Kenapa Mahathir Serang Pas


KUALA LUMPUR: Perpecahan umat Islam di Malaysia sehingga mewujudkan permusuhan antara dua puak tercetus angkara politik PAS yang masih taksub dengan ajaran pemimpin dan partinya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika menyatakan pendirian itu berkata, ia faktor utama mengapa beliau sehingga kini menentang PAS yang dikatakan bertanggungjawab mencetuskan perpecahan dalam kalangan orang Melayu, selain menyebabkan umat Islam mendirikan solat secara berjemaah di masjid sama tetapi mengikut dua imam.

“Inilah perbuatan PAS yang tidak boleh dimaafkan kerana sebelum tertubuhnya parti ini, orang Melayu tidak berpecah kerana agama. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu sehingga PAS terpaksa meminta pertolongan orang kafir.

“Tetapi apabila bergandingan dengan parti kafir, PAS dakwa mereka tidak jadi kafir sebab kononnya, hubungan itu dijalinkan bersandarkan ‘tahaluf siyasi’ yang jika diterjemahkan ke bahasa Melayu bermaksud kerjasama politik.

“Kerjasama politik ini sama dengan apa yang dilakukan UMNO apabila bergandingan dengan MCA dan MIC, justeru jelaslah bahawa bahasa Arab atau bahasa al-Quran digunakan untuk mengislamkan kerjasama PAS serta orang kafir,” katanya menerusi catatan di blog rasminya, chedet.cc hari ini.

Perdana Menteri berkata, ahli PAS sanggup bermusuh dengan orang Islam lain kerana dimomokkan ajaran pemimpin parti berkenaan, walaupun al-Quran jelas menyebut bahawa sesama Islam dianggap bersaudara.

Katanya, meskipun sebahagian daripada pengikut PAS bertindak ‘angkat kaki’ dan keluar parti, masih ramai ahlinya yang taksub dengan ajaran pemimpinnya sehingga menyaksikan perpecahan dalam kalangan Melayu semakin meruncing.

“Ia akan berterusan selagi PAS menyalah tafsir dan menyalahgunakan ajaran Islam. Ini sebabnya saya menentang PAS,” katanya.

Dr Mahathir turut membangkitkan tragedi Memali yang menyaksikan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya serta 13 pengikutnya terbunuh, didakwa berikutan amanat Datuk Seri Hadi Awang ketika itu bahawa pemerintahan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO sebagai kafir.

Susulan itu, katanya, mana-mana pejuang yang ‘tersungkur’ tatkala menggenggam tekad melawan kerajaan UMNO dan BN ketika itu diisytiharkan sebagai mati syahid, justeru jenazah mereka tidak perlu dimandikan.

“Tiada ulama di Malaysia berani mendakwa bahawa langkah mengkafirkan orang bukan PAS adalah salah dan tidak menepati ajaran Islam. Pegawai pemerintah yang bertanggungjawab berkenaan Islam juga membisu seribu bahasa.

“Akibatnya orang Melayu bukan PAS yang semuanya beragama Islam dan mengikut ajaran sama, iaitu ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) serta mengangkat Imam Shafie tiba-tiba digelar kafir.

“Orang PAS tidak pun boleh bersama dengan ahli UMNO. Kenduri UMNO diboikot PAS. Perkahwinan antara PAS dan UMNO tidak boleh diadakan, malah ditegah daripada mendirikan solat secara berjemaah serta mengikut imam yang sama,” katanya.

Mengimbau kisah silam, Dr Mahathir menyifatkan episod perpecahan orang Melayu angkara PAS tercetus ketika sebahagian ahli parti itu yang terdiri daripada golongan ulama tetapi menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ UMNO tidak dipilih Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk dilantik menganggotai badan perundangan menggantikan Malayan Union pada 1948.

Berikutan kekecewaan itu, katanya, pemimpin yang digelar ‘ulama UMNO’ ketika itu nekad mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan Parti Islam Tanah Melayu (PMIP) sebelum diberi nama baharu, iaitu PAS.

“British mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada 1955 untuk merebut 52 dari 98 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan. UMNO dalam Parti Perikatan memperjuangkan isu menuntut kemerdekaan selepas PRU, manakala PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat hak berkenaan.

“Hasilnya ialah kemenangan besar Parti Perikatan dengan memperoleh 51 kerusi sehingga menyaksikan British terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pimpinan Tunku Abdul Rahman menerusi pemerintahan dalaman.

“PAS memenangi hanya satu kerusi, sekali gus memberi isyarat penolakan kemerdekaan merugikan mereka. Maka bermulalah gerakan Islam diperalatkan sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu,” katanya.-BERITA HARIANMedia Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/SuaraBiru/~3/1ObFjW9N4G8/kenapa-mahathir-serang-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Ph Bertali Arus Serang Kerjasama Umno Pas

Mengapa Ph Bertali Arus Serang Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 326 hits
Sejak PAS dan Umno mengumumkan bekerjasama secara rasmi selepas Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil Semenyih pimpinan Pakatan Harapan bertali arus mengeluarkan kenyataan mengecam serta teori konspirasi terhadap hubungan tersebut P...
Rupanya Isu Cek Pas Clare Adalah Serangan Anwar Kepada Mahathir

Rupanya Isu Cek Pas Clare Adalah Serangan Anwar Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 430 hits
Abu Leman Pertempuran antara kem Anwar dengan kem Mahathir semakin menarik Walaupun yang dilihat menjadi sasaran adalah PAS dan UMNO hakikatnya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dalam tiga status berturut turut menerusi FB peribadinya menu...
Komplot Gulingkan Tun Mahathir Hanyalah Cerita Dongeng Pas

Komplot Gulingkan Tun Mahathir Hanyalah Cerita Dongeng Pas

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 401 hits
Tiada mana mana pihak mahu menggulingkan Dr Mahathir Mohamad kerana beliau sudah menyatakan akan meletakkan jawatan apabila sampai tempoh dijanjikan kata Mahfuz Omar Apa gunanya menjatuhnya beliau sedangkan beliau sudah kata akan menyerahka...
Pas Sokong Mahathir Saja Ppbm Tidak Kata Naib Presiden Pas

Pas Sokong Mahathir Saja Ppbm Tidak Kata Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 309 hits
KOTA BARU PAS hanya menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika ada usul undi tidak percaya di Parlimen bukan sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Naib Presidennya Datuk Amar Nik Abdullah L...
Tun Dr Mahathir Kerjasama Umno Pas Tidak Bimbangkan Ph

Tun Dr Mahathir Kerjasama Umno Pas Tidak Bimbangkan Ph

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 446 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan tidak bimbang dengan kerjasama UMNO PAS yang menjadi antara punca kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih semalam Perdana Menteri berkata b...
Ph Tidak Gentar Gabungan Pas Dan Umno Mahathir

Ph Tidak Gentar Gabungan Pas Dan Umno Mahathir

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 331 hits
06 Mac 2019 10 38 PM KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan tidak gentar melihat gabungan Pas dengan UMNO kerana ia memberi banyak isu dan peluang dalam men
Ph Silap Strategi Serang Pas Zaid

Ph Silap Strategi Serang Pas Zaid

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 427 hits
KUALA LUMPUR Datuk Zaid Ibrahim mendakwa beliau pernah mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan agar tidak terlalu menumpukan serangan kepada Pas ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Ahli DAP itu memberitahu ...
Mahathir Saya Nak Tengok Pas Sokong Saya Atau Tidak

Mahathir Saya Nak Tengok Pas Sokong Saya Atau Tidak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 314 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada PAS akan mengotakan janji untuk menyokongnya sekiranya usul undi tidak percaya dikenakan terhadapnya Saya tunggulah Kalau ada undi tak percaya nak tengok sam...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kalimah Terindah Xpose

3 Perkara Jangan Dipermainkan Hati Janji Dan Kepercayaan

D Kunafa Cafe Shaftsbury Mall Putrajaya

Catatan Diari Dunia Yang Kian Tua

Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu

Burung Tempua Bersarang Tinggi