Kenapa Isteri Orang Sangat Menarik Di Mata Sesetengah Lelaki Bujang
.KENAPA ISTERI ORANG SANGAT MENARIK DI MATA SESETENGAH LELAKI BUJANG |Zaman sekarang susah nak bezakan yang mana satu isteri orang , yang mana satu anak gadis orang. Sampai tersilap mengorat pun ada. Sekali datang suami dia tunjuk penumbuk, terus jadi tikus. Menyorok sampai jadi pendek leher. Hahahah.. tak pe la..Dah tersilap nak buat macam mana. Tapi ada juga lelaki bujang yang rasa isteri orang sangat menarik di mata dia. Memang isteri orang ni taste dia la..
KENAPA ISTERI ORANG SANGAT MENARIK DI MATA SESETENGAH LELAKI BUJANG
Nak tahu tak kenapa ada lelaki bujang tertarik dengan isteri orang sampai tahap jatuh cinta dan angau semacam.
MatangWanita yang dah berkahwin ni sikit sebanyak dia tetap ada sifat kedewasaan dalam diri dia. Nama pun dah kawen.. Kalau pun wanita berkahwin tu jenis yang kebudak-budakan, tapi sesekali kita boleh nampak sifat kedewasaan dia. . Bila kat tempat ramai orang, yang dia tonjolkan adalah sikap matang dan tenang walaupun sebenarnya itu bukan sikap sebenar dia.
Bagi lelaki wanita yang dah berkahwin tak membosankan sebab ada macam-macam karekter dalam diri mereka. Kadang jadi penyayang. Kadang jadi kebudak-budakan, dan ada masanya jadi pendengar yang baik sebab dah biasa melayan anak-anak dan suami dengan cara tu.
Bentuk fizikal dan gaya yang menarikSetuju tak kalau saya katakan wanita yang dah berkahwin mengalami perubahan bentuk tubuh yang lebih menarik. Dadanya, pinggang nya, pinggul nya, cara dia berjalan.. Bentuk bibirnya, kulitnya, segalanya berubah selepas dia berkahwin terutanya selepas melahirkan anak.
Bandingkan pula dengan anak dara. Dada pun rata saja. Pinggang pun tak de lekuk. berjalan macam nak serang orang.
Berbeza dengan isteri orang yang kebanyakan nya memang jaga penampilan. Badan pun wangi je. Maklum la, Ada laki. Siapa la yang tak tertarik..kan??
Sebab tu bila dah jadi bini orang jaga diri baik2 ye..
Sikap keibuanBagi seorang wanita yang dah berkahwin sikap yang paling menyerlah adalah sikap penyayang dan ambil berat. Ni disebabkan mereka dah terbiasa menguruskan rumahtangga dengan melayan pelbagai karenah suami dan anak-anak.
Contohnya bila ada rakan sekerja yang tak sihat, dia akan bertanya khabar,. Lepas tu siap bagi petua lagi nak sembuh pakai ubat apa.
Bagi lelaki dia akan rasa betul2 dihargai. Itu yang kadang2 jadi kes salah paham.Wanita tu cuma ambil berat tapi dalam diam lelaki tu jadi tertarik dengan keprihatinan wanita tersebut.
Lelaki bujang Mudah TergodaSebenarnya tak susah pun nak goda lelaki bujang ni.. Cukup korang luangkan masa yang lebih dengan mereka dan pura2 ambil berat pun mereka dah rasa seronok dan tertarik. Selain tu jika korang tunjuk kan yang korang ada minat yang sama dengan mereka juga mudah buat mereka tertarik.
Jangan salah sangka ya.Tips ini khas untuk wanita2 bujang saje.Yang dah kawen tu jaga suami masing2 ok. Terima kasih pada yang sudi membaca artikel kenapa isteri orang sangat menarik di mata sesetengah lelaki bujang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2012/05/kenapa-isteri-orang-sangat-menarik-di.html