Kenapa Mesir Jordan Enggan Terima Pelarian Palestin



KAHERAH: Mesir dan Jordan menegaskan mereka tidak membuka pintu kepada pelarian Palestin disebabkan beberapa faktor.
Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, berkata perang yang berlaku antara Palestin dan Israel bukan bertujuan memerangi Hamas sebaliknya cubaan mendorong orang awam khususnya di Semenanjung Gaza berhijrah ke negaranya.
Beliau memberi amaran situasi itu boleh merosakkan keamanan di rantau ini.
Tambahan pula, beliau mendakwa perpindahan besar-besaran berisiko membawa militan ke Semenanjung Sinai, Mesir sehingga memungkinkan kumpulan itu melancarkan serangan ke atas Israel dari Mesir.
Berikutan itu, Mesir bimbang mungkin sejarah akan berulang dan sebilangan besar pelarian Palestin dari Gaza akan kekal selama-lamanya kerana tidak jelas bagaimana perang ini akan berakhir.
"Pertempuran boleh berlangsung selama bertahun-tahun jika Israel berhujah pihak mereka tidak cukup menghancurkan militan.
"Mesir mencadangkan Israel menempatkan penduduk Palestin di Gurun Negez yang berjiran dengan Semenanjung Gaza, sehingga ia menamatkan operasi ketenteraannya," katanya memetik portal Arab News.
El-Sisi turut mengulangi amaran bahawa penghijrahan penduduk dari Gaza didakwa bermatlamat menghapuskan perjuangan Palestin.
Jika berlangsung rundingan sejak awal dulu lagi, beliau menegaskan tidak akan berlaku peperangan seperti di Palestin sekarang.
"Dengan kehadiran pejuang Palestin, Sinai akan menjadi pangkalan untuk serangan ke atas Israel. Israel akan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya dan akan menyerang wilayah Mesir.
"Justeru, kedamaian yang kami capai akan lenyap dari tangan kami kerana semuanya demi idea menghapuskan perjuangan Palestin," katanya.
Raja Jordan, Raja Abdullah, pula menegaskan pengusiran penduduk Palestin ke negaranya cuba membuka peluang kepada Israel untuk membatalkan tuntutan negara berdaulat Palestin.
Sehubungan itu, beliau senada dengan Mesir dengan mengatakan "tiada pelarian di Jordan dan tiada pelarian di Mesir".
Mengikut sejarah, kedua-dua negara itu banyak menerima perpindahan penduduk Palestin apabila perang berlaku pada 1948 bagi membentuk Israel, dianggarkan seramai 700,000 rakyat Palestin diusir atau melarikan diri.
Rakyat Palestin merujuk peristiwa itu sebagai Nakba yang bermaksud malapetaka.
Dalam perang Asia Barat 1967, apabila Israel merampas Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, 300,000 lagi rakyat Palestin terpaksa melarikan diri, kebanyakannya ke Jordan.
Kini hampir enam juta pelarian kebanyakannya tinggal di kem serta komuniti di Tebing Barat, Gaza, Lubnan, Syria dan Jordan, termasuk ada membina kehidupan di negara Teluk Arab atau Barat. - AGENSI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/10/kenapa-mesir-jordan-enggan-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muslim Care Malaysia Ke Mesir Sampaikan Bantuan Palestin Rm412 000 Kosmo 18 10 2023

Muslim Care Malaysia Ke Mesir Sampaikan Bantuan Palestin Rm412 000 Kosmo 18 10 2023

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 259 hits
PETALING JAYA Dua exco Muslim Care Malaysia berlepas ke Kaherah Mesir dalam usaha memastikan bantuan kepada rakyat Palestin berjaya sampai kepada kelompok sasaran dalam masa terdekat Setiausaha Agung Ahmad Safuan Ujar berkata di Kaherah pih...
Selangor Salur Rm1 Juta Ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin

Selangor Salur Rm1 Juta Ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 269 hits
KERAJAAN negeri Selangor akan menyalurkan RM1 juta ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diseliakan oleh Kementerian Luar Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata di samping Ia bantuan itu juga diharapkan menjadi sebahagian ...
Perjuangan Anwar Ibrahim Untuk Palestin

Perjuangan Anwar Ibrahim Untuk Palestin

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 210 hits
1 Ketika dunia ditanya siapakah dalam kalangan pemimpin yang sentiasa konsisten dan komited memperjuangkan nasib Palestin 2 Pastinya ramai yang akan mengakui dan bersuara bahawa merekalah orangnya Walaupun sekadar suara tanpa aksi yang nyat...
Solidariti Himpunan Palestin Di Malaysia

Solidariti Himpunan Palestin Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 359 hits
Melihat perhimpunan dan solidariti Palestin di seluruh dunia semakin membakar semangat kita untuk menyokong dan mendoakan mereka Himpunan solidariti Palestin di Malaysia Sabtu Padang Merbok KLAhad Dataran Merdeka
Palestin Pengumpulan Barang Bantuan Kemanusian Sukarelawan

Palestin Pengumpulan Barang Bantuan Kemanusian Sukarelawan

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 329 hits
PENGUMPULAN BARANGAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE PALESTINSila baca syarat syarat dan PLEASE please please jangan bagi BARANG TERPAKAI okay Sukarelawan juga diperlukan Ketetapan adalah seperti berikut Tarikh 21 22 Oktober 2023 Masa 9 00 pagi 9 00...
Mengapa Kita Mesti Pertahankan Palestin

Mengapa Kita Mesti Pertahankan Palestin

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 363 hits
Mengapa Kita Mesti Pertahankan Palestin Mari kita ambil tahu mengapa mesti Palestine Mengapa baitul Maqdis Siapa yang tak tahu atau belum tahu sama sama ambil tahu dan cakna Baca dan renungkan dalam dalam mengapa kita mesti pertahankan Pale...
Putera Mahkota Arab Saudi Bantah Paksa Penduduk Palestin Berpindah

Putera Mahkota Arab Saudi Bantah Paksa Penduduk Palestin Berpindah

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 224 hits
PUTERA Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada Jumaat mengulangi bantahan negaranya terhadap pemindahan secara paksa penduduk Palestin di Semenanjung Gaza Semasa mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ...
Seedo Elak Bermain Dengan Cucu Emosi Terganggu Ramona Zam Zam Kongsi Keadaan Mentua Berkenaan Isu Di Palestin

Seedo Elak Bermain Dengan Cucu Emosi Terganggu Ramona Zam Zam Kongsi Keadaan Mentua Berkenaan Isu Di Palestin

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 174 hits
Situasi meruncing di negara Palestin pada ketika ini turut menganggu perasaan dan emosi mentua pelakon Ramona Zam Zam yang merupakan orang asal dari negara itu Kongsi Ramona mentuanya mengasingkan diri di dalam bilik kerana mengenangkan nas...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess