Kenapa Islam Sering Dipermainkan


harakahdaily.com
March 18, 2024
Muhammad Hanif Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Agama Islam sering dipermainkan kerana kelemahan umat Islam itu sendiri.

Itu penegasan dan peringatan yang diutarakan Naib Ketua Pemuda Dewan PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin.

Beliau berkata, salah salah faktor kelemahan umat Islam pada hari ini ialah umat Islam meminggirkan ajaran Islam dari kehidupan mereka.

“Islam hanya pada sebutan nama sahaja, namun tidak dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Bahkan ada yang merasakan syariat Islam ini menyusahkan dan menyekat kebebasan mereka.

“Sebagaimana Hadis Riwayat al-Baihaqi berkata: “Akan hampir di mana berlaku di akhir zaman kepada manusia tidak tinggal daripada Islam kecuali namanya sahaja. Tidak kekal daripada al-Quran kecuali tulisannya sahaja…”,” kongsinya dalam satu kenyataan.

Tidak bersatu atas nama Islam

Menurut beliau, faktor kedua pula faktor kelemahan umat Islam pada hari ini ialah umat Islam itu sendiri tidak bersatu atas nama Islam.

“Tatkala golongan bukan Islam bersatu di atas perkara-perkara yang mereka perjuangkan, umat Islam pula berpecah belah dan berbalah.

“Ada yang sering berbalah dalam perkara-perkara khilafiah sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lebih besar.

“Mereka yang menyeru atas nama Islam pula diberikan label yang bermacam-macam termasuk ‘‘tunggang agama’, ‘kumpulan suci’, ‘khawarij’ dan lain-lain,” luah beliau.

Kegagalan Kempen ‘Buy Muslim First’

Tambah Muhammad Hanif, faktor seterusnya yang melemahkan umat Islam pada hari sehingga sering dipermainkan di negara sendiri ialah tidak membantu atau menyokong sesama Islam.

“Islam menganjurkan agar saling tolong menolong sesama kita untuk menjadi kuat, namun apa yang sering berlaku adalah sebaliknya.

“Perasaan hasad terhadap orang lain. Pantang tengok perniagaan kawan maju dan berjaya, pasti ada ‘benda’ yang dilakukan untuk memastikan kawan itu jatuh.

“Umat Islam sendiri tidak menyokong ekonomi umat Islam,” kongsi beliau.

Beliau menegaskan, ia boleh dilihat merujuk kepada Kempen ‘Buy Muslim First’ yang tidak mendapat sambutan yang baik, dengan pelbagai alasan diberikan kononnya ‘mahal’, ‘mahukan untung cepat’ dan lain-lain

“Paling malang, ada yang mempersenda dan memperlekeh usaha-usaha umat Islam. Sebagai contoh usaha boikot barangan Israel yang dianggap lekeh dan tidak cerdik,” ujarnya.

Haram dianggap ‘normal’, halal dilihat ‘ekstrim’

Faktor keempat pula ujar beliau, ialah perkara haram dianggap ‘normal’, dan perkara halal pula dilihat sebagai ‘ekstrim’.

“Konsert-konsert yang melampaui batas syariat diberikan sokongan dan dokongan. Pandangan ulama atau mufti pula dianggap kosong dan tidak diendahkan.

“Bahkan ada pula yang akan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada yang menghalang aktiviti-aktiviti tersebut.

“Mencegah kemungkaran kini dilihat bersalah manakala pelaku pula dijulang sebagai hero,” katanya lagi.

Menyokong kepada penghinaan

Faktor kelima pula menurut beliau, umat Islam sendiri menjadi menyokong kepada penghinaan.

“Paling menyedihkan apabila ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang menyokong tindakan mereka yang menghina Islam dengan menganggap itu adalah hak kebebasan mereka untuk bersuara.

“Maka semakin besarlah kepala mereka, semakin banyak penghinaan demi penghinaan dilakukan kerana mereka boleh memohon ‘maaf’,” tegasnya.

Justeru, beliau menampilkan solusinya bagi mengatasi masalah kepada umat Islam dipandang lemah.

Islam ‘The Way of Life’

“Jadikan Islam sebagai ‘The Way Of Life’. Suatu peraturan hidup yang bersepadu dan lengkap yang mengatur seluruh kehidupan manusia,” hujahnya.

Beliau menampilkan ayat al-Quran yang berbunyi, “Pada hari ini telah Ku sempurnakan bagimu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telahKu redha Islam itu menjadi agamamu”. (al-Maidah: 3)

“Justeru tanamkan sikap tolong- menolong sesama Islam, saling membantu, tingkatkan ekonomi orang Islam, perbaiki sistem ekonomi, jauhi perasaan hasad dan semai kasih sayang.

“Insya-Allah Islam akan kuat,” katanya.
  – HARAKAHDAILY 18/3/2024

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/kenapa-islam-sering-dipermainkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kafir Terus Menghina Islam

Kafir Terus Menghina Islam

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 256 hits
KALAU NAK KIRA SUDAH SAMPAI PUNCAKTAPI JENIS MELAYU ISLAM NI MEMANG SABAR SAMPAI TAHAP DAYUSMACAM MELAYU HILANG MARUAH ISLAM TAHAP TAK BERMARUAHYANG PEGANG KUASA DAN MARUAG AGAMAPUN DAH JADI BISUMELAYU NI BILA URUT BELAKANG TIDUR LA MEREKAB...
Izzue Islam Suka Sama Suka Chord

Izzue Islam Suka Sama Suka Chord

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 252 hits
Ost Hello Saya Anak Uncle Chord Em A A Bm A Em A A Bm Hey Mula mula tak ku sangka A D Em Lama lama baru sedar F Bm Adanya mentari cerah menerangi Am Em Adakah ia benar A A Bm Benar benar mahu dekat Am D Em Dekat dekat sampai rapat F Bm Meng...
Kuat Kuasa Undang Undang Menyeluruh Pertahan Akidah Rakyat Malaysia Beragama Islam

Kuat Kuasa Undang Undang Menyeluruh Pertahan Akidah Rakyat Malaysia Beragama Islam

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 212 hits
Dalam bab beragama saya lihat hanya ada 2 pendekatan utama dalam menentukan kebebasan manusia terhadap memilih agama atau kepercayaan mereka sila betulkan jika saya salah Pertamanya adalah sekular Ini pendekatan yang ramai tahu banyak negar...
Pas Ada Hak Bantah Konsert Tak Selari Syariat Islam Kata Pemuda

Pas Ada Hak Bantah Konsert Tak Selari Syariat Islam Kata Pemuda

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 132 hits
Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata parti itu tidak mempunyai masalah berhubung penganjuran konsert asalkan mengikut garis panduan ditetapkan Islam PETALING JAYA PAS akan terus menyuarakan bantahan terhadap konsert yang tid...
Umat Islam Tidak Bersatu Angkara Penjajah Abdul Hadi

Umat Islam Tidak Bersatu Angkara Penjajah Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 215 hits
Perpecahan umat Islam di Malaysia pada masa sekarang didakwa berpunca daripada dasar zaman penjajahan British suatu ketika dahulu Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada gener...
Hadi Kata Umat Islam Tak Bersatu

Hadi Kata Umat Islam Tak Bersatu

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 229 hits
Aku tak nak bangkang yang ini Hakikatnya menang penjajah amalkan Tapi nak salahkan penjajah semata mata tak boleh juga Mulanya umat Melayu bersatu orang Melayu rentetan dari pemilihan presiden UMNO Yang kalah telah keluar dan tubuhkan PAS P...
Padah Beri Komen Hina Islam Rumah Lelaki Mualaf Diserbu Amp Dikepung Orang Awam Sebelum Diangkut Pihak Polis

Padah Beri Komen Hina Islam Rumah Lelaki Mualaf Diserbu Amp Dikepung Orang Awam Sebelum Diangkut Pihak Polis

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 116 hits
Padah menghina Islam susulan isu stokin dijual di sebuah kedai serbaneka seorang lelaki Mualaf di Sabah diserbu oleh sekumpulan individu yang tidak berpuas hati nbsp var currentUrlTwo window location hostname window location pathname c
Aurat Wanita Dalam Islam Hikmah Menutup Aurat

Aurat Wanita Dalam Islam Hikmah Menutup Aurat

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 369 hits
Islam sangat menjaga kehormatan wanita dan mengangkat tinggi nilai seorang wanita Dalam agama Islam seorang wanita wajib menutup auratnya untuk memelihara dirinya Ia merupakan kewajipan yang diperintahkan melalui Al Quran Perintah Allah ini...
Hina Islam Ricky Shane Mohon Maaf Dibawa Ke Balai Selepas 6 Jam Dikepung Di Bawah Rumah

Hina Islam Ricky Shane Mohon Maaf Dibawa Ke Balai Selepas 6 Jam Dikepung Di Bawah Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 260 hits
Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Ricky Shane Cha menulis komen di Facebook dengan menghina agama Islam pada Sabtu Ricky Shane menulis komen yang menyentuh sensitiviti umat Islam pada isu stoking yang tertera kalimah ALLAH...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation