Kenapa Saya Tidak Memelihara Kucing
Assalamualaikum.Kawan-kawan suka memelihara kucing ke? Pada masa kecil dan remaja Abam Kie tidak kisah dengan kehadiran kucing di rumah. Kucing2 pada zaman 80an dan 90an tidak memilih makanan. Biasanya keluarga abam kie akan gaul ikan singgang dengan nasi untuk diberikan kepada kucing. Mereka membesar dengan makanan ala kampung gitu! Tak ada lagi Friskies bagai pada zaman tu.
Seiring dengan perubahan waktu, pada zaman cyber ni makanan kucing sudah banyak di pasaran. Macam2 jenama ada. Jika kucing liar datang ke rumah nak makan, Abam Kie OK je. Abam Kie siap letakkan bekas makanan untuk mereka. Tapi kucing jalanan ini lama-kelamaan akan menjadi jinak dan akhirnya akan naik ke rumah mencari ikan di bawah saji dan bekas sisa makanan
Yang membuatkan abam kie enggan membela kucing ni sebab yang betina akan kerap bunting. Paling kurang 3 kali setahun. Banyak la populasi kucing di rumah. Susah la nak jaga anak-anak bulus ni. Mereka berkeliaran di porch. Pada waktu pagi kena check di bawah kereta sebelum 'reverse' kereta sebab takut tergilis anak2 kucing ni. Pernah gak tergilis sebab anak2 kucing ni enggan beralih dari bawah kereta. Huhuhuhu...
Manakala yang jantan pula suka kencing merata-rata. Kat langsir pintu atau tayar kereta/motor memang selalu dipancut oleh mereka. Kadang-kala mereka pancut ke dalam raga kain yang baru dibasuh! Bengong betul
Pas tu jika ada kucing betina di rumah ni maka banyak la kucing jantan yang bertandang ke rumah dengan niat nak mengorat si betina ni. Dan mereka ni akan melakukan vandalisme di rumah abe kie.
Selain daripada itu kucing2 ni suka melompat ke atas bumbung dan bonnet kereta Abam Kie. Habis la calar kereta tu. Binatang ni tak reti bahawa cakar mereka tu merosakkan kereta. Mujurlah kereta Preve ni dah masuk 8 tahun. Kalau baharu beli kereta memang Abam Kie haramkan kucing berada di rumah! Arrgghhh!!!
Sekarang ni cuma ada seekor anak kucing di rumah Abe Kie. Kucing ni unik sebab memiliki warna mata yang berbeza. Biru di sebelah kanan dan hijau di sebelah kiri. Kucing ni yatim piatu jadi Abam Kie pelihara la dulu. Nanti bila besar nak jual kepada mana-mana peminat kucing. Harap ada yang sudi membelanya nanti
Demikianlah kisah Abe Kie yang kurang gemar memelihara kucing. Bukan tak sayang binatang cuma tak tahan dengan perangai mereka. Itu je. Tolong jangan kecam ye, wahai peminat2 kucing di luar sana. Terima kasih.
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2020/08/kenapa-saya-tidak-memelihara-kucing.html