Kenapa Saya Yang Sentiasa Sahaja Di Timpa Begini
Assalammualaikum
wbt.
Apa khabar semua, alhamdulillah saya dah
sihat dan baik keadaannya. Saya ni baru je naik kerja balik dari MC 2 hari
minggu lepas bersambung cuti hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Bersyukur dapat berehat
full 2 hari, 2 hari lagi warming up dan insya Allah hari ni perfect sihat
walafiat. AlKisahnya Khamis pagi pukul 7.50a.m. minggu lepas saya boleh jatuh
tertungging terpeletok tapak kaki / buku lali krap krup krap meletup bunyi macam
patah masa tu.. Jatuh dekat Food Court area rumah.. (** huhuhu malu toksah kata lah.. sakitnya
lagi susah nak cakap cemana nya) hinggakan masa tu saya tak boleh
nak terus bangkit bangun badan terus menerus lepas jatuh. Terduduk terjelepok selama
10-15 minit di tempat kejadian jatuh tu. Masa tu dah rasa pasrah je dengan
keadaan kaki saya. Buku lali dan tapak kaki memang tak boleh nak tegak mahupun
gerak-gerak. Sakitnya jangan kata. Menangis sensorang menahan sakit. Perkara pertama
yang saya mampu buat masa tu cuma boleh telefon suami sahaja, inform keadaan
saya kat suami yang saya jatuh dan tak boleh nak bangun dengan berjuraian air
mata tahan sakit. Kakak kedai makan yang saya biasa beli tu datang tolong pun,
saya tak mampu nak bangun. Kaki sakit yang amat. Lepas berbelas minit macam tu,
try gerak-gerak kan kaki, dah terjengket-jengket kaki cuba jalan perlahan-lahan
ke meja makan. Duduk nunggu 2-3 minit en suami pun sampai. Minta tolong dia
tapaukan nasi. Tujuan saya datang food court ni pun, untuk bungkus nasi campur
untuk lunch+breakfast saya. Beli bungkus kedai dekat rumah lagi jimat berganda kalau
nak di bandingkan dengan belanja makan di kedai bawah office.
Kiranya saya jatuh mirip gambar kat atas
ni. Tapi gambar tu terpeleot bahagian lutut. Kes saya bahagian pergelangan ankle
yang terpeleot. Kedua belah ankle saya terpeleot. Huhuhu…
Saya
pernah ambik lauk yang sama, portion yang sama Cuma beli di berlainan tempat
je. Kalau di office caj RM9.50, beli
kat food court kawasan rumah cuma RM5.00
sahaja. Nampak kan banyak duit jimatnya kann..
K, sambung balik cerita saya jatuh.. lepas
suami saya tapaukan nasi, dia papahkan saya bawa balik. Pergi klinik, doctor terus
cek kaki saya. Pusing sana tolak tekan sini. Kejap ok saya ni..bila tersentuh
part yang sakit, hamekauu menjerit. Doctor lumur krim panas membara putih
melepak kat kaki, pastu bandage. Terus sedap nya rasa kaki ni.. nak melangkah
pun rasa kemas je kaki walaupun berdengkot².
Sabtu petang, saya dah boleh berjalan
seperti biasa. Alhamdulillah sihat, ber bandage dan krim panas yang doctor bagi
beserta makan ubat-ubat dari klinik pun sikit sebanyak menolong surut kan bengkak
kaki saya. Ahad dah boleh jalan laju, tapi masa solat tu masih lagi terasa-rasa
peritnya masa sujud dan tahiyad. Tapi bagus juga, hikmahnya kaki sakit (ankle area)
ni dapat saya tertib dan tawadu’ je bile nak gerak untuk sujud atau duduk
tahiyad masa solat. Idak lah gopoh gapah nak laju-laju kan.
Rezeki saya betul.. saya ni sentiasa je kurang
bernasib baik. Ada je dugaan² datang dalam hidup saya ni. Macam tak pernah
sunyi dari dugaan kot. Dari kecik hinggakan besar tua bangka dah ni ha..aaade
je.. jatuh tangga terseliuh, jatuh beskal koyak rabak luka lutut la peha
la..hai la memacam betul.. accident kena langgar kereta masa sekolah menengah. Dah
beranak, accident kena langgar motor. Anak tengah kecik, jatuh tangga
terseliuh. Sekarang umo lagi bangka ni pun boleh tergolek jatuh juga. Tak pernah
surut nya nasib tak baik saya ni. Memang ada je nasib tak baik nya..
Ya..
saya tahu, dugaan bertimpa-timpa datang ni tanda Allah sayangkan kita, tegur
kita selalu supaya tidak alpa dengan keduniaan, supaya kita lebih Dekat Pada-Nya
setiap masa dan ketika nya. Dugaan² itu juga sebagai penghapus dosa-dosa kita
kan. Terima kasih Ya Allah, atas ingatan-Mu ini terhadap ku hamba-Mu yang hina
dan lemah ini. AKu bermohon YaAllah, lindungilah aku dan keluarga ku dari
bahaya, kekufuran, kejahatan dan tingkatkan lah iman ku dan iman keluarga ku
YaAllah, amin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zulieta.com/2019/07/kenapa-saya-yang-sentiasa-sahaja-di.html