Kenapa Pm Biarkan Mb Johor Dibuli Singapura


Wartawan MalaysiaGazette
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian

KUALA LUMPUR – Kenapa pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) membiarkan sahaja Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian ‘dibuli’ dan ‘dibelasah’ oleh pemimpin Singapura.

Pucuk pimpinan itu termasuklah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itu persoalan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

“Saya melihat dengan teliti dan berasa sedih kerajaan Persekutuan sama ada Perdana Menteri, Menteri Luar atau Menteri Pertahanan hatta Timbalan-Timbalan Menteri di Putrajaya senyap sunyi yang memekakkan apabila mengambil sikap membisu dan berdiam diri membenarkan menteri-menteri Republik Singapura di dalam Parlimen dan di luar Parlimen termasuk Menteri Pertahanan Singapura membelasah Datuk Osman Sapian yang dituduhnya menceroboh masuk ke perairan Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hassan, Singapura menjadikan MB Johor sebagai kambing hitam dan punching bag manakala pemimpin -pemimpin di Putrajaya ambil sikap tidak peduli.

“Pemimpin-pemimpin kerajaan Johor juga ambil sikap membisu dan kelu seribu bahasa membiarkan Datuk Osman mempertahankan diri seorang diri dalam menghadapi tuduhan-tuduhan liar dari Singapura sedangkan beliau menjalankan tugasnya demi mempertahankan kedaulatan wilayah dan maruah negara dan negeri,” ujarnya lagi.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan KarimMenurut Hassan, sikap pemimpin-pemimpin kerajaan Persekutuan dan negeri yang seolah-olah bacul dan dayus membiarkan MB Johor diserang oleh Singapura.

Sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor yang menjadi sebahagian dari tunggak yang menyokong kerajaan PH, Hassan berkata, beliau berhak menimbulkan perkara itu dan menuntut jawapan kerajaan.

“Saya akan bangkitkan perkara ini secara rasmi di Parlimen bila sidang Parlimen bulan Mac depan,” ujarnya.

Osman sebelum itu menafikan dirinya menceroboh perairan Singapura sebaliknya hanya mahu melihat anggota Jabatan Laut menjalankan tugas di atas Kapal MV Pedoman di kawasan sempadan perairan bukan melakukan provokasi.

Malah kehadirannya diketahui oleh Wisma Putra.

Susulan dakwaan tersebut, Singapuran dikatakan menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa Bersaa Peringkat Menteri untuk Iskandar Malaysia baru-baru ini.- MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/kenapa-pm-biarkan-mb-johor-dibuli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Bisu Singapura Buli Mb Johor

Putrajaya Bisu Singapura Buli Mb Johor

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 428 hits
Pengerusi PKR Johor Hassan Abdul Karim meluahkan kekecewaannya terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dilihat membiarkan saja Singapura membelasah Menteri Besar Osman Sapian berhubung dakwaan menceroboh perairan negara itu S...
Mb Johor Sangkal Dakwaan Beliau Masuk Ke Perairan Singapura

Mb Johor Sangkal Dakwaan Beliau Masuk Ke Perairan Singapura

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 344 hits
Datuk Osman Sapian Foto oleh The StarMenteri Besar Johor Datuk Osman Sapian hari ini menyangkal laporan beberapa portal berita dari Singapura yang mendakwa beliau memasuki perairan negara itu semasa lawatannya ke kawasan sempadan perairan M...
Singapura Membekalkan Air Terawat Tambahan Ke Malaysia Atas Permintaan Johor

Singapura Membekalkan Air Terawat Tambahan Ke Malaysia Atas Permintaan Johor

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 580 hits
SINGAPURA Agensi air Singapura PUB atas permintaan Johor membekalkan air terawat tambahan ke Malaysia selepas pengeluaran telah terganggu akibat pencemaran Sebagai tindak balas kepada pertanyaan media PUB berkata pada hari Ahad bahawa tamba...
Tunku Mahkota Johor Berhenti Berperang Antara Satu Sama Lain

Tunku Mahkota Johor Berhenti Berperang Antara Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 283 hits
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah kerajaan perlu mula mentadbir berhenti berperang antara satu sama lain dan berhenti mempolitikkan setiap isu Titah Tunku Ismail baginda akan terus konsisten dan berpegang teguh dengan...
Tosca At Doubletree By Hilton Johor Bahru Presents Its Mouth Watering Delmonico Steak

Tosca At Doubletree By Hilton Johor Bahru Presents Its Mouth Watering Delmonico Steak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 400 hits
Dine at Tosca the Italian Trattoria located in DoubleTree by Hilton Johor BahruDine at Tosca the Italian Trattoria located in DoubleTree by Hilton Johor Bahru for an epic meal featuring a rib eye steak more commonly known as the Delmonico S...
Bangsa Johor 8979

Bangsa Johor 8979

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 398 hits
Thursday 3 January 2019Sultan Johor Tidak Layak Jadi Agong Tular didalam sosial media yang mengatakan ada gerakan yang mahu menafikan giliran DYMM Tuanku Sultan Johor menjadi Yang di Pertuan Agong atau Raja Malaysia setelah Sultan Perak Sul...
Sultan Johor Agong Baru Jangan Spekulasi Salah Anggap

Sultan Johor Agong Baru Jangan Spekulasi Salah Anggap

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 935 hits
Edit 10 02 amGambar di atas adalah Almarhum Tunku Sultan Iskandar dari Johor ketika menjadi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dari tahun 1984 ke 1989 Almarhum menjadi Agong ketika Tun Dr Mahathir PM ke 4 Almarhum Sultan Abdul H...
Video Terkini Kecoh Melayu India Bergaduh Di Flat Sri Johor

Video Terkini Kecoh Melayu India Bergaduh Di Flat Sri Johor

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 946 hits
Dua buah video yang dikongsi melalui group WhatsApp lewat petang tadi dikatakan berlaku perselisihan faham antara seorang individu berbangsa India dalam keadaan mabuk dengan sekumpulan lelaki di kawasan kejiranan tersebut Bagaimanapun video...
Lontong Kering Popular Di Johor

Lontong Kering Popular Di Johor

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 1061 hits
Lontong Kering Popular Di JohorPernah dengar tak Lontong Kering
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal