Kenapa Jumlah Artikel Di Homepage Blog Hilang Dan Makin Kurang
Sejak tiga bulan lepas, saya alami masalah jumlah artikel yang keluar di halaman pertama (homepage) blog tidak sama dengan jumlah yang telah saya tetapkan di blogger setting.
Sebelum ini saya setkan enam artikel yang akan keluar di setiap page termasuk di halaman pertama, tetapi saya perasan sejak kebelakangan ini hanya 5 artikel sahaja yang keluar di homepage.
Tapi masalah kecil je ni..
Abaikan la..
Jumlah asal artikel yang patut keluar di homepage
Lima artikel per page..still not bad.
Namun sebulan kemudian, jumlah artikel berkurangan menjadi hanya empat artikel di halaman pertama dan di halaman seterusnya menjadi lima artikel sahaja. Makin lama makin berkurang, tidak mustahil nanti hanya tinggal satu artikel per page sahaja.
Aduhai..tepuk dahi..
Apa punca jadi macam ni
Bimbang makin melarat, jadi saya terus cari jalan penyelesaian kepada masalah ini melalui Google, apa punca dan bagaimana cara menyelesaikannya. Macam biasa, masalah baru tentu ambil masa untuk diselesaikan.
Tapi kalau dibiarkan bimbang melarat pula nanti, nilai pageview pun makin berkurangan.
Ye, kebetulan nilai pageview memang tengah jatuh.
Terfikir juga untuk upah mereka yang arif selesaikan masalah ini namun macam biasa, rasa tak puas hati kalau tak cuba buat sendiri dulu. Cari punya cari, alhamdulillah akhirnya saya jumpa juga jalan keluar
Punca Utama : Copy Paste daripada Microsoft Word
Bagi yang follow blog saya tentu tahu saya baru sahaja aktif dengan dunia blog bermula tahun 2018. Meskipun blog ini telah lama dibuat, namun sebelum ini saya berblog hanya sekadar untuk suka-suka dan selalu skip untuk update blog
Sejak saya mula menukar domain kepada dot com, saya banyak menerima job berbayar samada review atau copy paste artikel bermula pada pertengahan tahun 2018. Ha..rupanya di sinilah masalah mula timbul!
Kebanyakan job copy writing yang saya terima seperti press release biasanya saya akan terus copy daripada Microsoft Word yang diberi dan paste ke dalam ruangan posting blog.
RUPA-RUPANYA TAK BOLEH BUAT MACAM TU YE KAWAN-KAWAN!!
Kod HTML bagi artikel yang di copy paste daripada Microsoft Word
Kod HTML bagi artikel yang di tulis terus ke blogger post
Gambar di atas menunjukkan dua perbezaan antara kod HTML yang disalin terus daripada ruang post blogger dan kod yang di copy terlebih dahulu daripada Microsoft Word sebelum di paste ke ruang post blogger. Perasan tak kod yang di copy daripada Microsoft Word berbeza dengan kod yang disalin terus?
Cara Mengatasinya
Perbezaan kod ini sebenarnya mampu mengubah setting pada blog kita walaupun pada pandangan mata biasa nampak macam tak ada apa-apa perubahan pun pada artikel yang ditulis. Saya dah cuba copy dan paste artikel dalam notepad tapi tak berapa menjadi, jadi saya pilih untuk guna cara hasil daripada kefahaman sendiri.
Berikut adalah step-by-step yang saya telah buat :
Contoh group WhatsApp diri sendiri yang cuma ada seorang ahli :P
1. Buat WhatsApp group khas untuk diri sendiri (add suami atau adik lepastu kick out dari group. Terpaksa add orang sebab nak buat group at least kena masukkan seorang member kan. Bila dah kick member tadi, maknanya awak seorang je admin dan ahli dalam group tu).2. Pilih artikel yang anda ingin baiki daripada published artikel di blog hasil daripada copy melalui Microsoft Word sebelum ini. Kalau tak tahu yang mana satu adalah hasil daripada copy Microsoft Word, boleh cari artikel yang tertulis perkataan "MsoNormal" pada kod HTML.3. Copy dan paste semua artikel tersebut dalam bentuk word (bukan dalam bentuk kod HTML) ke dalam group WhatsApp anda. Kemudian copy balik.4. Klik New Post di blogger dan paste artikel tadi. Kalau nak letak gambar, letak siap-siap. Klik save dan copy semua kod pada HTML.5. Buka artikel yang nak dibaiki tadi kemudian paste balik kod yang dah di copy sebelum ni. Klik save dan dah siap!
Ternyata bila dah adjust balik kod HTML bagi semua artikel yang di copy paste sebelum ini, keesokan harinya jumlah artikel yang keluar pada homepage meningkat kepada 5. Yey!
TAPI KEGEMBIRAAN SAYA TIDAK BERPANJANGAN
Bila saya post artikel seterusnya, jumlah artikel di homepage kembali menurun kepada empat artikel sahaja.
Haish.
Punca Kedua : Tak Masukkan Jump Break dalam Artikel
Sejujurnya saya tidak tahu apa fungsi jump break dan tak pernah menggunakan butang itu. Namun disebabkan masalah yang berlaku, baru saya tahu jump break digunakan untuk memotong intoduction artikel yang berada pada homepage.
Maksudnya, jika kita klik insert jump break pada perenggan pertama artikel, pengenalan yang akan keluar di homepage adalah sehingga setakat jump break itu sahaja. Jika ingin baca lebih lanjut, maka pembaca perlu klik pada perkataan read more.
Letak jump break pada akhir perenggan pertama dan klik simbol seperti dalam gambar
Jadi apa kaitan di antara jumlah artikel yang berkurangan dengan insert jump break?
Saya tidak tahu tetapi mengikut logik fikiran, jika Google menyimpan terlalu banyak pengenalan pada halaman pertama blog, jadi susunan kod tentu agak berserabut. Maka tidak mustahil ada artikel yang hilang kerana tenggelam pada halaman pertama.
Artikel ini tidak hilang selamanya daripada blog tetapi hanya hilang pada homepage sahaja ya. Di page seterusnya, artikel seterusnya akan keluar dan artikel yang hilang pada halaman pertama tidak akan anda temui. Namun ia tidak bermaksud artikel anda hilang daripada Google search engine.
Ala..boleh buat contoh macam seorang budak kurus tidak dapat dilihat kerana diselindungi oleh budak gemuk di hadapannya. Ha..macam tu la apa yang saya bayangkan. Kalau salah kefahaman saya ni mohon maaf ye sebab saya bukan orang teknikal :P
Jumlah Artikel di Homepage Kembali Pada Asal
Selepas menambah jump break pada artikel barulah saya boleh tarik nafas lega. Tiada lagi masalah jumlah artikel berkurangan dan hilang daripada homepage.
Dah berjaya! Total 6 artikel per page lulus!
Inilah antara sebab kenapa saya suka cuba selesaikan sendiri masalah di blog terlebih dahulu kerana setiap kali berlaku masalah, saya tentu akan dapat lebih banyak ilmu berguna. Dan ilmu ni tak baik simpan sorang-sorang kan, jadi sebab itulah saya berkongsi di sini. Semoga bermanfaat ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2019/01/kenapa-jumlah-artikel-di-homepage-blog-hilang-dan-makin-kurang.html