Kenapa Kalau Marah Kita Mesti Mencarut

Kenapa kalau marah, kita mesti mencarut? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kenapa kita mesti mencarut waktu kita marah? Adakah dengan mencarut tersebut marah kita akan hilang? Kenapa kita tidak gunakan perkataan yang baik semasa kita marah? Sebenarnya, mencarut juga tidak digambarkan sebagai emosi marah kerana ada sesetengah perkataan (mencarut) digunakan sebagai ayat biasa di dalam perbualan seharian.
Sebagai contoh, ayat mencarut seperti s*al. Perkataan ini boleh dikatakan perkataan biasa yang digunakan penduduk negeri Melaka (negeri tempat aku bekerja sekarang). Boleh kata setiap ayat yang dituturkan, dihujungnya mesti ada perkataan s*al.
Sebagai contoh:
Kau makan apa s*al? pergh, keluar makan tak ajak s*al. ataupun, apa benda s*al?
Boleh kata, hampir setiap ayat, akan dimasukkan perkataan ini. Dan pernah sekali, sewaktu aku belajar dahulu, seorang rakan daripada perlis yang tegur.
Kenapa kau cakap aku s*al ek? Apa salah aku?
Waktu itu memang tergelak la semua. Jadinya, kami semua minta maaf dekat dia. Sebabnya kita dah biasa guna ayat itu kan. Jadi memang tak terasa apa pun, tapi bila digunakan untuk orang luar negeri Melaka, dia jadi benda yang berbahaya!
Apa pun, banyak lagi sebenarnya perkataan yang “agak kasar” atau mencarut yang digunakan oleh ramai penduduk Melaka. Tapi apa yang menariknya adalah, walaupun perkataan itu agak kasar, namun, tiada yang ambil hati atau boleh bawak bergaduh. Sebabnya dah biasa kan.
Tapi berbalik kepada cerita kita di awal tadi, kenapa waktu kita marah, kita mesti mencarut? (berbeza ya dengan cerita aku di atas ini, mereka tak marah pun, tapi tetap juga nak guna perkataan tersebut,hehehe).

Kenapa mesti mencarut ketika marah?
Ketika ini, kalau kita lihat di media sosial, banyak perkataan mencarut membanjiri setiap post. Namun, ianya terselindung disebalik perkataan lain. Contohnya perkataan cincau yang membawa maksud l*ncau. Atau ubi yang membawa maksud b*bi. Dan pelbagai lagi perkataan lain.
Ini semua membawa maksud kemarahan yang membawa kepada perkataan mencarut yang digunakan. Persoalan sekarang, kenapa mesti mencarut? Adakah dengan mencarut itu, masalah kita akan selesai? Adakah dengan mencarut, segala perkara akan selesai?
Tidak hanya ketika marah, boleh jadi perkataan mencarut digunakan tanpa kita sengaja. Contohnya, tengah berjalan, tersepak batu. Apakah perkataan pertama yang keluar? Atau sewaktu kita terperanjat, apakah perkataan pertama yang keluar? Kebiasaan perkataan yang keluar adalah perkataan mencarut, betul kan?
Berbalik kepada persoalan awal, kenapa mesti mencarut? Adakah mencarut itu berdosa? Atau ada tak tips untuk elak mencarut?
Penjelasan kenapa manusia suka mencarut menurut sains.
Terdapat satu perkataan bagi mengambarkan keadaan mereka yang suka mencarut ini adalah Lalochezia. Ianya membawa maksud keredaan emosi yang kita akan dapat akibat daripada penggunaan perkataan ini. Dan ada kajian yang mengatakan penggunaan perkataan ini mampu mengurang tahap kesakitan kita.
Sebegai contoh ketika sedang marah, perkataan yang biasa digunakan adalah B*bi !! Atau S*al !! atau sebagainya. Ini akan melepaskan segala kemarahan yang ada di dalam hati kita. Sebaliknya berbeza jika kita menggunakan perkataan bunga!! Atau pokok pisang!! Ianya tidak akan meredakan kemarahan sebaliknya boleh membuatkan kita menjadi semakin marah. Betul tak?
Ketika sakit pula, contohnya kaki kita tersepak batu, dalam keadaan sakit, ayat yang keluar pastinya b*bi betul lah! Atau Ahhh! S*al lah! Sambil mengerang kesakitan. Lama kelamaan, kesakitan itu akan beransur hilang walaupun air mata tetap keluar. Betul tak? Mestilah betul sebab aku dah biasa buat! Hahahahaha.
Dalam kajian yang dilakukan sekumpulan sukarelawan, perkataan mencarut ini dapat meredakan kemarahan atau kesakitan seseorang. Namun, ianya tidaklah memberi kesan kepada seseorang. Perkataan yang dikeluarkan sekadar memberi gambaran keadaan emosi mereka ketika itu. Kata carutan dapat menjadi salah satu cara untuk mengendalikan tekanan yang sedang dihadapi.
Namun, dalam konteks agama islam pula, kata-kata yang keluar daripada mulut kita adalah doa. Apa sahaja yang keluar adalah doa. Jadi, adalah lebih baik perkataan yang digunakan adalah perkataan yang baik-baik sahaja. Boleh sahaja kita gantikan perkataan carutan itu kepada istighfar atau kata-kata yang baik.

Cuba kalau marah, kita tukar B*bi kepada astafirullah. Atau kita kata, ahh! Memang aku kaya! Jutawan dunia akhirat! Atau kalau nak marah seseorang, cuba guna, aku doakan ko Berjaya dunia akhirat! Cuba ye, cuba! Memang rasa tak puas kan? Tapi cubalah. Hehehe.
Sebagai penganut agama islam, kita kena sentiasa sedar yang setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita adalah doa. Jadinya, kalau asyik keluar perkataan tak elok, takut jadi pada kita nanti. Jadinya, bermula hari ini, kita sama-sama belajar ya! Memang rasa tak puas bila guna perkataan yang elok. Tapi cuba fikirkan semula, kata-kata itu adalah doa. Ha! Selamat Berjaya ya semua!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/06/kenapa-kalau-marah-kita-mesti-mencarut.html