Kenapa Pekerja Kerajaan Tak Beramanah Masuk Office Lambat Tak Jawab Call Pengadu





Beberapa minggu lalu, seorang pengguna TikTok memuat naik video yang mempertikaikan mengapa sesetengah penjawat awam bekerja sambil lewa dan tidak menggalas amanah yang diberikan itu dengan penuh rasa bertanggungjawab. 

"Aku nak tanya korang, kenapa perangai pekerja kerajaan macam ni? Selalu kita complaint pemimpin tak buat kerja, kali ini aku nak cakap pekerja kerajaan tak buat kerja dan aku rasa korang pun rasa benda ini. 


"Korang ingat, pemimpin saja ke yang ada amanah? Kita pun ada amanah, kau tak buat kerja kau, maksudnya kau tak beramanah, tau tak? Korang tahu tak, betapa pentingnya amanah. Selagi korang tak beramanah, selagi itulah tak sempurna iman korang. 


"Kenapa aku cakap pegawai kerajaan ini tak beramanah dan khianat amanah mereka? Sebab boss diorang dah letak diorang untuk jawab panggilan telefon. Tapi kau buat apa? Masuk office lambat, kau pergi beli nasi lemak, ambil semua lemak-lemak itu. Selepas itu kau sembang-sembang, tak duduk dekat meja pun nak angkat panggilan telefon. 


"Ini aku nampak sendiri, bukan main cakap. Semalam tiga bangunan kerajaan aku pergi, salah satunya bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bila aku sampai, tak ada sesiapa pun di kaunter pendaftaran. Korang buat apa? Korang makan duit rakyat, korang buat apa, korang kat mana? Berjam-jam aku kat situ, tiada seorang pun di kaunter," katanya. 


@marythehighnessthis is not for pekerja gomen je swasta jgk tp mostly perangai gini pekerja gomen. Yg dh bagus tu go on yg x blh improve. Sesama peringatan utk kita ♥️
♬ original sound - cerita gitu gitu - mariam

Pengadu yang menggunakan nama 'Marrymehighness' juga mengatakan, sekitar jam 12 tengah hari dia ada meminta pegawai lain untuk menghubungi bahagian kaunter bagi melihat sama ada pegawai bertanggungjawab berada di kaunter ataupun tidak. Namun dia dimaklumkan bahawa kakitangan kaunter telah keluar berehat. Sedangkan waktu rehat kerajaan adalah bermula dari jam 1 tengah hari hingga 2 petang. 


Pengadu kemudian pergi ke bangunan yang lain dan mendapati masih ada penjawat awam duduk di kafeteria selepas jam 2 petang.


"Aku pergi satu lagi jabatan kerajaan, bangunan lain. Aku makan di situ dari jam 1 hingga 2 petang. Jam 2 petang, tiada seorang pun penjawat awam yang bangun untuk beredar atau pergi solat. Yang duduk di kafeteria itu, duduk saja sampai lebih jam 2 petang bersembang. 


"Kenapa aku marah? Sebab kitorang bayar gaji kau untuk buat kerja. Bila kau pergi tempat shopping mall, yang private semua kau marah pula diorang tak bagi servis. Habis tu kau ni yang makan je, tak buat kerja, yang buat kerja sambil lewa tanpa amanah, satu hari mungkin kau kerja dua jam, tiga jam? Setiap jam,  tuhan akan tanya. 


"Jangan khianat amanah itu, jangan khianat agama sendiri, negara sendiri, dan rakyat sendiri. Aku minta korang buat tanggungjawab korang. Itu sahaja dan tak minta lebih je. Jadi korang tak perlu bising, aku hanya minta korang jalankan tanggungjawab. Kalau korang rasa korang bertaqwa dan tuhan itu ada, korang akan buat. 


"Sebab bila kita tahu tuhan sentiasa tengok kita, kita bekerja tuhan nampak, kita takkan buat benda-benda macam ni," katanya. 


Susulan dari luahan ketidakpuasan hati pengadu, Jabatan Perdana Menteri tampil menjawab dakwaan tersebut dan memaklumkan pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang aduan dari individu berkenaan. 


"Sehingga hari ini, tiada sebarang aduan rasmi diterim oleh JPM mengenainya. Sehubungan itu, pemilik akaun tersebut diminta segera menghubungi JPM melalui emel [email protected] atau talian 03-88723430 dengan mengemukakan butiran lanjut kejadian di Kaunter JPM seperti yang dinyatakan dalam video tersebut. 


"Maklumat seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian sangat diperlukan bagi memudahkan siasatan," katanya. 





Sumber: TikTok Marrymehighness, Facebook Jabatan Perdana Menteri

source https://www.thereporter.my/2022/06/kenapa-pekerja-kerajaan-tak-beramanah.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/06/kenapa-pekerja-kerajaan-tak-beramanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sibuk Bercinta Pelajar Dipuji Pulun Kumpul Duit Balik Terus Masuk Office

Tak Sibuk Bercinta Pelajar Dipuji Pulun Kumpul Duit Balik Terus Masuk Office

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 137 hits
Perkongsian rutin hariannya di aplikasi TikTok membuka mata orang ramai bahawa sesuatu kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai kerana perlu mengorbankan masa serta tenaga Ketika segelintir remaja seusianya sakan bercinta tidak bagi seorang g...
Cara Mengatasi Tampilan Ms Word Lambat Solusi Microsoft Office Lemot Saat Dibuka

Cara Mengatasi Tampilan Ms Word Lambat Solusi Microsoft Office Lemot Saat Dibuka

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 203 hits
Loading atau tampilan Microsoft Office Word atau MS Word di komputer atau laptop Anda lambat alias lemot saat dibuka Berikut ini cara Cara Mengatasi Tampilan MS Word Lambat Solusi Microsoft Office Lemot Saat Dibuka di Windows 10 atau Window...
Ada Kepentingan Atas Isu Dilantik Jadi Pengerusi Tak Masuk Akal

Ada Kepentingan Atas Isu Dilantik Jadi Pengerusi Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 287 hits
Sebagai bekas hakim dan bekas peguam negara sepatutnya dari awal apandi menunjukan masih bijaksana untuk menolak perlantikan tersebut atas etika dan jangan kerana masih dendam dan marah peribadi mahu berada di kerusi yang akan menjurus kepa...
Berat Anak Dah Masuk Line Kuning Ibu Kongsi Menu Finger Food Naikkan Berat Anak

Berat Anak Dah Masuk Line Kuning Ibu Kongsi Menu Finger Food Naikkan Berat Anak

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 218 hits
Susah hati bila memikirkan berat badan anak tak naik naik lebih merisaukan bila berat anak dah sampai garisan kuning dalam buku kesihatan Pening betul kan Mama boleh cuba cara ibu ini lakukan untuk anaknya mana tahu menjadi Anak susah nak n...
Video Masuk Bilik Seolah2 Nak Bagitahu Sesuatu Rupanya Kucing Tu Nak Bagitahu Dia Nak M4ti

Video Masuk Bilik Seolah2 Nak Bagitahu Sesuatu Rupanya Kucing Tu Nak Bagitahu Dia Nak M4ti

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 248 hits
Memiliki haiwan peliharaan seperti kucing ialah satu kemestian kepada sesebuah keluarga Bila memelihara kucing ini dapat juga tuannya menumpang kasih sayang walaupun hanya haiwan peliharaan Manakan tidak haiwan kerana haiwan seperti kucing ...
Sapi Kurban Di Sumsel Tak Masuk Prioritas Penerima Vaksin Pmk

Sapi Kurban Di Sumsel Tak Masuk Prioritas Penerima Vaksin Pmk

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 169 hits
Kepala Dinas Ketahanan Pangan dan Peternakan Sumsel Ruzuan Efendi mengungkapkan sapi yang mendapat vaksin PMK hanya anakan sapi atau pendet dan indukan Dia beralasan masa hidup sapi tersebut dimungkinkan berlangsung lama dan bernilai ekonom...
Orang Nak Tengok Movie Mat Kilau Bukan Nak Dengar Anak Kau Menangis Penonton Geram Ibubapa Bawa Bayi Masuk Pawagam

Orang Nak Tengok Movie Mat Kilau Bukan Nak Dengar Anak Kau Menangis Penonton Geram Ibubapa Bawa Bayi Masuk Pawagam

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 216 hits
Foto Hiasan SahajaSejak dahulu lagi panggung wayang merupakan antara tempat kegemaran masyarakat untuk bersantai sambil menonton wayang pada hujung minggu atau waktu bercuti Selain daripada tayangan filem yang menarik paparan skrin makanan ...
Rektor Unhan Pancasila Harus Masuk Ke Lembaga Pendidikan Tangkal Ideologi Dari Luar

Rektor Unhan Pancasila Harus Masuk Ke Lembaga Pendidikan Tangkal Ideologi Dari Luar

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 150 hits
Pancasila berhasil membuat bangsa di Asia dan Afrika merdeka berkat campur tangan Indonesia
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque