Kenapa Perlu Elak Guna Produk Kesihatan Ada Steroid Ini 11 Jawapan Yang Perlu Anda Tahu


Kebelakangan ini, terdapat banyak produk makanan tambahan dan juga jamu yang telah diharamkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Produk-produk ini mengandungi pelbagai bahan terlarang seperti raksa dan juga steroid. Persoalannya, mengapa anda perlu menjauhkan diri daripada makanan tambahan tinggi steroid?
Penggunaan steroid sintetik adalah sesuatu yang terkawal kerana kesan perubahan paras steroid dalam badan boleh mengakibatkan tindak balas yang sistemik. Namun yang demikian, terdapat juga beberapa pihak yang menyalahgunakan steroid untuk tujuan tertentu. Ahli bina badan misalnya, banyak menggunakan steroid anabolik bagi menggalakkan tumbesaran otot. Selain ahli bina badan, peniaga dan pengasas produk makanan tambahan pun tidak terlepas daripada menggunakan steroid dalam produk mereka. Steroid sintetik utama yang terdapat dalam produk-produk ini adalah dexamethasone.
Produk makanan tambahan yang tinggi steroid lazimnya dipasarkan sebagai produk untuk sakit sendi dan juga untuk kesihatan badan warga emas. Ramai pengguna produk-produk ini mengakui bahawa ia membantu mereka untuk mengatasi masalah sakit sendi, artritis dan juga rasa tidak sedap badan. Disebabkan kandungan steroid dalam produk-produk ini tidak dinyatakan, pengguna cenderung untuk percaya bahawa keberkesanan makanan tambahan tersebut datangnya daripada unsur buah-buahan semula jadi dan makanan ‘sunnah’ yang dicampur. Hakikatnya, kesan tersebut semuanya datang daripada campuran steroid dexamethasone yang tinggi.
Kesan jangka panjang pengambilan produk tinggi streroid
Pengambilan steroid yang tinggi ini boleh menyebabkan pengguna cenderung untuk mengalami satu komplikasi yang khusus iaitu sindrom Cushing.
Sindrom cushing terjadi apabila seseorang itu mengambil produk tinggi steroid jenis glukokortikoid dalam masa yang lama. Seperti yang disebut di bahagian awal, rembesan hormon steroid daripada kelenjar adrenal dikawal rapi oleh paksi hipotalamus-pituitari.
Jika kandungan hormon steroid adrenal terus tinggi dalam darah, ini akan menghalang stimulasi kelenjar adrenal untuk menghasilkan hormon-hormon adrenal yang lain. Ini akan menyebabkan beberapa simptom sindrom Cushing seperti:
Naik berat badan, khususnya di bahagian muka, abdomen dan bahu Pengumpulan lemak pada bahagian tulang kalvikel Berpeluh berlebihan Kulit semakin menipis (wujudnya garisan ungu yang disebut sebagai purple striae) Mudah untuk mengalami lebam pada kulit Kelemahan otot proksimal Tumbuh bulu sekitar wajah (hirsutism) Kurang libido Gangguan haid Ketidaksuburan Masalah jerawat Sindrom Cushing juga boleh menyebabkan kerintangan insulin (menyebabkan diabetes), tekanan darah tinggi, peningkatan paras trigliserida, kemurungan, gangguan kognitif dan cenderung untuk menghidap jangkitan fungus.
Selain itu, ia juga berbahaya jika seseorang itu badannya telah biasa menerima jumlah steroid yang tinggi, mereka tidak boleh menghentikan pengambilan produk tersebut secara mengejut. Ini akan menyebabkan ketidakcekapan kelenjar adrenal. Apabila seseorang itu sudah mengambil produk tinggi steroid dalam jangka masa yang lama, ini akan menyebabkan fungsi kelenjar adrenal mereka ditekan. Kelenjar adrenal merembeskan beberapa hormon lain yang penting untuk kawalan tekanan darah.
Dalam bidang perubatan, sekiranya seseorang itu sedang menjalani rawatan steroid yang tinggi untuk jangka masa yang lama, dos steroid tersebut perlu dikurangkan secara perlahanan-perlahan sebelum boleh dihentikan sepenuhnya.
Antara penyakit yang memerlukan rawatan steroid seperti ini adalah penyakit asma yang tidak terkawal dan juga pesakit pascatransplantasi organ.
Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati dengan produk yang dijual atas talian. Sentiasa cakna tentang pengumuman yang dibuat oleh pihak KKM dan jauhkan diri anda daripada produk yang tidak mempunyai sebarang kelulusan. Bahan-bahan terlarang dalam produk makanan tambahan ini boleh mendatangkan pelbagai mudarat kepada kesihatan.
Sumber: Hello Doktor
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/09/kenapa-perlu-elak-guna-produk-kesihatan-ada-steroid-ini-11-jawapan-yang-perlu-anda-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Guna Bayinya Sebagai Perisai Untuk Elak Ditembak Ketika Cuba Beli Dadah Guna Duit Palsu

Bapa Guna Bayinya Sebagai Perisai Untuk Elak Ditembak Ketika Cuba Beli Dadah Guna Duit Palsu

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 345 hits
Bapa kepada bayi yang kritikal akibat ditembak dalam kejadian di utara Philadelphia bulan lalu telah ditahan selepas didakwa mempergunakan anaknya sebagai perisai ketika cuba membeli dadah menggunakan duit palsu Pihak berkuasa percaya Nafes...
Beza Label Guna Sebelum Dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan

Beza Label Guna Sebelum Dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 888 hits
Beza Label Guna Sebelum dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan Satu kemestian beli produk makanan mesti tengok tarikh luput Tapi kalau perasan pada label tu ada beza tulis Guna Sebelum dan Baik Sebelum Apa bezanya Beza Label Guna Sebelum dan ...
Jangan Guna 2 Warna Ini Pada Sarung Bantal Dan Katil Korang Kalau Nak Elak Tidur Dengan Pepijat

Jangan Guna 2 Warna Ini Pada Sarung Bantal Dan Katil Korang Kalau Nak Elak Tidur Dengan Pepijat

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 664 hits
Tiada siapa yang suka mendengar perkataan pepijat atau bed bug Pepijat membuatkan katil anda jadi tak selesa dan boleh menggangu tidur anda Kalau yang jenis penggeli sekali dia nampak memang dia tak akan tidur lagi di katil tu Namun korang ...
Kesan Sampingan Produk Yang Menggunakan Kapur Barus

Kesan Sampingan Produk Yang Menggunakan Kapur Barus

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 578 hits
Assalamualaikum Hi Semua Biasa bila lenguh lenguh badan seringkali kita menyapu minyak angin pada badan Kadang kadang pada budak budak kecil bayi dan sebagainya Tetapi tahukah kita seandainya produk tersebut mengandungi kapur barus ianya ti...
Hanwha Life Luncurkan Produk Bancassurance Premi Dasar Hanya Rp200 000

Hanwha Life Luncurkan Produk Bancassurance Premi Dasar Hanya Rp200 000

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 289 hits
Dengan membayar premi dasar mulai dari Rp200 000 per bulan atau Rp1 juta per tahun nasabah bisa mendapatkan proteksi jiwa hingga usia 100 tahun serta dapat mempersiapkan dana warisan untuk keluarga
Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom My Dengan Lebih 200 Jenis Produk

Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom My Dengan Lebih 200 Jenis Produk

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 407 hits
Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom my Dengan Lebih 200 Jenis Produk Salam semua Baru baru ini Wani dicadangkan oleh seorang kawan kalau minat nak design sendiri cuba guna servis dari custom my ni Kawan cakap macam macam pilihan yang ...
Ma Ruf Amin Minta Indonesia Jadi Produsen Produk Halal

Ma Ruf Amin Minta Indonesia Jadi Produsen Produk Halal

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 290 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin mengatakan untuk mengembangkan ekonomi dan keuangan syariah perlu difokuskan beberapa hal Mulai dari pengembangan dan perluasan industri produk halal hingga social fund seperti wakaf dan zakat
Rahsia Mekap Wanita India 5 Produk Lakme Paling Best Mesti Miliki

Rahsia Mekap Wanita India 5 Produk Lakme Paling Best Mesti Miliki

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 347 hits
Lakme adalah jenama komsetik tertua di India yang menawarkan alatan solek berkualiti pada harga yang berpatutan Malah ia berada di kedudukan nombor satu dalam pasaran kosmetik di India sahaja Sekutu kepada wanita klasik jenama ini telah ber...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia