Kenapa Masuk Campur Di Pulau Kukup Tidak Isu Kuil Seafield Tmj




Tidak sampai dua minggu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberikan kenyataan bercanggah berhubung bidang kuasa persekutuan terhadap tanah di negeri, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail membandingkan kenyataan Mahathir berhubung Pulau Kukup hari ini dengan kenyataannya berkaitan isu tanah Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 29 november lalu.

"Pada 29 November, perdana menteri berkata hal tanah bawah kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat tiada hak masuk campur. Dalam isu Pulau Kukup pula, beliau kata kerajaan pusat bukan 'orang luar' dan bertanggungjawab ke atas semua negeri.

"Kenapa kerajaan pusat ingin masuk campur dalam hal tanah di Johor, tapi tidak mahu melakukan perkara sama dalam isu kuil di Selangor?

"Dalam tempoh 12 hari saja, perdana menteri memberi dua kenyataan bercanggah mengenai bidang kuasa kerajan pusat mengenai urusan tanah di negeri berlainan," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.



Beliau mengulas kenyataan Mahathir hari ini bahawa kerajaan pusat bukan 'orang luar' dan mahukan Pulau Kukup kekal sebagai hutan simpan paya bakau.

Ia selepas Tunku Ismail menyifatkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar sebagai 'orang luar', justeru tidak masuk campur dalam isu status Pulau Kukup kerana isu tanah bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Pulau Kukup diklasifikasikan sebagai Taman Negara sejak 1997. Pewartaan itu dibatalkan pada 25 Oktober lalu dan ditukar menjadi tanah kesultanan.

Tapak Kuil Sri Maha Mariamman pula milik syarikat One City Development Sdn Bhd.



Tunku Ismail sekali lagi menegaskan Pulau Kukup akan kekal sebagai Taman Negara Johor.

"Sehingga hari ini tiada sesiapa pun yang mengeluarkan kenyataan mengenai pembangunan di Pulau Kukup.

"Apa sebenarnya isu baru yang perdana menteri ingin sampaikan? Keputusan sama iaitu Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor sudah pun dibuat oleh kerajaan negeri dan diperkenankan Sultan Johor sebelum ini.

"Janganlah memperbesarkan perkara yang sebenarnya tiada isu, demi untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan pusat," katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2018/12/kenapa-masuk-campur-di-pulau-kukup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Pulau Kukup Tmj Vs Kerajaan Isu Kuil Taknak Campur Isu Pulau Kukup Beria Pula

Kronologi Pulau Kukup Tmj Vs Kerajaan Isu Kuil Taknak Campur Isu Pulau Kukup Beria Pula

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 722 hits
Saya telah membaca mengenai kenyataan Perdana Menteri pada hari ini 10 Disember mengenai Pulau Kukup sepatutnya kekal sebagai Taman Negara Berkenaan isu ini kerajaan negeri Johor sudah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Pulau Kukup kekal...
Tmj Kenapa Mahathir Nak Masuk Campur Hal Tanah Di Johor Tetapi Isu Tanah Kuil Seafield Jadi Bisu

Tmj Kenapa Mahathir Nak Masuk Campur Hal Tanah Di Johor Tetapi Isu Tanah Kuil Seafield Jadi Bisu

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 440 hits
TMJ kenapa Mahathir nak masuk campur hal tanah di Johor tetapi isu tanah kuil Seafield jadi bisu TMJ kenapa Mahathir nak masuk campur hal tanah di Johor tetapi isu tanah kuil Seafield jadi bisu
Tunku Mahkota Johor Persoal Tun Mahathir Beza Isu Pulau Kukup Dan Kuil Seafield

Tunku Mahkota Johor Persoal Tun Mahathir Beza Isu Pulau Kukup Dan Kuil Seafield

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 584 hits
Tidak sampai dua minggu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberikan kenyataan bercanggah berhubung bidang kuasa persekutuan terhadap tanah di negeri kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Tunku Ismail membandingkan ke...
Kenapa Isu Kuil Kerajaan Tidak Masuk Campur Tmj

Kenapa Isu Kuil Kerajaan Tidak Masuk Campur Tmj

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 360 hits
Tidak sampai dua minggu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberikan kenyataan bercanggah berhubung bidang kuasa persekutuan terhadap tanah di negeri kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Tunku Ismail membandingkan ke...
Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas

Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 541 hits
Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas
Pulau Kukup To Change From National Park To Sultanate Land Says Tmj

Pulau Kukup To Change From National Park To Sultanate Land Says Tmj

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 448 hits
Pulau Kukup will become Sultanate land after the Johor state government has de gazetted it from a national park said Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim He claimed that the island one of the few pristine wetlands in South E...
Don T Meddle With Pulau Kukup Tmj Tells Outsider Xavier

Don T Meddle With Pulau Kukup Tmj Tells Outsider Xavier

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 640 hits
Johor crown prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim has criticised Water Land and Natural Resources Minister Dr Xavier Jayakumar for insisting that the status of Johor s Pulau Kukup as a national park must be retained This was after the Johor go...
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah