Kenapa Kena Jual Harga Retail Dalam Business Mlm Bukan Harga Ahli
Macam mana pulak tiba tiba, terfikir, sebabnya jiwa ni terdesak jugak nak dapatkan duit cepat dan tepat, kalaulah tetiba takda duit, nak tunggu bonus shaklee nih, payah pulak. Jadi macam mana nak dapat duit cepat , tanpa riba, jawabnya buatlah jual-beli. Jual shaklee dengan harga retail senang kan ? So apa faedahnya jual harga retail
1. Harga retail ni harga lebih sikit dari harga ahli, jadi senang ahli tuh nak dapat keuntungan cepat, dapatlah buat duit poket cepat, tanpa tunggu bonus
2. Mudahnya tak payahlah nak suruh downline tuh skor beberapa point untuk layak dapat bonus, sebab untung retail dia lagi banyak dari bonus yang ikut harga ahli
3. Jadi dia pun jual dengan keseronokan, walaupun kena bersaing dengan orang yang jual harga ahli, tapi sekali dapat jual, dia puas hati
4. Customer harga retail biasanya orang yang ada kualiti, faham maksud perniagaan, dan tahu nilai sebenar produk yang kita jual
5. Barulah menjadi ahli dengan harga lebih murah sikit ada nilainya, kalau tak, takyah join membership pun, dah boleh dapat harga ahli, ada lagi murah, pergi kedai kedai haram
6. Kalau ada leader yang suruh jual ahli untuk kejar point, maknanya leader tuh kira menindas jugak, sebab leader tuh confirm dapat point, tapi ahli dia terkial kial nak dapat point
7. Kalau leader tuh ajar jual harga retail, ahli tuh senang buat duit extra, duit untung retail bukan sikit, tapi banyak. Leader tuh tak menindas downline dia semata mata nak uv
8. Tapi dunia ni memang je tak adil (dalam quran dah sebut dunia ni tipudaya), sebab ada je guna konsep sedekah untuk meghalalkan dia jual harga ahli kepada bukan ahli
9. Sama jugaklah dengan jadi ajen produk, semua kena jual harga yang sama, kalau tak habis persaingan tak seimbang, dan business tuh confirm cepat jatuh.
10. Terpulanglah kepada korang, tapi nak cakap, belajarlah ikut peraturan dan jual harga retail, banyak faedahnya, sebab ada je member jual harga retail sales banyak beribu-ribu, dengan teknik marketing yang betul
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid1712.blogspot.com/2017/09/harga-retail-business-mlm.html