Kenapa Kaum Bukan Islam Kelantan Tahu Batasan Agama


harakahdaily.net
February 7, 2025


TUMPAT: Masyarakat bukan-Islam di Kelantan telah memahami apa yang menjadi larangan terhadap umat Islam untuk diamalkan terutama melibatkan makanan.

Kefahaman itu berlaku hasil hubungan baik masyarakat berkenaan dengan umat Islam di negeri ini sejak sekian lama.

Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Rusli Abdullah pada Majlis Penerangan dan Pemimpin Bersama Rakyat sempena Tahun Baru Cina Peringkat DUN Wakaf Bharu petang semalam.

Majlis anjuran Urusetia Penerangan, Komunikasi dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan (UPKN) itu diadakan di Taman Perumahan Kulim, dekat sini.

Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Khas Hubungan Antara Kaum Pejabat Menteri Besar Lim Guang Seng dan pemimpin masyarakat setempat.

Tambah beliau, masyarakat Tionghua di Kelantan khususnya lebih memahami batasan agama dalam meraikan perayaan bersama masyarakat Islam.

“Sebagai contoh, jika mengundang umat Islam ke majlis mereka, mereka akan memastikan makanan ditempah daripada penyedia halal dari luar serta menyediakan minuman seperti air kotak atau air mineral sebagai tanda hormat terhadap sensitiviti agama,” jelasnya.

Menurutnya lagi, selagi sesuatu perayaan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, kerajaan negeri bersedia untuk turut serta meraikannya bersama masyarakat.

Pada masa sama, Rusli turut menasihati rakyat agar tidak terpengaruh persepsi negatif pihak luar yang tidak faham keharmonian sebenar di Kelantan.

Beliau berkata, walaupun komuniti bukan-Islam kecil, mereka tetap diraikan sebagai sebahagian daripada masyarakat Kelantan yang harmoni.
“Walaupun jumlah mereka hanya sekitar lima peratus, perpaduan kaum di negeri ini amat kukuh. Wakaf Bharu sendiri dihuni masyarakat berbilang kaum, termasuk Melayu, Cina, Siam dan India,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusetia Penerangan, Komunikasi dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan (UPKN) Razuan Awang Hamad memberitahu, kerajaan negeri terus aktif merai kepelbagaian budaya kaum minoriti di negeri ini.

Katanya, keraian itu termasuk melalui penganjuran sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina (CNY) yang diadakan setiap tahun.

Beliau berkata, program seperti itu bertujuan memastikan kaum minoriti turut merasai manfaat di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang berlandaskan dasar ‘Membangun Bersama Islam’.

“Kerajaan Negeri Kelantan melalui UPKN sentiasa komited menganjurkan program sambutan perayaan bagi kaum minoriti, termasuk Tahun Baharu Cina.

“Ini membuktikan semangat perpaduan yang kukuh dalam masyarakat tanpa menyentuh sensitiviti agama,” katanya.

Menurutnya, UPKN juga berperanan dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat minoriti, khususnya masyarakat Tionghua, agar mereka tidak terpinggir daripada agenda pembangunan negeri. 
– HARAKAHDAILY 7/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/kenapa-kaum-bukan-islam-kelantan-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fitnah Besar Pas Terhadap Citra Baik Agama Islam

Fitnah Besar Pas Terhadap Citra Baik Agama Islam

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 123 hits
Ridzuan Abu BakarRidzwan Abu Bakar PSU Amanah Nasional Salah satu daripada makna fitnah di dalam Al Quran adalah menserupakan kebenaran dengan kebatilan atau dengan makna yang lebih mudah difahami adalah menjadikan yang batil itu sebagai ha...
Cadangan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Cuba Sama Ratakan Agama

Cadangan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Cuba Sama Ratakan Agama

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 90 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 13 2025 12 34 PMDewan Ulama PAS menyelar cadangan seorang ahli parlimen DAP supaya seorang menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam dilantik Ketuanya Ahmad Yahaya berkata cadangan tersebut mencerminkan kepinc...
Garis Panduan Pembabitan Umat Islam Dalam Perayaan Agama Lain Dibincang Hari Ini Pm Anwar

Garis Panduan Pembabitan Umat Islam Dalam Perayaan Agama Lain Dibincang Hari Ini Pm Anwar

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 134 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Putrajaya PUTRAJAYA 7 Feb Cadangan garis panduan khusus berkaita...
Sza Nafi Peluk Agama Hindu Masih Amal Ajaran Islam

Sza Nafi Peluk Agama Hindu Masih Amal Ajaran Islam

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 194 hits
MOHD HAIKAL ISASZA menegaskan dirinya masih seorang Muslim dan aktiviti yang dilakukannya tiada kena mengena dengan pegangan akidahnya sekarang PENYANYI terkenal dunia SZA atau nama sebenarnya Sol na Imani Rowe menafikan dakwaan sebilangan ...
Pemuda Pas Bantah Lantik Menteri Agama Bukan Islam

Pemuda Pas Bantah Lantik Menteri Agama Bukan Islam

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 95 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 13 2025 11 32 AMPemuda PAS Malaysia secara lantang menolak cadangan supaya seorang menteri bagi Hal Ehwal Agama Bukan Islam dilantik Timbalan Ketua Pemuda PAS Mohd Hafez Sabri berkata cadangan itu dilihat seb...
Den Manjo Fendi Kenali Eddie Hamid Fadil Turbo Indahnya Kelantan Chord

Den Manjo Fendi Kenali Eddie Hamid Fadil Turbo Indahnya Kelantan Chord

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 244 hits
C F m Bm D C F m Kita Ore Klate D Usul Tatkala Mulo Bm C Ic 29 Ic 03 F m Dari Guo Muse Rata D Panjang Kale Chepo Bm Saye Saye Saye C Saye Klate Kito D Kelate Bm Kelate C Kelate F m Bm Ore Jate Tu Meme Bm Semat Jetak E Ore Tino Pulok A Comey...
Kelantan Kerjasama Utuh Bn Ph Kunci Ke Arah Merealisasikan Impian Amanah Di Kelantan

Kelantan Kerjasama Utuh Bn Ph Kunci Ke Arah Merealisasikan Impian Amanah Di Kelantan

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 142 hits
HarapandailyPenganalisa politik Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berpandangan bahawa AMANAH mampu menang belasan kerusi di Kelantan sekiranya ada kerjasama utuh melibatkan BN dan PH Kerjasama itu termasuk mengelakkan pertembungan sesama...
Kerjasama Bn Ph Formula Kemenangan Di Kelantan

Kerjasama Bn Ph Formula Kemenangan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 201 hits
Che IbrahimTahun 2004 BN menang 22 kerusi di Kelantan Tahun 2022 PH menang 1 kerusi di Kelantan Jika semangat 2004 digembelingkan dengan semangat 2022 BN PH boleh menang di Kelantan sekurang kurang 23 kerusi bahkan mungkin lebih lagi untuk ...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna

Skim Pembiayaan Perumahan Muda Syarat Kelayakan Jenis Pembiayaan