih Tepat Tun M

Perubahan Bil Tnb Disebabkan Bacaan Lebih Tepat Tun M

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 414 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media bersama wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Tokyo Foto BERNAMATOKYO Aduan perubahan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad termasuk kenaikan mendadak baru baru ini berlaku...
Sah Wujud Kecuaian Teknikal Tnb Bil Elektrik Naik Mendadak

Sah Wujud Kecuaian Teknikal Tnb Bil Elektrik Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 403 hits
PUTRAJAYA Tenaga Nasional Berhad dianggap cuai dan perlu bertanggungjawab terhadap pengguna yang terjejas ekoran dikenakan bil tinggi oleh syarikat utiliti itu Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berk...
Negligence Among Tnb Faults

Negligence Among Tnb Faults

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 301 hits
PUTRAJAYA Negligence and technical fault on the part of Tenaga Nasional Bhd were two among three reasons why electricity bills spiked for certain consumers but the government is having none of it Energy Science Technology Environment and Cl...
Tnb Nafi Terima Arahan Kerajaan Naikkan Tarif 30 Peratus

Tnb Nafi Terima Arahan Kerajaan Naikkan Tarif 30 Peratus

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 210 hits
MELAKA 29 Mei Tenaga Nasional Berhad hari ini menafikan mesej tular di media sosial kononnya Anggota Lembaga Pengarahnya telah menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus TNB menerusi kenyataan memaklumkan me...
Kementerian Cadang Tnb Guna Meter Elektrik Dikalibrasi Untuk Ketepatan Bil

Kementerian Cadang Tnb Guna Meter Elektrik Dikalibrasi Untuk Ketepatan Bil

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 413 hits
Saifuddin Nasution Ismail PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mencadangkan Tenaga Nasional Bhd menggunakan meter elektrik yang dikalibrasi untuk memastikan ketepatan Menteri Saifuddin Nasution Ismail berkat...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Cara Cuci Kerang

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki