Kenapa Malaysia Biarkan Pesawat Pengintip Kapal Kargo Israel Berlabuh



Insiden pesawat pengintip jenis 4X-AOO milik Israel yang terbang melewati ruang udara Malaysia baru-baru ini menimbulkan tanda tanya mengenai keseriusan nagara ini dalam usaha menentang rejim Zionis.
Menurut Pengerusi Malaysia-Palestine Parliamentary Friendship Group, Syed Ibrahim Syed Noh, pengesahan Kementerian Pengangkutan semalam mengenai insiden tersebut menimbulkan lebih banyak pertanyaan mengenai polisi Malaysia yang dikatakan meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udara mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara, dan tidak dibenarkan mendarat.
“Alasan ini amat mencurigakan kerana dua sebab. Pertama, mengapa setelah lebih seminggu baharulah kenyataan ini keluar? Kedua, bukankah menjadi hak negara untuk memberi kebenaran atau menolak permintaan mana-mana pesawat untuk memasuki ruang udara kita, apatah lagi pesawat tersebut ialah pesawat pengintip rejim Israel?
“Keselamatan dan kedaulatan negara boleh terancam dengan kehadiran pesawat berkenaan. Harus diingat negara Indonesia pernah mengharamkan pesawat Perdana Menteri rejim Israel daripada melalui ruang udaranya untuk ke Sydney, Australia dari Singapura,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Syed Ibrahim yang juga Ahli Lembaga, Liga Ahli-ahli Parlimen untuk Al-Quds, ICAO bukanlah pertubuhan pengawal selia penerbangan antarabangsa dan tidak boleh mengarahkan sekatan, penutupan atau pembukaan ruang udara mana-mana negara.
Selain itu, beliau turut menimbulkan persoalan mengenai kebenaran berlabuh yang diberikan kepada kapal-kapal kargo milik Israel yang menimbulkan keraguan mengenai kesungguhan Malaysia ingin memencilkan Israel di peringkat antarabangsa dan serantau.
“Maklumat yang diperolehi daripada laman web Syarikat ZIM iaitu sebuah syarikat perkapalan kargo antarabangsa terbesar Israel yang berpangkalan di Haifa, Israel menunjukkan kapal-kapal yang dikaitkan dengan syarikat berkenaan telah kerap berlabuh di 10 pelabuhan di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak selewat bulan Mei tahun ini.
“Kapal-kapal syarikat perkapalan rejim Israel wajar dicegah daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia dan dengan itu menghentikan sebarang perdagangan dengan rejim zionis Israel.
“Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan rejim. Malaysia juga tidak wajar ada hubungan perdagangan dengan Israel. Malaysia mengutuk dan mengecam tindakan kejam lagi ganas rejim Israel ke atas Palestin.
“Justeru, Kerajaan Malaysia wajib memberi penjelasan segera kepada kedua-dua insiden ini kerana ia jelas bercanggah dengan dasar luar Malaysia terhadap rejim,” katanya.
Bagi Ahli Parlimen Ledang itu, tiada gunanya Malaysia membenarkan insiden-insiden sedemikian berlaku ketika pada sisi lain lantang mengecam kekejaman Israel kepada Palestin.
Katanya, dalam pada Israel melabel Malaysia sebagai negara paling tegar menyokong Palestin dalam krisis baru-baru ini, mengapa pula seolah-olah negara ini tidak berhati-hati dan waspada?
Malaysia, kata Syed Ibrahim, wajib menunjukkan keseriusannya melakukan semua usaha yang termampu dan dalam kawalannya untuk menamatkan penindasan ke atas rakyat dan Palestin oleh pihak zionis yang telah berlaku sejak puluhan tahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32233

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkinkah Ini Punca Pesawat Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia

Mungkinkah Ini Punca Pesawat Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 773 hits
Mungkinkah Ini Punca Pesawat Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia Baru baru ini kecoh satu negara tentang penampakan sebuah pesawat pengintip Israel melintasi ruang udara Malaysia di saat dunia memerhatikan konflik antara Israel ...
Sembang Lebih Rupanya Pesawat Israel Dapat Kelulusan Masuk Malaysia

Sembang Lebih Rupanya Pesawat Israel Dapat Kelulusan Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 238 hits
w faudzin Walaun di bawah ni menyalak suruh boikot KFC la McD la macam2 la nak boikot kononnya marah sgt kat Israel Rupa2nya kjaan tebuk atap tanpa Dap yang menteri pengangkutannya adalah MCA dan dalam kabinet ramai pak2 lebai Israel selamb...
Kehadiran Pesawat Pengintip Protaip Israel Timbul Tanda Tanya

Kehadiran Pesawat Pengintip Protaip Israel Timbul Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 332 hits
SHAH ALAM Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya Penganalisis pertahanan Zaki Salleh ber...
Kehadiran Pesawat Pengintip Milik Israel Undang Persoalan Ingatan Berjuang Untuk Yang Nak Lawan Sakan Dah Sampai Pun

Kehadiran Pesawat Pengintip Milik Israel Undang Persoalan Ingatan Berjuang Untuk Yang Nak Lawan Sakan Dah Sampai Pun

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 212 hits
Sinar Harian Mei 26 2021 Pesawat Boeing 737 400 milik syarikat IAI Elta yang didakwa sebagai pesawat pengintip Israel Gambar Sinar Harian SHAH ALAM Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ...
Pesawat Israel Di Ruang Udara Malaysia Kerajaan Perlu Beri Penjelasan

Pesawat Israel Di Ruang Udara Malaysia Kerajaan Perlu Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 246 hits
BANGI 14 Syawal 1442H Rabu Kerajaan diminta memberi penjelasan berhubung pesawat Boeing milik negara haram Israel yang dikesan merentasi ruang udara Malaysia sebelum mendarat di pangkalan tentera udara negara jiran Pengerusi Kaukus Kesejaht...
Pihak Berkuasa Kaji Data Pesawat Israel Berlegar Di Ruang Udara Malaysia

Pihak Berkuasa Kaji Data Pesawat Israel Berlegar Di Ruang Udara Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 314 hits
Pesawat tersebut tersebut terbang di Lembah Klang pada altitud melebihi 15 000 kaki lebih tinggi daripadan kawalan pihak berkuasa Malaysia Tangkap layar jejak pesawat dari Flightradar24 menunjukkan Boeing 737 400 dengan nombor pendaftaran 4...
Putrajaya Pandang Serius Ancaman Israel Mahu Lancar Serangan Ke Atas Malaysia

Putrajaya Pandang Serius Ancaman Israel Mahu Lancar Serangan Ke Atas Malaysia

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 584 hits
MALAYSIA NOW Malaysia tingkatkan kawalan keselamatan ketika Israel mahu sasarkan musuhnya di luar negara Warga Palestin mengangkat bendera Malaysia ketika protes di Baitulmaqdis Malaysia memiliki hubungan istimewa dengan Palestin sejak awal...
Malaysia Perlu Siap Siaga Kehadiran 16 Pesawat China Luar Biasa

Malaysia Perlu Siap Siaga Kehadiran 16 Pesawat China Luar Biasa

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 269 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Tiba masa tumpu aspek penguasaan risikan berasas teknologi terkini BANGI Malaysia perlu meningkatkan kadar kesiapsiagaan dan kewaspadaan dalam aspek keselamatan khususnya di Laut China Selatan Ini kerana jumlah 16 bu...
Berita Video Rentasan 899 Kini Pesawat Abang Besar Malaysia Pula Dibenarkan Masuk

Berita Video Rentasan 899 Kini Pesawat Abang Besar Malaysia Pula Dibenarkan Masuk

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 252 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8991 NATIJAH PENGKHIANATAN YANG BERTERUSAN 2 TANAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA DIREMBAT 3 OTAK SIAPA DI LUTUT 4 TIADA ICU BUAT PESAKIT KRONIK TIADA HARAPAN SEMBUH
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah