Kenapa Khairy Seperti Tak Boleh Dipisah Dengan Pfizer Tiong
Kenapa Khairy seperti tak boleh dipisah dengan Pfizer – Tiong
Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing sekali lagi membidas Khairy Jamaluddin berhubung peningkatan mendadak kes Covid-19 dengan berkata, Menteri Kesihatan itu seolah-olah mempunyai “hubungan yang tidak boleh dipisahkan” dengan pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech.
Susulan peningkatan kes baharu Covid-19 yang sekali lagi melepasi angka 10,000 selepas tempoh beberapa bulan, Tiong mempersoalkan mengapa Khairy masih enggan membenarkan orang ramai memilih jenis vaksin yang diterima mereka.
Katanya, hanya vaksin Pfizer-BioNTech sahaja yang ditawarkan.
Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China itu berkata, Khairy seolah-olah mempunyai “hubungan yang tidak dapat dipisahkan” dengan pengeluar vaksin itu.
“Jika tidak, kenapa enggan menawarkan vaksin Sinovac dan Sinopharm kepada rakyat? Adakah ini cara berkesan untuk menggalakkan orang ramai menerima vaksin?”
Beliau berkata, walaupun kes meningkat, tiada langkah yang dilakukan secara serius dari segi “pencegahan dan kawalan”.
“Wabak ini semakin serius di seluruh negara, jadi apakah tindakan Khairy sebagai Menteri Kesihatan yang bertanggungjawab? Mengapa masih tiada rancangan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) semasa bagi pencegahan wabak yang semakin membimbangkan ini?
“Pada masa ini, kita melihat kedua-dua Khairy dan Dr Noor Hisham hanya kelihatan di kaca televisyen seolah-olah mahu menunjukkan kewujudan mereka sahaja tetapi tidak mengambil sebarang tindakan yang berkesan untuk cuba membendung penularan,” katanya.
Tiong berkata, sikap Khairy tidak ubah seperti “seorang kapten di atas kapal yang mahu karam”, yang hanya meminta orang ramai bertenang apabila situasi semakin serius.
Katanya, Kementerian Kesihatan perlu memberitahu orang ramai mengenai hala tuju dan langkah pencegahan yang berkesan untuk memerangi wabak ini, bukannya hanya mengumumkan angka.
Baru-baru ini, Khairy menjangkakan kes Covid-19 akan meningkat susulan kemunculan varian Omicron namun berkata, orang ramai tidak perlu panik.
Katanya, orang ramai juga harus melihat berdasarkan petunjuk penting lain seperti kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Bulan lalu, Tiong mengkritik Menteri Kesihatan itu dan membangkitkan persoalan mengenai pembelian vaksin Covid-19. Beliau menyoal jumlah dos vaksin yang dibeli oleh kementerian sejak Khairy mengambil alih jawatan itu daripada Dr Adham Baba pada Ogos.
Tiong turut mempersoalkan sama ada Noor Hisham adalah “individu terbaik” untuk menjadi ketua dalam menangani varian Omicron selain memetik dakwaan mengenai keengganannya untuk mendapatkan nasihat daripada China, iaitu negara di mana tercetusnya pandemik itu sejak awal.
Khairy mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan itu dengan berkata, strategi China mengenai Covid-19 adalah “pembendungan” atau “sifar Covid-19”, manakala strategi Malaysia adalah mitigasi kerana tidak mampu melaksanakan perintah sekatan lagi. FMT
Kenapa Khairy seperti tak boleh dipisah dengan Pfizer – Tiong
Baca Artikel Menarik:
‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ
Penceraian Ezurin Khyra tidak dapat diterima peminatnya
Geng Suami Kelaparan Tunggu Pegang Pinggan, Geng Isteri Ambil Gambar Dulu (Video)
Ramai bimbang episod beraya di perantauan berulang lagi
Dividen Tabung Haji 3 peratus?
Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat
Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib
Individu kesan imej zombi guna Google Maps
Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja
Jaga-Jaga Buat Pesakit Diabetes Yang Perlu Elak 5 Menu Sedap Setiap Sarapan Pagi
Ketua Pemuda Pas ‘serang’ Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie
Suami isteri ditangkap basah?
Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati
The post Kenapa Khairy seperti tak boleh dipisah dengan Pfizer – Tiong appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/07/kenapa-khairy-seperti-tak-boleh-dipisah-dengan-pfizer-tiong/