Saya Hanya Merayu Tukar Cadar Viralkan Jururawat Biadap Ini Nasihat Doktor Kepada Linda Rafar


‘Saya Hanya Merayu Tukar Cadar’ – Viralkan Jururawat Biadap, Ini Nasihat Doktor Kepada Linda Rafar. Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi Linda Rafar dan Diana Rafar telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah. Disebabkan itu juga, ibunya terpaksa menjalani pembedahan potong tangan yang terkena jangkitan.
Terbaru, menerusi Instagram Story Linda meluahkan rasa kesal dengan sikap jururawat yang didakwa biadap dan kurang ajar. Dia mendakwa hanya meminta ditukarkan cadar yang terkena najis namun tidak diendahkan.
‘Kita cakap baik-baik dia boleh kurang ajar’


Ketidakpuasan hati selebriti ini mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Ada yang berkongsi pengalaman sama di mana mereka pernah berhadapan dengan jururawat yang bersikap endah tidak endah sebegini.
Di Facebook pula, Dr Rusyaini Ramli membuat teguran buat Linda Rafar.
Teguran doktor buat Linda
Untuk PUAN LINDA RAFAR
Mula-mula sekali Puan Linda, saya bukan doktor KKM. Saya doktor tapi dengan kementerian lain. Saya bukan nak membela sesiapa. Tapi saya rasa sebagai doktor yang dikelilingi misi-misi, saya terpanggil untuk menjelaskan keadaan.
Saya minta maaf di atas ketidakpuasan hati Puan Linda pada jururawat-jururawat yang bertugas di dalam wad tempat mak Puan ditempatkan. Saya mungkin tidak faham apa sebenarnya berlaku tapi di sinilah ada silap dari Puan Linda.
Puan Linda tahu kan status Puan sebagai selebriti kan. Ramai kenal Puan. Bila Puan tuliskan perkara begitu, apa yang Puan harapkan Puan dapat darinya? Walaupun Puan ni terkenal, saya tak pasti sama ada Pengarah Hospital, Matron dan Ketua Jururawat wad tu baca IG story puan. Saya yang rakyat marhaen ni dapat cerita ni pun dari kawan saya. Maaf ya saya tak jadi pengikut Puan di IG.
Kalau Puan tak berpuas hati dengan layanan yang mak Puan dapat di wad tu, Puan boleh buat aduan kepada hospital sendiri. Ada borang aduan. Kalau Puan nak kes ni sampai ke pihak paling tinggi pun boleh. Puan taip aduan kat laman sesawang SISPAA KKM. Dalam masa 14 hari, Puan wajib terima penjelasan dari pihak terbabit. Percayalah Puan, KKM ni memang tak bertoleransi dengan staf yang ada salah laku. Memang mana-mana penjawat awam kalau dilapor oleh masyarakat ke SISPAA, menjawab la nanti.
Lagi satu ya Puan. Mungkin Puan tak tahu, yang mengambil gambar atau video di dalam premis hospital adalah satu kesalahan dan Puan boleh didakwa. Tolonglah hormati undang-undang. Tu kan hospital. Kita ni kenalah pandai bawa diri. Saya pun biasa menjaga ahli keluarga di hospital kerajaan. Di situ, saya hanya pelawat. Bukan doktor. Jadi saya patuh dengan arahan. Nak minta tolong misi sesuatu pun, saya merendah diri.
Misi ni kerjanya banyak Puan. Duduk kat kaunter bukan bermakna mereka membawang. Mereka kena buat macam-macam kerja menulis. Dah macam kerani pun ada. Tanpa mereka, pincanglah hospital. Kadang kala mereka terlupa bila kita minta sesuatu. Tak apa. Pergilah cakap lagi sekali. Ingatkan dia. Kita berbaik sangka boleh kan.
Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki misi. Tulah kerja kita sebagai anak, isteri, mak atau cucu. Saya buat semua tu Puan masa saya menjaga ahli keluarga saya. Kadang kala masa melawat pun saya tolong. Tak tahu tak apa. Jumpa misi, minta dia tolong ajar. Misi boleh tahu kita ni ikhlas dalam menjaga ahli keluarga kita.
Bila Puan buka cerita begini, maka menderulah manusia-manusia lain menambah garam pada luka. Menuang minyak pada api yang marak. Tak ke menambah dosa kering jadinya. Silap haribulan jatuh fitnah. Dek seorang dua misi yang Puan rasa teruk sangat, habis semua kebaikan misi-misi yang lain dah terus lenyap. Patut ke begitu?
Misi tak dilatih macam askar untuk duduk tegak, atau diri lama-lama. Takkan la letak kaki kat kerusi macam tu pun salah puan. Maaf. Saya tak tahu apa tujuan Puan buat tanda pangkah pada kaki misi tu. Tapi tulah kalau cara dia letak kaki pun jadi isu, bukan ke remeh tu.
Misi pun manusia Puan. Mereka juga ada kehidupan macam kita. Entah-entah, dia ada masalah bermain di fikiran dia. Nak ambil cuti kecemasan bukan senang. Terpaksalah datang kerja dengan minda berserabut. Ataupun dia baru saja kena marah dengan bos dia. Terpaksa lah dia hadap juga muka pesakit-pesakit walaupun hati tu pedih semacam. Maafkan lah dia ya Puan.
Saya doakan Mak Puan cepat sembuh. Semoga dipermudahkan urusan Puan sekeluarga. Harapnya lepas dah keluar wad nanti, Puan bantulah Mak untuk menjaga kesihatannya dengan lebih baik dengan mengambil ubat seperti yang disarankan, mengikuti tarikh temujanji seperti sepatutnya dan menjaga pemakanan.
Maaf sekali lagi kalau kata-kata saya mengundang rasa kurang senang ya Puan.
Dari saya, doktor marhaen untuk rakyat marhaen,
Dr. Ninie
Sumber : Rusyainie Ramli
The post ‘Saya Hanya Merayu Tukar Cadar’ – Viralkan Jururawat Biadap, Ini Nasihat Doktor Kepada Linda Rafar appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saya-hanya-merayu-tukar-cadar-viralkan-jururawat-biadap-ini-nasihat-doktor-kepada-linda-rafar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Tolong Tukar Cadar Terkena Najis Bukan Suruh Cuci Najis Pun Linda Rafar

Minta Tolong Tukar Cadar Terkena Najis Bukan Suruh Cuci Najis Pun Linda Rafar

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 682 hits
Baru baru ini penyanyi dan pelakon Linda Rafar atau nama sebenar Azlina Rafar memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan seorang jururawat yang didakwa bersikap kurang ajar apabila dia meminta bantuan Difahamkan Rasimah Abd ...
Delegasi Jururawat Bakal Saman Fitnah Linda Rafar

Delegasi Jururawat Bakal Saman Fitnah Linda Rafar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 581 hits
Baru baru ini telah viral satu cerita di mana Linda Rafar mendakwa jururawat di sebuah hospital tidak menjalan tugas dengan baik selain The post appeared first on
Kes Linda Rafar Akan Dibawa Ke Mahkamah Jika Enggan Minta Maaf

Kes Linda Rafar Akan Dibawa Ke Mahkamah Jika Enggan Minta Maaf

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 498 hits
Susulan isu layanan jururawat yang disuarakan oleh Linda Rafar hari ini Delegation of Nurses telah menuntut anggota kumpulan Elite itu agar The post appeared first on
Notis Tuntutan Mahkamah Dihantar Linda Rafar Dikehendaki Buat Permohonan Maaf Dan Ganti Rugi

Notis Tuntutan Mahkamah Dihantar Linda Rafar Dikehendaki Buat Permohonan Maaf Dan Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 1664 hits
Penyanyi kumpulan Elite Linda Rafar dikehendaki membuat permohonan maaf dan ganti rugi kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari Menerusi Facebook Deligasi Jururawat Malaysia pengendali laman terbabit telah memuat naik notis tuntutan mahkama...
Notis Mahkamah Pada Linda Tuntut Maaf Jururawat

Notis Mahkamah Pada Linda Tuntut Maaf Jururawat

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 1332 hits
GAMBAR FAIL Mukmin Azmi Co foto MALAYSIA GAZETTEKUALA LUMPUR Anggota kumpulan Elite Linda Rafar diberi masa tujuh hari untuk memohon maaf kepada jururawat atau berhadapan dengan tindakan undang undang Sebuah page Facebook Delegation of Nurs...
Linda Rafar Dituntut Buat Permohonan Maaf

Linda Rafar Dituntut Buat Permohonan Maaf

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 1294 hits
Linda Rafar dituntut buat permohonan maaf Sebuah akaun Facebook Delegation of Nurses memuat naik notis tuntutan mahkamah kepada anggota kumpulan Elite Linda Rafar agar memohon maaf kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari Notis itu dihantar...
Tukar Cadar Bukan Ehsan Memang Kita Kena Buat Nurse Swasta Terangkan Skop Kerja Nurse

Tukar Cadar Bukan Ehsan Memang Kita Kena Buat Nurse Swasta Terangkan Skop Kerja Nurse

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 347 hits
Tukar cadar bukan ehsan memang kita kena buat Nurse swasta terangkan skop kerja nurseBaru baru ini seorang pelakon meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai sikap sekumpulan jururawat di hospital kerajaan yang didakwa menampilkan sikap yang ...
Linda Rafar Tampil Untuk Betulkan Keadaan Kerana Kenyataan Dia Telah Diputar Belitkan

Linda Rafar Tampil Untuk Betulkan Keadaan Kerana Kenyataan Dia Telah Diputar Belitkan

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 795 hits
Linda Rafar Tampil Untuk Betulkan Keadaan Kerana Kenyataan Dia Telah Diputar BelitkanLinda Rafar Tampil Untuk Betulkan Keadaan Kerana Kenyataan Dia Telah Diputar Belitkan
Ibu Sudah Kehilangan Satu Anggota Badan Dan Masih Tidak Tahu Linda Dan Diana Rafar Belum Berani Untuk Beritahu

Ibu Sudah Kehilangan Satu Anggota Badan Dan Masih Tidak Tahu Linda Dan Diana Rafar Belum Berani Untuk Beritahu

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 517 hits
Ibu Sudah Kehilangan Satu Anggota Badan Dan Masih Tidak Tahu Linda Dan Diana Rafar Belum Berani Untuk BeritahuIbu Sudah Kehilangan Satu Anggota Badan Dan Masih Tidak Tahu Linda Dan Diana Rafar Belum Berani Untuk Beritahu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi