Kenapa Kaki Bengkak Semasa Mengandung Ini Penjelasan Dari Doktor


Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil. Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung.

Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukarkan pergerakan harian mereka.
Bengkak kaki akan bermula dari buku lali, betis dan menular naik ke paras paha. Bagaimanapun jika bengkak ini berlarutan dan turut melibatkan seluruh tubuh badan maka ia perlu dirujuk kepada doktor kerana bimbang disebabkan penyakit lain.
Bagaimana terjadi kaki bengkak? Menurut Dr Mardiana Kipli, Pakar Obstetrik & Ginekologi seperti dikongsi dalam The Malaysian Medical Gazzete  situasi ini kebiasaannya terjadi selepas usia kandungan mencecah 20 minggu.
Waktu ini, janin yang membesar akan menekan salur ‘inferior vena cava’ (salur darah untuk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung).
Ini menyebabkan perjalanan darah kurang lancar serta berkumpul pada kedua-dua belah kaki.
Perkara ini mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan.
Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula membengkak dan selalunya ianya tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.
Tips kurangkan bengkak kedua-dua belah kaki
Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk minum air kerana beranggapan air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Badan kita akan mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudahpun keluar. Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah senang terjadi. Hal ini akan mengundang kepada masalah lain seperti deep vein thrombosis. Meninggikan kaki semasa baring. Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras jantung. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki. Amalkan pada waktu malam. Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih lancar. Aktif bergerak. Anggapan bahawa kaki akan lebih membengkak jika banyak bergerak adalah tidak benar. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk ibu hamil kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mengelakkan pembentukan darah beku pada salur darah kaki. Compression stockings. Stokin ini tidak sama seperti stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ia mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian stokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring. Pakai kasut yang selesa. Sila gunakan kasut yang longgar dan bertapak rata untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan. Merendam kaki. Setakat ini, tidak banyak bukti menyokong bahawa amalan merendam kaki boleh mengurangkan bengkak pada kaki. Namun begitu, kebanyakan pesakit berasa lebih selesa apabila kaki mereka direndam di dalam air sejuk. Amalan ini juga boleh mengurangkan lenguh pada tapak kaki.
Adakah bengkak kaki ini boleh disebabkan oleh penyakit? Ya. Sekiranya bengkak ini semakin teruk sehingga ke paras pinggang, muka, di celah-celah jari dan bahagian kelamin, ini mungkin sesuatu yang abnormal. Hal ini perlu dipantau dengan lebih serius.
Apa yang membimbangkan, perkara ini boleh disebabkan oleh penyakit ‘pre-eclampsia’ atau tekanan darah tinggi semasa mengandung yang menyebabkan protein dikumuh keluar melalui air kencing.
Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh klinik-klinik kesihatan untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Sekiranya simptom seperti sakit kepala, pedih di hulu hati, mata kabur dan muntah yang teruk berlaku, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Kenapa Kaki Bengkak Semasa Mengandung? Ini Penjelasan Dari Doktor! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kenapa-kaki-bengkak-semasa-mengandung-ini-penjelasan-dari-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surya Paloh Disebut Tahu Aliran Dana Dari Syl Biayai Kegiatan Partai Ini Penjelasan Nasdem

Surya Paloh Disebut Tahu Aliran Dana Dari Syl Biayai Kegiatan Partai Ini Penjelasan Nasdem

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 83 hits
Surya Paloh Disebut Tahu Aliran Dana dari SYL Biayai Kegiatan Partai Ini Penjelasan NasDem
Syl Bicara Kunker Demi Kepentingan Negara Hakim Tegur Dan Minta Penjelasan Soal Kasus Gratifikasi

Syl Bicara Kunker Demi Kepentingan Negara Hakim Tegur Dan Minta Penjelasan Soal Kasus Gratifikasi

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 162 hits
Hakim pun memotong penjelasan SYL karena yang dipersoalkan bukan perjalanan dinas Kementerian
Ikang Fauzi Antre Berjam Jam Ini Penjelasan Dirut Bpjs Kesehatan

Ikang Fauzi Antre Berjam Jam Ini Penjelasan Dirut Bpjs Kesehatan

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 162 hits
Direktur Utama BPJS Kesehatan Ali Ghufron meminta maaf atas kejadian tersebut
Viral Pengacara Top Diduga Terlibat Pemalsuan Pelat Dinas Dpr Ini Penjelasan Polda Metro Jaya

Viral Pengacara Top Diduga Terlibat Pemalsuan Pelat Dinas Dpr Ini Penjelasan Polda Metro Jaya

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 175 hits
Viral Pengacara Top Diduga Terlibat Pemalsuan Pelat Dinas DPR Ini Penjelasan Polda Metro Jaya
Penjelasan Menko Polhukam Soal Pom Tni Jaga Gedung Kejagung

Penjelasan Menko Polhukam Soal Pom Tni Jaga Gedung Kejagung

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 113 hits
Hadi menyebut penjagaan dari TNI untuk wilayah Gedung Kejagung direalisasikan saat dirinya Panglima
Penjelasan Badan Geologi Esdm Terkait Erupsi Marapi Hari Ini Setinggi 2 000 Meter Di Atas Puncak

Penjelasan Badan Geologi Esdm Terkait Erupsi Marapi Hari Ini Setinggi 2 000 Meter Di Atas Puncak

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 140 hits
Rangkaian letusan dan rupsi Gunung Marapi secara tidak kontinyu telah terjadi sejak 3 Desember 2023 hingga saat ini
Beri Penjelasan Tentang Kontena Syarikat Perkapalan Israel Pandak

Beri Penjelasan Tentang Kontena Syarikat Perkapalan Israel Pandak

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 198 hits
ISKANDAR PUTERI Kerajaan diminta memberi penjelasan tentang kemasukan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini sejak minggu lalu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad...
Sandra Dewi Dikabarkan Jadi Tersangka Korupsi Timah Begini Penjelasan Kejagung

Sandra Dewi Dikabarkan Jadi Tersangka Korupsi Timah Begini Penjelasan Kejagung

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 153 hits
Kejaksaan Agung RI menjawab kabar Sandra Dewi menjadi tersangka baru kasus korupsi timah
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama