Kenapa Imun Tubuh Kanak Kanak Lebih Kuat Menentang Covid 19 Berbanding Orang Dewasa


Kes baharu Covid-19 sudah menjangkiti ratusan ribu individu diseluruh dunia, manakala jumlah kematian hampir mencecah angka ribu, kebanyakannya melibatkan golongan yang mempunyai sistem imun tubuh yang lemah.


Namun, sedarkah anda golongan kanak-kanak hanya merangkumi kurang 1% daripada jumlah keseluruhan mereka yang telah disahkan positif Covid-19? Tiada satu pun kanak-kanak berusia di bawah 9 tahun dilaporkan mati akibat virus ini di China.

Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli akademik, bahkan kerisauan terhadap potensi mereka untuk menyebarkannya kepada individu lain tanpa pengetahuan mereka.

Terdapat 2 teori yang menerangkan sebab di sebalik peningkatan jumlah kes dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak.

Risiko kematian pesakit Covid-19 meningkat mengikut usia

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) di China, dalam kalangan 44,672 pesakit, hanya 416 merupakan kes Covid-19 pada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

Jumlah tersebut merangkumi 0.9% daripada jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif.

Memandangkan Covid-19 mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, sukar untuk kita tentukan jika kanak-kanak yang terdedah mempunyai jangkitan tersebut atau tidak.

Tambahan pula, terdapat individu yang dijangkiti oleh Covid-19 namun tidak menunjukkan sebarang simptom yang dalam situasi ini, penyebaran virus boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa disedari oleh pembawa virus.

Bagi individu berusia di antara 10 hingga 19 tahun, kes kematian Covid-19 pada kanak-kanak hanya melibatkan seorang daripada 549 kes yang didiagnosis.

Seperti jangkitan lain, kadar kematian bagi mereka yang dijangkiti meningkat mengikut usia individu, dengan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah mempunyai kadar kematian kurang daripada 2%.

Apabila kita beralih kepada populasi yang berusia di antara 60 hingga 79 tahun, risiko kematian meningkat secara mendadak kepada 30%.

Konsepnya mudah sahaja. Semakin lemah sistem pertahanan badan seseorang itu, semakin berisikolah mereka untuk mendapat jangkitan serius Covid-19.

Persoalannya, mengapa Covid-19 pada kanak-kanak sukar berlaku walaupun mereka mempunyai sistem imun yang lemah? Mengapa mudah sangat jumlah kes positif dalam kalangan orang dewasa meningkat?

TEORI

Terdapat dua teori yang diusulkan oleh ahli akademik berkenaan dengan sebab kepada peningkatan jumlah orang dewasa yang mendapat jangkitan tersebut.

Teori 1 – Sistem imuniti semula jadi vs sistem imuniti penyesuaian

Sistem imuniti badan, secara mudahnya, boleh dibahagikan kepada 2.

Sistem imuniti semula jadi (innate immunity) menggunakan sel darah putih bagi membanteras kemasukan bakteria atau virus asing ke dalam badan.

Jika dibandingkan dengan sistem imuniti penyesuaian, ia dianggap sebagai satu sistem yang kurang efektif untuk melawan mikroorganisma berbahaya.

Sistem imuniti penyesuaian (adaptive immunity) merupakan sistem pertahanan badan yang dicipta berdasarkan pendedahan terhadap agen berbahaya.

Sebagai contoh, kemasukan virus ke dalam badan buat kali pertama menyebabkan terhasilnya antibodi spesifik kepada virus yang menyebabkan permasalahan tersebut.

Jika badan diserang oleh virus yang sama buat kali kedua, antibodi akan bertindak dengan pantas.

Apabila usia seseorang itu meningkat, sistem imuniti penyesuaian mereka lebih efisien berbanding dengan sistem imuniti semula jadi.

Ini berbeza dengan golongan kanak-kanak yang lebih bergantung kepada sistem imuniti semula jadi untuk membasmi kuman.

Mekanisme bagi kedua-dua sistem ini agak berbeza.

Oleh sebab Covid-19 merupakan virus baharu, penghasilan antibodi baharu akan mengambil masa yang agak lama. Kesannya, orang dewasa dan golongan tua lebih terdedah untuk mendapat jangkitan virus tersebut.

Bagi golongan kanak-kanak pula, hampir kesemua virus dianggap sebagai virus baharu. Sistem imuniti semula jadi akan bertindak ke atas semua jenis jangkitan dengan menghantar sel darah putih sebagai agen pembasmi kuman utama.

Kesannya, kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan.

Teori 2 – Pembawa Covid-19 dalam diam

Oleh sebab kanak-kanak jarang mendapat jangkitan, mereka boleh menjadi perumah kepada virus korona sebelum menular kepada individu lain.

Virus Covid-19 (termasuk dengan subjenis lain) merupakan virus yang lazim menjangkiti kanak-kanak menyebabkan simptom selesema. Lebih parah lagi jika kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom.

Ibu bapa tidak akan membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya tiada tanda yang menunjukkan mereka dijangkiti, menjadikan mereka penyebar virus utama kepada orang dewasa terutamanya golongan berisiko tinggi.

Ini termasuklah orang tua, penghidap penyakit kronik dan mereka yang mengalami masalah sistem imun badan lemah.

Menurut Dr Malik Peiris, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Universiti Hong Kong, kanak-kanak masih boleh mempunyai jangkitan tersebut, namun mereka tidak sakit atau mengalami simptom berkaitan dengan jangkitan itu.

Oleh sebab perkara ini masih lagi baru, kajian lanjut perlu dijalankan bagi membuktikan keberkesanan kedua-dua teori yang dikemukakan.

Kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan namun, mereka mampu menyebarkannya kepada individu lain sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

Terapkan amalan mencuci tangan secara kerap dalam kalangan anak-anak anda dan pastikan mereka mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya disyaki mengalami jangkitan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Vitamin Dan Makanan Terbaik Untuk Menambah Sel Darah PutihTanda-tanda Dan Simptom Jangkitan COVID-19
sumber: thevocket


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/tubuh-anak-imun-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Mampu Lumpuhkan Sistem Imun Tubuh Virus Bermutasi Menjadi Lebih Berbahaya

Covid 19 Mampu Lumpuhkan Sistem Imun Tubuh Virus Bermutasi Menjadi Lebih Berbahaya

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 1464 hits
Sejak wabak Coronavirus atau COVID 19 melanda seluruh dunia penduduk global mula mengambil pelbagai langkah untuk mencegahnya namun begitu tahukah anda bagaimana virus berbahaya ini menyerang manusia sehingga menyebabkan nyawa melayang Menu...
Saya Dah Lihat Banyak Kematian Tapi Apa Yang Berlaku Kepada Pesakit Covid 19 Jauh Lebih Menyedihkan Doktor

Saya Dah Lihat Banyak Kematian Tapi Apa Yang Berlaku Kepada Pesakit Covid 19 Jauh Lebih Menyedihkan Doktor

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 681 hits
Setakat ini seramai 3 kematian dicatatkan daripada lebih 1 000 pesakit COVID 19 dengan 26 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi Pemergian kedua dua pesakit itu meruntun hati banyak pihak termasuk para petugas kesihatan yang seringkali men...
130 Kes Baru Covid 19 Dilaporkan Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 1 000 Kes

130 Kes Baru Covid 19 Dilaporkan Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 1 000 Kes

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 292 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah dalam satu tweetnya sebentar tadi memuat naik kemaskini terbaru mengenai COVID 19 di Malaysia Menurut berliau setakat pukul 12 tengah hari tadi sebanyak 130 kes baru dilaporkan Penambahan ...
Calon Spm 2019 Lebih Baik Berbanding 2018

Calon Spm 2019 Lebih Baik Berbanding 2018

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 420 hits
Adik adik yang ambil keputusan Sijil Penilaian Malaysia hari ini mesti berdebar gila kan Ada dua kemungkinan sama ada buatkan kedua ibubapa korang tersenyum ataupun membebel sepanjang zaman Kah Mesti korang dah buat yang paling terbaik dan ...
Kkm Jangka Lebih Banyak Kes Covid 19 Minggu Ini Depan

Kkm Jangka Lebih Banyak Kes Covid 19 Minggu Ini Depan

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 315 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memberitahu pihaknya menjangkan peningkatan kes wabak Covid 19 pada minggu ini dan minggu depan Noor Hisham berkata cabaran utama pada masa ini adalah untuk mendapatkan ventilator wa...
Bos Bi Umkm Bakal Lebih Kuat Dari Perusahaan Minyak

Bos Bi Umkm Bakal Lebih Kuat Dari Perusahaan Minyak

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 198 hits
Gubernur Bank Indonesia Perry Warjiyo yakin kelompok Usaha Mikro Kecil dan Menengah akan semakin berkembang dan jadi tulang punggung perekonomian Indonesia Bahkan dia percaya bahwa sektor UMKM nantinya bisa menggantikan perusahaan minyak ya...
Lebih Dasyat Dari Mangsa Aids Ini Cara Kebumikan Mangsa Covid 19

Lebih Dasyat Dari Mangsa Aids Ini Cara Kebumikan Mangsa Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 564 hits
Lebih Dasyat Dari Pesakit AIDS Ini Cara Kebumikan Pesakit COVID 19 Seperti yang kita sedia maklum COVID 19 dijangkiti melalui sentuhan tak kira secara terus dengan pesakit atau menyentuh barang tempat fabrik besi dan apa saja yang disentuh ...
Golongan Yang Memiliki Darah O Lebih Kebal Covid 19 Kajian

Golongan Yang Memiliki Darah O Lebih Kebal Covid 19 Kajian

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 275 hits
Hanya sebilangan kecil daripada pesakit berdarah O yang dijangkiti meninggal dunia akibat serangan virus COVID 19 Foto AFPBEIJING Kajian awal dari China mendapati individu mempunyai darah A dipercayai lebih mudah terdedah kepada COVID 19 be...
Lebih Ramai Dijangka Muflis Berbanding Maut Kerana Covid 19

Lebih Ramai Dijangka Muflis Berbanding Maut Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 252 hits
LONDON Penularan COVID 19 mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi terhadap ekonomi berbanding risiko kesihatan kepada orang awam Pakar Pembangunan Ekonomi Omar Hassan dipetik oleh akhbar The Independent berkata jika virus itu benar benar m...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan

Lunch Dengan Telur Hancur Dan Terung Goreng Berlada

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Surah Al Israa Ayat 70

The Hedgehog And The Hare A Timeless Egyptian Fable Exploring Ambition And Humility

Bawa Pak Zain Sarapan Di Mee Kari Udang Galah Route N9