Kenapa Mujahid Tiada Peranan Dalam Kl Summit


Kasthuri Jeevendran Azizi Safar
KUALA LUMPUR – Ketiadaan kelibat Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof dalam program KL Summit menimbulkan tanda tanya.

Bagi pemerhati politik, Azizi Safar, ia satu yang pelik sedangkan Mujahid merupakan menteri yang menjaga agama Islam di negara ini.

Beliau juga mempersoalkan penyertaan perbincangan meja bulat yang telah dihadiri oleh seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Rasa ‘pelik’ dibangkitkan Azizi dalam laman sosial Facebooknya dan beliau menyoal tentang signifikan di sebalik tindakan itu.

“Katanya, wakil Malaysia yang berucap dalam sidang meja bulat dan pleno KL Summit adalah Mohamed Azmin, Zuraida dan Mukhriz. Ini menimbulkan tanda tanya ramai. Mereka bukanlah personaliti yang sinonim dengan perjuangan umat Islam.

“Anehnya, Menteri Rahmatan Lil Alamin yang juga Menteri Hal Ehwal Islam (Mujahid) tidak diberikan sebarang peranan.

“Malahan dia tidak juga dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 ataupun sebagai menteri pengiring kepada ketua negara yang hadir.

“Adalah pelik, Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Azmin) pula yang diberi peranan utama. Apakah Sidang Kemuncak KL 2019 ini satu forum untuk memperkenalkan Azmin kepada dunia,” tulisnya lagi.

Persidangan dengan tema ‘Peranan Pembangunan Dalam Akses Kedaulatan Negara’ menghimpunkan para pemikir, intelektual, ahli politik, dan pemimpin-pemimpin masyarakat selain mendapat liputan media tempatan serta antarabangsa sejak 18 Disember lepas dan berakhir esok.



Azizi juga menyoal mengapakah persidangan yang sepatutnya platform bagi seluruh umat Islam hanya dihadiri oleh tiga ketua negara sahaja iaitu Turki, Qatar dan Iran.

Pemimpin-pemimpin itu termasuk Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Iran, Hassan Rouhani dan  Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

“Indonesia dan Pakistan yang di jemput tidak pula hadir. Kemuncak di peringkat antarabangsa adalah persidangan ketua-ketua negara atau kerajaan. Sekiranya yang hadir hanya bertaraf wakil-wakil sahaja, itu sidang ‘kemuncup’ sahaja seperti kata kawan aku.

“Tetapi, bila difikirkan balik, tiada yang pelik dengan Pakatan Harapan. Songsang, luar tabii adalah amalan mereka,” dakwanya.




Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin ada memberikan penjelasan Sidang Kemuncak KL 2019 tidak berhasrat untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Mahathir berkata, beliau mengambil peluang untuk menjelaskan perkara itu kepada Raja Salman Abdulaziz Al Saud dalam persidangan video dengan Raja Arab Saudi itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, venue Sidang Kemuncak KL 2019 yang akan berlangsung dari esok sehingga Sabtu ini.

Dalam kenyataan terdahulu, pejabat Perdana Menteri berkata, Sidang Kemuncak KL yang memasuki edisi kelima, merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan, yang disokong oleh kerajaan Malaysia. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/kenapa-mujahid-tiada-peranan-dalam-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Summit To Discuss State Of Affairs In Muslim World Not Religion Dr M Says

Summit To Discuss State Of Affairs In Muslim World Not Religion Dr M Says

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 281 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad told Islamic countries today that the Kuala Lumpur Summit is not to discriminate against or isolate any particular party but to find ideas for solutions to issues that have been plaguing Muslims for many y...
Oic Criticises Malaysia S Muslim Summit

Oic Criticises Malaysia S Muslim Summit

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 217 hits
The Organisation of Islamic Cooperation yesterday mounted a veiled attack on a Muslim summit in Malaysia shunned by Saudi Arabia saying such gatherings would weaken Islam Leaders of Muslim nations including Saudi rivals Iran Turkey and Qata...
Dr Zakir Naik Attends Kl Summit

Dr Zakir Naik Attends Kl Summit

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 213 hits
Controversial preacher Dr Zakir Naik was present when the Kuala Lumpur Summit 2019 was formally launched as a new platform for international Muslim discourse today However Dr Zakir expressed his wish to not speak to the press when he was ap...
Kl Summit 2019 Gagal

Kl Summit 2019 Gagal

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 375 hits
Sejak awal lagi ramai yang tidak faham dengan langkah Malaysia menganjurkan persidangan negara negara Islam atau KL Summit 2019 yang bermula hari ini Beberapa faktor melingkari ketidakfahaman ramai mengenai penganjuran sidang itu Pertama me...
Anwar Di Kl Summit 2019

Anwar Di Kl Summit 2019

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 309 hits
Bersama Menteri Luar Iran Javad Zarif Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar dan Menteri Ekonomi Qatar Ahmad Bin Jassim al Thani di KL Summit 2019
Kl Summit 2019 Langkah Permulaan Kerjasama Negara U Islam A Hadi

Kl Summit 2019 Langkah Permulaan Kerjasama Negara U Islam A Hadi

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 358 hits
Abdul Hadi menegaskan kelemahan itu berkait masalah antarabangsa terutama di Asia Barat yang dilihat tiada penyelesaian Gambar failKL Summit 2019 OIC gagal Hadi AwangKL Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak Kua...
Kl Summit 2019 Bukan Setakat Dimalukan Tapi Bukti Mahathir Dianggap Jijik Dan Hina

Kl Summit 2019 Bukan Setakat Dimalukan Tapi Bukti Mahathir Dianggap Jijik Dan Hina

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 691 hits
Kenyataan keras OIC terhadap KL Summit 2019 yang cuba diwujudkan oleh Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan sekaligus memberikan gambaran keparahan ekonomi kewangan dan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Negara Negara Islam sendiri ...
Kl Summit Presiden Pas Sambut Baik Inisiatif Malaysia

Kl Summit Presiden Pas Sambut Baik Inisiatif Malaysia

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 274 hits
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyahut inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah untuk membincangkan isu isu yang menghimpit umat Islam di serantau dunia Katanya Malaysia sesuai sebagai tuan rumah kerana ...
Tm One Leap Summit 2019

Tm One Leap Summit 2019

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 398 hits
Baru baru ini pada 5 November 2019 bertempat di KL Convention Centre thelah dianjurkan acara gilang gemilang yang merupakan suatu acara signature tahunan daripada TM ONE TM ONE LEAP Summit 2019 Apa itu TM ONE TM ONE merupakan salah satu cab...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation