Kenapa Puak Liberal Mesti Jadi Biadap Jahat


ULAMA terkenal itu hanya tersenyum.  Beliau cuba untuk menenangkan keadaan yang sepatutnya dingin di kota London tetapi sebaliknya bertukar menjadi panas secara tiba-tiba.  Entah bagaimana, sesi soal jawab yang kebiasaannya berlangsung dalam suasana yang profesional, rasional, tenanxg, dan matang telah bertukar menjadi medan untuk memaki dan mencerca.  
Hakikat yang lebih mengejutkan ialah sesi memaki dan mencerca tersebut hanya berlangsung secara sepihak.  Lebih khusus lagi, ia dilakukan oleh hanya seorang lelaki kepada seorang ustaz yang juga terkenal sebagai seorang ulama yang bergiat dalam tiga lapangan: politik, dakwah, dan juga ilmu.

Apa yang terjadi sebenarnya? Mengapa begitu dahsyat sekali kata-kata kesat dilemparkan kepada ulama tersebut?  Mengapa peristiwa dan isu tentang sosok ulama ini penting untuk kita renungkan menjelang penghujung tahun 2018 ini?

Kisah ini sebenarnya baru sahaja terjadi – seluruh warga netizen yang mengikuti perkembangan rentak politik tanah air pasti tahu tentangnya.  Ia terjadi ketika sesi lawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke London baru-baru ini. 

Dalam sesi tersebut, Tuan Guru Haji Hadi sedang memberi jawapan kepada seorang hadirin mengenai pendirian Pas yang menolak cadangan sebahagian ahli politik Pakatan Harapan supaya pilihan raya diadakan di peringkat kerajaan tempatan.

Secara konvensionalnya, pertukaran pendapat dalam sesi sebegini akan berlangsung dalam semangat hormat-menghormati dan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’. Malangnya, hadirin tersebut telah dengan kasarnya menuduh Tuan Guru Haji Hadi sebagai seorang yang ‘terperangkap di abad keenam’ kerana ‘berpegang dengan Al-Quran’. 

Beliau juga menuduh Tuan Guru Haji Hadi sebagai ‘rasis’ dan kemuncaknya menggunakan istilah yang tidak tergamak untuk ditulis di sini – hanya semata-mata kerana pendekatan ulama tersebut yang menyandarkan dasar dan keputusan beliau kepada Al-Quran (dan Hadis).  

Pada dasarnya, pendirian Tuan Guru Haji Hadi ini sebenarnya sama dengan pendirian Perdana Menteri Pakatan sendiri iaitu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga menolak pilihan raya kerajaan tempatan diadakan atas asas ketidakseimbangan kaum dan etnik di majoriti kawasan bandar besar.  

Huraian Tuan Guru Haji Hadi tentang pendirian beliau itu juga relevan – meski pun tidak disukai sesetengah pihak khususnya lawan politik beliau dan juga mereka yang gagal membaca landskap semasa politik hubungan etnik Malaysia kontemporari. 


–– ADVERTISEMENT ––Dalam suasana politik tanah air yang sedang bergelora saat ini, apatah lagi susulan pelbagai isu bersifat ‘taboo’ yang cuba dirungkai satu-persatu – persis tindakan membuka ‘kotak pandora’ – langkah memulakan usaha mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bukanlah tindakan bijak.

Himpunan aman raksasa yang terbesar dalam sejarah negara – Himpunan Bantah ICERD – yang berlangsung 8 Disember 2018 lalu menjadi saksi bahawa kesabaran segmen Melayu Islam tidak boleh dipandang enteng. 

Amaran Tuan Guru Haji Hadi betapa langkah mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum – persis tragedi 13 Mei 1969 – bukan retorik politik, sebaliknya ingatan yang benar-benar berasas. 

Kita tentu sekali tidak rela selepas 50 tahun tragedi berdarah 13 Mei 1969, ruang untuk satu lagi kemungkinan yang sama dibuka pada 2019. 

Fakta juga menyokong pendirian Tuan Guru Haji Hadi dan Tun Dr. Mahathir bahawa saiz komposisi bukan Melayu di kawasan bandar adalah cukup signifikan.  Dalam situasi demografi sebegini, pertembungan politik antara kaum lebih mudah meletus di peringkat kerajaan tempatan berbanding di peringkat yang lebih makro seperti negeri dan seluruh negara (pusat) seandainya pilihan raya dijalankan.

Tragedi yang menimpa allahyarham Muhammad Adib ialah satu lagi bukti jelas betapa rapuhnya politik hubungan etnik di negara kita. 

Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia kerana diserang semata-mata kerana beliau seorang berbangsa Melayu yang dikerumuni perusuh yang terbakar sentimen mereka susulan kenyataan tidak bertanggungjawab seorang menteri dan juga seorang EXCO.

Secara logiknya, jika Tuan Guru Haji Hadi ialah seorang yang mengejar kedudukan dan pangkat, beliau sepatutnya menyokong agar pilihan raya tempatan diadakan. 

Sekurang-kurangnya, parti Pas pimpinan beliau pasti lebih daripada mampu untuk memenangi majoriti kerusi di kawasan Melayu khususnya di Pantai Timur dan juga Utara tanah air.  Namun kiblat beliau bukanlah kuasa dan kedudukan. 

Sebaliknya beliau jelas berpendirian bahawa cukuplah kita berpolitik di peringkat pusat dan negeri sahaja.  Tidak perlu dilanjutkan ‘politicking’ ke peringkat kerajaan tempatan.

Anda tidak perlu menjadi ahli atau penyokong Pas untuk mempertahankan Presiden Pas dalam isu ini.  Malah, tidak kira apa agama anda, tidak seharusnya kata-kata kesat yang dilemparkan dalam sesi soal-jawab di London ini dibiarkan apatah lagi diterima. 

Ramai yang tidak mengenali Tuan Guru Haji Hadi secara rapat – sebaliknya mudah menghukum beliau tanpa membaca dan mengikuti dengan teliti keputusan yang diambil.  

Ya, ulama yang dituduh ‘rasis’ inilah yang telah membariskan paling ramai calon bukan Melayu-Islam sebagai calon Pas dalam beberapa siri pilihan raya.

Ulama Presiden Pas yang dibenci kerana dituduh ‘rasis’ inilah yang menghapuskan cukai ke atas pintu gerbang di Kampung Cina, Terengganu sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu (1999-2004). 

Ulama yang dituduh rasis inilah yang memperkasakan Dewan Penyokong Pas Cina dan India. 

Ulama yang dituduh ‘rasis’ ini juga mempunyai seorang menantu perempuan yang berketurunan Cina. 

Ulama ini juga tenang dan sabar ketika dicaci dan dimaki di London.  Persepsi buruk sebaliknya lebih mudah dipalitkan kepada mereka yang bergelar ulama.

Bukan Presiden dan pimpinan Pas sahaja, sebaliknya ramai lagi alim ulama lain yang turut tidak dihargai masyarakat – malah adakalanya mereka dibenci – sama ada kerana perbezaan cara mereka dalam memberi penyampaian kepada kelompok audien yang berbeza atau pun kekurangan ketika berinteraksi dengan media. 

Ulama yang sejati tidak meminta-minta wang ringgit dan mengejar jawatan, sebaliknya mereka pula yang berhabis wang ringgit menyeru dan berusaha agar rakyat menuruti panduan wahyu dalam kehidupan bernegara.  Namun itu tidaklah bermakna Ulama tidak menyertai medan politik. 

Seperti mana peringatan Imam Al-Ghazali, agama dan kekuasaan itu ialah kembar yang tidak boleh dipisahkan.  Agama ialah asas, kekuasaan pula ialah pelindung.  Segala hal yang tidak mempunyai asas akan runtuh, manakala segala perkara yang tidak memiliki pelindung akan hilang dan lemah.

Dalam kes Tuan Guru Haji Hadi, jika beliau adalah merupakan seorang yang mengejar pangkat, mengapa tidak beliau bertanding di DUN Rhu Rendang yang merupakan kubu kuat beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu (selain daripada Parlimen Marang)? 

Malah sebaliknya, beliau memberi laluan kepada seorang teknokrat yang bukan calang-calang, iaitu pakar Aeroangkasa Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar untuk menjadi calon Pas di kerusi berkenaan dan seterusnya menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu apabila Pas menang besar di seluruh negeri Serambi Madinah tersebut.  Beliau juga tidak menghantar pencalonan semula jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) 2018.

Menjelang tahun baharu 2019 ini, ayuhlah sama-sama kita renungkan satu kebiasaan yang tidak seharusnya kita ulangi lagi – iaitu kebiasaan memberi penghargaan kepada seseorang yang layak menerimanya hanya selepas insan tersebut pergi meninggalkan kita. 

Benar, ulama bukan maksum, Tuan Guru Haji Hadi juga bukanlah Nabi, namun kita wajib berlaku adil dalam menanggapi segala pertimbangan dan dasar yang beliau usulkan.  Hargailah dan sayangilah Ulama selagi mereka masih ada.

* Abdul Muein Abadi adalah Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memperoleh kelulusan Research Master dari Utrecht University, Belanda pada 2014, kini beliau sedang meneruskan pengajiannya di Belanda menerusi Ijazah Doktor Falsafah di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/kenapa-puak-liberal-mesti-jadi-biadap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Dayus Jangan Tunduk Arahan Puak Liberal

Jangan Dayus Jangan Tunduk Arahan Puak Liberal

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 26 Dis Kerajaan digesa agar tidak tunduk kepada desakan golongan liberal yang semakin berani untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan Gesaan itu disuarakan oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia Aminuddin Yahya yang m...
Saya Hanya Merayu Tukar Cadar Viralkan Jururawat Biadap Ini Nasihat Doktor Kepada Linda Rafar

Saya Hanya Merayu Tukar Cadar Viralkan Jururawat Biadap Ini Nasihat Doktor Kepada Linda Rafar

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 629 hits
Saya Hanya Merayu Tukar Cadar Viralkan Jururawat Biadap Ini Nasihat Doktor Kepada Linda Rafar Baru baru ini ibu kepada penyanyi Linda Rafar dan Diana Rafar telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah Dise...
Dap Semakin Biadap Sejak Ph Perintah

Dap Semakin Biadap Sejak Ph Perintah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR 18 Rabiulakhir 1440H Rabu Ada pemimpin dari parti tamak haloba dan rasis DAP yang sengaja mencalari kedaulatan Islam di tanah air yang melaungkan slogan bagi mengelirukan masyarakat dengan hakikat bahawa Malaysia adalah negara ...
Gara Gara Bertindak Biadap Penunggang Basikal Kena Rempuh Lori

Gara Gara Bertindak Biadap Penunggang Basikal Kena Rempuh Lori

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 399 hits
Tindakan biadap penunggang basikal menerima padah apabila dia dirempuh sebuah lori dari arah belakang Video rakaman kejadian itu tural di media sosial Dalam rakaman video yang tersebar itu salah seorang dari dua penunggang basikal dilihat m...
Muhyiddin Dikecam Netizen Kerana Biadap Dan Lupa Diri

Muhyiddin Dikecam Netizen Kerana Biadap Dan Lupa Diri

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 545 hits
Kata Muhyiddin Jika UMNO dan Pas menyangka mereka boleh menang pilihan raya dengan menabur fitnah berbaur sentimen agama saya ingin berpesan kepada kedua dua parti ini janganlah mimpi di siang hari Jauh panggang dari api Orang Melayu sudah ...
Punca Kenapa Penunggang Basikal Ini Biadap Di Jalan Raya Kemudian Dirempuh Lori Didedahkan Tak Sangka Ini Sebabnya

Punca Kenapa Penunggang Basikal Ini Biadap Di Jalan Raya Kemudian Dirempuh Lori Didedahkan Tak Sangka Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 295 hits
Punca Kenapa Penunggang Basikal Ini Biadap Di Jalan Raya Kemudian Dirempuh Lori Didedahkan Tak Sangka Ini Sebabnya Punca Kenapa Penunggang Basikal Ini Biadap Di Jalan Raya Kemudian Dirempuh Lori Didedahkan Tak Sangka Ini Sebabnya
Berita Biadap Masih Pasaraya Jual Arak Terbuka Ph Buat Apa

Berita Biadap Masih Pasaraya Jual Arak Terbuka Ph Buat Apa

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 1255 hits
Kariah Bukit Sentosa bantah jual arak secara terbuka di pasar rayaHULU SELANGOR Jawatankuasa Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa giat mengumpul tandatangan penduduk bagi menyatakan bantahan terhadap penjualan arak secara terbuka di dua buah pa...
Biadap Kutuk Hotel Patuh Syariah Pemimpin Islam Ph Tiada Taring

Biadap Kutuk Hotel Patuh Syariah Pemimpin Islam Ph Tiada Taring

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 519 hits
1 APABILA kerajaan Terengganu mengumumkan bahawa hotel Paya Bunga milik kerajaan negeri akan mengamalkan prinsip patuh Syariah respon yang diterima dari bukan Muslim agak mengejutkan 2 Kebanyakan mereka melontarkan kutukan dan perlian terha...
Perangai Terlajak Biadap Dan Liar Anak Anak Muda Pada Malam Tahun Baru 2019 Dikecam Berjemaah Oleh Netizen

Perangai Terlajak Biadap Dan Liar Anak Anak Muda Pada Malam Tahun Baru 2019 Dikecam Berjemaah Oleh Netizen

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 932 hits
Tibanya tahun baharu sambutan yang diraikan golongan anak muda amat menggusarkan bukan kerana pertunjukan bunga api tetapi pesta bebas antara lelaki dan perempuan dan juga akhlak mereka Terbaru tular video di media sosial menunjukkan perang...
Justice Beyond Life Tun Mahathir S Tribute To A Fallen Comrade

Whistleblower Himself May Be Implicated In Assemblymen Bribery Case Says Source

Perempuan Terkejut Bila Bayar Rm8 40 Untuk Secawan Milo Panas

Poll Finds Malaysians Divided Over Blanket Ban On 3r Discussions

Minta 2 Dapat 1 Lagi Pendedahan Video Pemberi Maklumat

Dua Lelaki Tular Curi Motosikal Diburu

Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Time To Engage China In Its Terms


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Pembungkusan Yang Berfungsi Menjaga Kesegaran Minyak Esensial

Makan Kerepek Pisang Tanduk Kawan Bagi

Family Mart Dan Gz Baiyun Airport Mehood Liz Hotel Guangzhou

Beg Tangan Jenis Mana Jadi Pilihan Wanita Moden

Business Website Boosts Credibility

Yang Lama Tidak Pernah Dilupakan