Kenapa Rakyat Marah Putrajaya Kenapa



MEMANG terang lagi bersuluh rakyat tengah marah.
Jelas sekali ia disebabkan kerajaan gagal mengawal situasi Covid-19 sehinggakan ramai kebuluran dan bunuh diri, kata aktivis dan penganalisis politik.
Ramai hilang kerja, dan ramai pula terpaksa meminta-minta makanan.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan darurat yang gagal, ditambah lagi sikap pilih kasih menteri dan ahli Parlimen yang terang-terangan melanggar prosedur operasi standard (SOP) tetapi tidak dikenakan tindakan sedangkan rakyat biasa didenda, dihukum.
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  
Penganalisis berkata inisiatif “Bendera Putih” dan “Code Black” adalah tindakan terdesak rakyat untuk meluahkan kesusahan dan melepaskan amarah mereka kepada Putrajaya.
Iswardy Morni, aktivis yang juga salah seorang pengasas gerakan bendera putih, memberitahu rakyat menyuarakan rasa tidak selesa dan marah mereka terhadap kerajaan kerana sudah penat menanggung beban.
“Kita marah sebab kita sudah tak larat. Sudah lebih setahun, kenapa kita masih tidak tahu (cara tangani pandemik)?
“Kalau anda tidak layak untuk memimpin, anda perlu sedar diri dan mengaku silap, serahkan (kuasa) kepada orang lain.
“Undur saja jika anda tidak lagi dapat buat kerja. Ini (berada dalam pemerintahan) bukan hak istimewa, kamu tidak diundi oleh rakyat. Kenapa kamu tidak boleh mengaku kamu buat kerja yang teruk?.” kata Iswardy.
Katanya, keadaan di negara ini bertambah buruk walaupun pelbagai jenis perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sekatan dibuat.
Khamis lalu, Malaysia mencatatkan 6,988 kes jangkitan baharu Covid-19, sebulan selepas negara dikenakan PKP Penuh.
“Bila PKP mula tahun lepas, keadaan masih terkawal tetapi kes naik selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.
“Sekarang selepas tiga PKP dan dua sekatan pergerakan, kita masih melaporkan lebih 6,000 kes setiap hari walaupun program imunisasi kebangsaan dan PKP Penuh,” katanya
Iswardy berkata hakikat rakyat terpaksa meminta makanan malah ada yang bunuh diri, menunjukkan mereka sudah hilang punca.
“Ini buat saya marah sebab rakyat sudah di tahap itu, negara ini sudah di landasan salah. Ini menunjukkan rakyat tidak dapat lihat jalan keluar yang lain.”
Data dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman semalam menunjukkan peningkatan ketara kes bunuh diri, dengan 609 kes dilaporkan pada 2019, 631 pada 2020 dan 468 dari Januari hingga Mei tahun ini saja.
Jika rakyat tidak tunjukkan rasa tidak senang mereka sekarang, mungkin kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan lanjutkan lagi darurat yang sepatutunya tamat 1 Ogos ini, kata Iswardy.
Katanya, perkara paling penting yang harus dibuat kerajaan sekarang adalah memutuskan rangkaian jangkitan yang kebanyakannya berpunca daripada industri dan kilang yang dibenarkan beroperasi di bawah PKP Penuh “setengah masak” ini.
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  
Penganalisis politik Oh Ei Sun berkata pergerakan seperti bendera putih menunjukkan rakyat Malaysia terdesak kerana ramai hilang punca rezeki ketika PKP.
“Apa lagi yang dapat mereka buat selain minta tolong?
“Ini menunjukkan fakta kerajaan tidak dapat jaga kebajikan rakyat yang benar-benar memerlukan, terutama golongan B40 sehingga mereka terpaksa buat isyarat untuk minta bantuan,” kata Oh.
Gerakan bendera putih dimulakan oleh pengguna media sosial menggesa mereka yang memerlukan bantuan ketika PKP untuk mengibarkan bendera putih di luar rumah mereka bagi memudahkan pihak lain menghulurkan bantuan apabila ternampak bendera itu.
Oh berkata pergerakan Code Black oleh doktor kontrak yang tidak puas hati adalah masalah lama yang kini muncul kerana beban kerja meningkat dihadapi pekerja kesihatan.
“Adalah fakta bahawa doktor kontrak tidak dilantik ke jawatan tetap dan mereka tidak ada prospek kerjaya, ini sudah lama berlangsung.
“Cuma sekarang dalam masa yang sangat kritikal, ramai antara mereka ditugaskan dengan beban lebih dan tidak dapat memikulnya lagi.
“Ini adalah masalah lama dan kerajaan patut selesaikan terutama semasa darurat kesihatan ini.
“Anda tidak boleh selesaikan dengan menghukum mereka, kerana jika anda hukum mereka, tidak ada doktor untuk bantu kawal pandemik,” katanya.
Kempen Code Black dilancarkan kumpulan perubatan sebagai tanda protes terhadap sistem pegawai perubatan kontrak yang tidak adil. Ia akan berlangsung dari 1 Julai dan berakhir dengan “Black Monday” pada 12 Julai.
Oh berkata tanda pagar seperti #PMcirit, #KerajaanCirit dan #KerajaanGagal, ditujukan kepada Muhyiddin yang dimasukkan ke hospital pada Rabu kerana cirit-birit, menunjukkan rakyat sudah muak dengan kerajaan ini.
Profesor Sharifah Munirah, pensyarah kajian strategik dan hubungan antarabangsa di Universiti Kebangsaaan Malaysia berkata kemarahan rakyat Malaysia terhadap perdana menteri sudah melampaui rasa tidak hormat.
Dipetik dari The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/kenapa-rakyat-marah-putrajaya-kenapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Marah Disekat Sebegitu Sekali Walau Dah Lama Duduk Di Rumah

Rakyat Marah Disekat Sebegitu Sekali Walau Dah Lama Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 175 hits
Rakyat bukan suka dengan PKP bodoh SOP tolol yg berubah ubah ikut selera anak tekak PKPD ni hanya operasi nak periksa Kilang kilang bukan tutup Kilang Kes boleh kurg ke setakat periksa Aku cukup skeptikal Sehinggakan Signboard pun rakyat co...
Ganjar Sebut Kepala Daerah Harus Siap Jadi Pembantu Rakyat

Ganjar Sebut Kepala Daerah Harus Siap Jadi Pembantu Rakyat

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 319 hits
Bagi Ganjar hal ini merupakan pengingat bahwa pejabat harus setia melayani rakyat karena pelantikan pasangan Bupati Pekalongan Fadia Arafiq Riswadi dilaksanakan pada hari Minggu
Pkp Rakyat Tiada Pilihan Wajar Disambung

Pkp Rakyat Tiada Pilihan Wajar Disambung

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 278 hits
KUANTAN Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama wajar disambungkan lagi untuk memastikan angka jangkitan pandemik Covid 19 dalam komuniti turun di bawah 4 000 kes berbanding angka purata 5 000 sehari ketika ini Bagi mencapai ma...
Kes Bunuh Nizar Banat Rakyat Gesa Ubah Kerajaan Palestin

Kes Bunuh Nizar Banat Rakyat Gesa Ubah Kerajaan Palestin

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 267 hits
HEBRON 15 Zulkaedah 1442H Sabtu Rakyat Palestin menggesa supaya pemerintah kerajaan negara diubah susulan kematian aktivis terkemuka Nizar Banat ketika berada dalam tahanan Dalam upacara berkabung semalam rakyat Palestin turut mendesak Pres...
K Jaan Jagalah Rakyat Mereka Kini Menangis

K Jaan Jagalah Rakyat Mereka Kini Menangis

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 410 hits
Mohammad Agus YusoffHari ini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan PKP yang sepatutnya tamat esok akan diteruskan dan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara akan dilanjutkan sehingga kes baru di bawah 4 000 s...
Berita Malang Buat Rakyat Marhaen

Berita Malang Buat Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 216 hits
NORMAN RADZUANRakyat terus dikurung apa bantuan diberikan BERITA MALANG BUAT RAKYAT MARHAEN Secara peribadi saya beranggapan PM tidak bertanggungjawab dlm kemelut Pandemik dan isu rakyat skg ni Kamu kata ia disambung kerana belum mencapai a...
Tutup Operasi Kilang Dengar Keluhan Rakyat

Tutup Operasi Kilang Dengar Keluhan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 236 hits
Tutup operasi kilang dengar keluhan rakyat Dengarlah keluhan rakyat pemimpin Umno PAS gesa tutup operasi kilang Diterbitkan sejam lepas Dikemaskini sejam lepas Pemimpin Umno dan PAS hari ini meminta kerajaan untuk menutup sepenuhnya operasi...
Jaga Perut Rakyat Atau Jaga Perut Kayangan

Jaga Perut Rakyat Atau Jaga Perut Kayangan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 267 hits
Hari ini PM mengumumkan PKP yang sepatutnya tamat esok akan diteruskan sehingga kes jangkitan kurang 4 000 sehari PM juga berkata akan mengumumkan bantuan kepada semua kumpulan sasar esok atau lusa Teruslah sambung PKP jika itu baik untuk r...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone