Kenapa Najib Tak Mahu Ulas Tawaran Jho Low


 
Di media sosial, sejak hilang kuasa, Najib Razak selalu menampilkan dirinya sebagai pemimpin serba tahu.
Hampir semua isu semasa diulas, dikomennya dan kerapkali jika isu itu berkaitan kerajaan, beliau akan memberi cadangan-cadangan tertentu yang memperlihatkan seolah-olah dirinya begitu pakar serta serba tahu.
Kadangnya juga terlihat seperti beliau menayangkan dirinya begitu cemerlang ketika memegang jawatan Perdana Menteri dan tidak pernah terbabit dengan apa-apa skandal sehingga menyebabkan BN tumbang pada 2018 lalu.
Selain menyentuh hampir semua isu, Najib juga amat aktif di media sosial di mana berpuluh tulisan dimuat-naik dalam sehari sehingga ada yang menggelarnya “Perdana Menteri FB”.
Di sisi lain, meskipun seperti serba tahu, semua orang juga tahu yang menulis bagi pihak beliau ialah sejumlah admin yang dibayar gaji olehnya.
Kalau berkaitan kucing, itu baru Najib sendiri yang memuat-naiknya.
Sebab itu, tidak menghairankan ketika di mahkamah, Najib sering menjawab tidak tahu ketika ditanya oleh pihak pendakwaraya.
Dalam keterangannya di mahkamah berkaitan kes SRC International, media melaporkan bahawa Najib telah menjawab tidak tahu sebanyak 46 kali.
Dengan jawapan tidak tahu sebanyak 46 kali itu, Najib boleh dianggap mencipta rekod kerana rasa-rasanya tidak pernah ada sesiapa dalam negara ini pernah berbuat demikian sekerap itu di dalam mahkamah.
Tetapi, meskipun aktif dan sering berlagak serba tahu, ada juga isu-isu tertentu yang tidak disentuhnya atau beliau buat-buat tidak tahu berkenaan dengannya.
Antaranya ialah terbaru ini tentang laporan yang menyebut Jho Low, watak utama dalam skandal 1MDB telah menawarkan penyelesaian untuk membersihkan dirinya dengan Kerajaan Malaysia.
The Edge melaporkan, Jho Low felah membuat tawaran sebanyak RM1.5 bilion bagi tujuan itu.
Begitu pun, selain bekas Peguam Negara, Apandi Ali yang telah mengesahkan dirinya adalah pengatur untuk menemukan wakil firma Kobre & Kim yang mewakili Jho Low dengan Peguam Negara, pegawai kanan SPRM dan lain-lain, Pejabat Peguam Negara atau AGC turut mengesahkan kemudiannya bahawa mereka menolak tawaran tersebut.
Kenapa Najib tidak mengulas isu ini?
Bukankah ini isu penting dan menjadi bualan rakyat?
Sepatutnya, sebagai “Perdana Menteri FB” yang serba tahu, beliau tidak harus menyisihkan dirinya daripada memberi komen atau membuat ulasan berkenaan tawaran Jho Low itu.
Kalau pun tidak mahu mengulas tentang bagaimana Apandi Ali yang pernah membebaskannya daripada skandal 1MDB boleh dilantik oleh firma yang mewakili Jho Low, Najib setidak-tidaknya masih boleh mengulas berkenaan penolakan AGC itu.
Misalnya, ulaslah sama ada wajarkah AGC menolak tawaran Jho Low itu atau sebaiknya tawaran tersebut diterima?
Juga komenlah sikit sama ada jumlah RM1.5 bilion yang ditawarkan Jho Low itu suatu jumlah yang berpatutan atau jumlahnya patut dinaikkan lagi?
Nampak macam tak lengkap profail sebagai “Perdana Menteri FB” yang serba tahu jika Najib tidak mengulas atau memberi komen berkaitan isu ini.
Belum terlambat dan masih sempat lagi untuk Najib berbuat demikian demi memenuhi keinginan pengikut-pengikutnya dan rakyat Malaysia yang ingin mengetahu ulasannya.
Jho Low pun barangkali tertunggu-tunggu sama ulasan Najib kali ini. – ShahbudinHusin 19/07/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/kenapa-najib-tak-mahu-ulas-tawaran-jho.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kata Najib Jho Low Pernah Tawarkan Rm1 5b Untuk Selesaikan Pertuduhan 1mdb

Apa Kata Najib Jho Low Pernah Tawarkan Rm1 5b Untuk Selesaikan Pertuduhan 1mdb

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 184 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dilaporkan pernah menawarkan RM1 5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya The Edge memetik sumber yang tidak dinamakan mengatakan bahawa kerajaan tel...
Meeting Jho Low S Reps Sends Wrong Message Guan Eng Tells Idrus

Meeting Jho Low S Reps Sends Wrong Message Guan Eng Tells Idrus

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 239 hits
DAP chairperson Lim Guan Eng has called on Attorney General Idrus Harun to shed more light on the meeting between the latter s office and the representatives of fugitive businessperson Jho Low Lim especially wants to know why the meeting wa...
Pulang Wang Saja Tidak Cukup Jho Low Sendiri Mesti Dibawa Pulang

Pulang Wang Saja Tidak Cukup Jho Low Sendiri Mesti Dibawa Pulang

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 204 hits
Selepas Pejabat Peguam Negara atau AGC memaklumkan mereka menolak semua tawaran Jho Low berhubung cadangan penyelesaiannya dengan Kerajaan Malaysia bekas Peguam Negara Apandi Ali dengan pantas tampil mengesahkan dirinya adalah wakil yang di...
The Ag Rejected Jho Low S Offer Of Rm1 5 Billion

The Ag Rejected Jho Low S Offer Of Rm1 5 Billion

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 257 hits
Fugitive businessman Low Taek Jho s attempt to reach a settlement with the Malaysian government over corruption charges against him was aborted as it allegedly could have serious political repercussions Former Attorney General Tan Sri Apand...
Negotiations With Jho Low Were Started By Pakatan Harapan

Negotiations With Jho Low Were Started By Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 240 hits
The negotiations between the Malaysian government and Jho Low were actually started by Pakatan Harapan soon after they took over the government in May 2018 Lim Guan Eng however is pretending he is shocked that the government is negotiating ...
Did You Know Of Meeting Between Agc Jho Low S Reps Guan Eng Asks Pm

Did You Know Of Meeting Between Agc Jho Low S Reps Guan Eng Asks Pm

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 264 hits
DAP chairman Lim Guan Eng wants to know whether Attorney General Idrus Harun attended the meeting unilaterally and arbitrarily or with go ahead from the prime minister PETALING JAYA DAP chairman Lim Guan Eng has questioned if Prime Minister...
Malaysian Govt Has Been Talking To Jho Low Since 2018

Malaysian Govt Has Been Talking To Jho Low Since 2018

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 177 hits
Anyway the bottom line is the Malaysian government is in touch with Jho Low and Jho Low is able to shed some light on the true story of 1MDB But they are not officially recording Jho Low s statement Why Is it because if Jho Low s story is r...
Jho Low Mohon Bantuan Apandi Bekas Peguam Negara

Jho Low Mohon Bantuan Apandi Bekas Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 273 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata siasatan perlu dilakukan selepas Jho Low didakwa memohon bantuan Mohamed Apandi Ali mengatur mesyuarat dengan Jabatan Peguam Negara Mei lalu Bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali wajar disiasat sekiranya terdapa...
Apa Sebenarnya Yang Dirunding Dengan Jho Low

Apa Sebenarnya Yang Dirunding Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 250 hits
Menurut beliau Pemuda AMANAH memandang serius terhadap isu ini kerana ia berkepentingan awam dan membabitkan maruah negara di peringkat antarabangsa Justeru kami mendesak agar Peguam Negara segera menjelaskan butir rundingan yang didakwa be...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids