Kenapa Pas Diam Mca Cadang Pilihan Raya Pbt Soal Lip Eng


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 27, 2025 9:46 AM
Mengapa PAS berdiam diri terhadap gesaan Presiden MCA Wee Ka Siong supaya kerajaan mengembalikan semula pilihan raya tempatan di Kuala Lumpur, soal Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng

Lim menyatakan bahawa ia sangat berbeza dengan PAS sebelum ini yang lantang menentang cadangan serupa oleh DAP beberapa bulan lalu.

Kata pemimpin DAP itu, PAS ketika itu menentang sekeras-kerasnya idea berkenaan, dengan menggunakan tragedi 13 Mei 1969 sebagai cara untuk menakutkan orang ramai dengan retorik perkauman yang lapuk.

Bagaimanapun, Lim berkata, apabila MCA membuat permintaan yang sama, PAS memilih untuk berdiam diri.

"Jelas sekali, PAS dan MCA hanya memainkan isu perkauman apabila ia menguntungkan mereka. Jika benar PAS berpegang teguh pada prinsip menolak pilihan raya PBT (pihak berkuasa tempatan), mengapa mereka tidak menyerang MCA sebagaimana mereka menyerang DAP?

"Atau adakah 'prinsip' PAS ini sebenarnya tidak wujud, dan mereka hanya menyalak apabila ia memberi keuntungan politik? soal Lim.

Lim juga mempersoalkan sama ada PAS dan MCA bersekongkol secara rahsia, menggunakan isu perkauman untuk meneruskan agenda mereka sendiri.

"PAS dan MCA bukanlah pejuang rakyat, apatah lagi pembela keadilan. Mereka hanyalah ahli politik oportunis yang sanggup meniup api perkauman apabila ia menguntungkan mereka tetapi menikus apabila rakan sekutu sendiri terlibat.

"Hipokrasi sebegini tidak boleh dibiarkan berterusan. Rakyat harus menolak politik kotor dan penuh sandiwara ini sebelum ia merosakkan negara lebih jauh,” tambah Lim.

Gesaan untuk mengembalikan pilihan raya majlis tempatan, yang dimansuhkan berikutan rusuhan kaum pada 1969, telah menjadi isu pertikaian selama bertahun-tahun.

Penyokong idea itu berhujah bahawa ia akan memberi penduduk suara yang lebih kuat dalam tadbir urus tempatan, manakala yang menentang bimbang ia boleh mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan kestabilan iklim politik.

Awal minggu ini, Wee menggesa mengadakan pilihan raya tempatan di Kuala Lumpur, dengan menyatakan kekurangan perwakilan rakyat yang hanya terhad kepada ahli parlimen.

Kata Wee, pilihan raya tempatan akan membolehkan lebih ramai wakil rakyat (ahli majlis tempatan) membantu ahli parlimen dalam menangani isu penduduk tempatan dan menyelesaikan kebimbangan masyarakat.

Pada Oktober tahun lalu, DAP Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan mereformasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan membenarkan pelantikan ahli majlis.

DAP Wilayah Persekutuan sebelum ini juga menggesa kerajaan mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan di ibu negara. Gesaan itu mendapat tindak balas yang meluas daripada seteru dan sekutu politik, serta laporan polis daripada Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Pada Disember 2023, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan bukan keutamaan.

Nga menegaskan bahawa dia sentiasa berhubung dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berhubung perkara itu.

Zaliha sebelum ini berjanji akan mengadakan perbincangan dengan Nga mengenai perkara itu dan menegaskan terdapat lebih banyak isu penting yang perlu diberi keutamaan, termasuk tadbir urus hartanah strata.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/kenapa-pas-diam-mca-cadang-pilihan-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Wants Dewan Rakyat To Censure Pas Mp Over May 13 Claim

Guan Eng Wants Dewan Rakyat To Censure Pas Mp Over May 13 Claim

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 192 hits
PARLIAMENT Lim Guan Eng today urged the Dewan Rakyat to take strict action against PAS representative Ahmad Marzuk Shaary for linking his anti discrimination law proposal with the May 13 tragedy Citing Dewan Rakyat Standing Orders Section 3...
30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 253 hits
Apakah baju raya lelaki murah yang berbaloi untuk anda beli Dalam artikel kami akan berkongsi 30 pilihan baju raya lelaki bawah RM100 ini untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Baju Melayu Slim Fit Rafida Baju Melayu ini hadir...
Warna Baju Raya 2025 Yang Menjadi Pilihan Ramai

Warna Baju Raya 2025 Yang Menjadi Pilihan Ramai

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 271 hits
Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025 terdapat beberapa pilihan warna baju raya 2025 yang menjadi pilihan dan dijangka trending pada tahun ini Kebanyakan warna ini menjadi pilihan orang ramai untuk digayakan sama ada baju melayu at...
Why Is Pas Silent On Mca S Local Election Call Questions Dap Mp

Why Is Pas Silent On Mca S Local Election Call Questions Dap Mp

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 180 hits
Why is PAS keeping silent on the call by MCA president Wee Ka Siong for the government to reinstate local elections in Kuala Lumpur questioned Kepong MP Lim Lip Eng He stated that this stands in stark contrast to PAS previous vocal oppositi...
Jom Cantikkan Diri Anda Sebelum Raya Di Laman Cinta Meriam Tradisional Spa

Jom Cantikkan Diri Anda Sebelum Raya Di Laman Cinta Meriam Tradisional Spa

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 192 hits
Hi semua Raya semakin hampir dan sudah tiba masanya untuk memastikan anda kelihatan cantik dan segar sebelum hari yang dinanti nantikan tiba Tapi dimanakah spa yang murah dalam masa yang sama boleh buat kan kita berseri seri sepanjang masa ...
Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 286 hits
Lirik Bae Sobar Bae Bae Rilek Bae Hati Hati Nok Balik Kampung Dik Jgn Dik Jgn Wak Lobey Jgn Adik Duk Degil Hooooo Dik Tulong Dik Dik Tulong Dik Cepat Cepat Kita Nok Balik Bae Sobar Bae Rilek Bae Benda Buleh Wak Bice Jgn Duk Lorat Gak Abe Ha...
Lirik Lagu Kueh Raya Achey

Lirik Lagu Kueh Raya Achey

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 258 hits
selamat selamat hari raya lalalala selamat menjamu selera pam pam param selamat selamat hari raya lalalala mari makan semua kuih raya pam pam param dari dulu kuih bahulu mat rempit kuih semprit cepat bangun kuih bangkit baik budi kuih suji ...
Huawei Unveils Matepad Pro 12 2 A Premium Pc Level Experience Tablet For Work Play And Creativity

Pelaburan Dividen Bulanan Senarai Saham Strategi Khas Untuk Rakyat Malaysia

Ringgit Firmer Against Us Dollar At Opening

Air Asia S 50 One Off Discount For Media Practitioners To Visit Asean

12 Gelanggang Pickleball Yang Menarik Di Selangor

Resipi Daging Goreng Belengas

Late Dinner Di Fiqri Tomyam Seafood Pasar Chow Kit

Suami Maia Lebih Baik Dari Saya Ucapan Ahmad Dhani Di Majlis Kahwin Al Ghazali Curi Perhatian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cave Cartography Mapping The Hidden Worlds Beneath Our Feet

Andre Mastijan Suatu Saat Nanti Chord

Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year