Kenapa Hampir 1 000 Pakar Perubatan Beralih Ke Sektor Swasta



Kuala Lumpur: Peluang yang lebih cerah punca utama kebanyakan 948 pakar perubatan meletak jawatan dalam perkhidmatan awam dan beralih ke sektor swasta sejak 2016 sehingga Jun lalu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan (KKM), perincian perincian doktor yang meletak jawatan ialah 158 orang pada 2016; 170 (2017); 198 (2018); 229 2019); 161 2020) dan 32 orang sehingga Jun lalu.
"Bagi pegawai perubatan lantikan tetap yang meletak jawatan berjumlah 4,028 orang iaitu 874 orang pada 2016, 869 (2017); 734 2018); 915 (2019); 534 (2020) dan 102 orang sehinhga Jun lalu," katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Khairy menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang mahu mengetahui punca kebanyakan pakar perubatan meletak jawatan daripada KKM.
Khairy berkata, faktor mereka meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam adalah peluang di sektor swasta terutama bagi pakar perubatan.
"Walaupun kita cuba meningkatkan elaun pakar dalam perkhidmatan awam, namun ia tidak setanding dengan apa yang mereka dapat di sektor swasta.
"Bagaimanapun, kita memberi kelonggaran kepada pakar kita sehari seminggu untuk mereka melaksanakan tugas di sektor swasta untuk mendapat pendapatan tambahan.
"Kita perlu melihat apa lagi kemudahan kita boleh bagi kepada mereka (pakar) supaya mereka kekal dalam sistem kesihatan awam," katanya.
Menurutnya, kebanyakan pakar perubatan yang masih kekal di perkhidmatan awam kerana mempunyai 'sense of nasional duty'.
"Semangat mereka yang masih kekal ini untuk memastikan sumbangan diberikan terus kepada orang ramai sedangkan latihan mereka ditanggung semua oleh kerajaan.
"Ini adalah satu semangat terbaik dan perlu dipuji, sebab kebanyakan pakar di Malaysia adalah datang daripada kilang KKM termasuk mereka yang berada di hospital swasta sekarang," katanya.
Menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang mahu Khairy menyatakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak supaya negara tidak mengalami 'brain drained' pada masa akan datang.
Khairy berkata, jumlah Pakar dan Pegawai Perubatan yang berkhidmat bersama KKM berjumlah 55,981 orang.
"Akta Perubatan 1971 menetapkan graduan perubatan yang mendapat pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) perlu diberi peluang untuk menjalani latihan siswazah oleh kerajaan.
"Sebelum 2016, semua graduan perubatan yang menjalani latihan siswazah di KKM dilantik secara tetap kerajaan," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, peningkatan mendadak graduan perubatan sejak 2016 menyebabkan tekanan tinggi untuk meneruskan pelantikan tetap.
"Sebagai gambaran, antara 2009 hingga 2015, keluaran graduan perubatan hanya sekitar 3,000 setahun, tetapi bermula 2016, jumlah keluaran graduan perubatan adalah antara 5,000 hingga 6,000 orang setiap tahun.
"Berdasarkan perkembangan ini, kerajaan pada 13 Oktober 2016 memutuskan supaya graduan perubatan ditawarkan pelantikan secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan melengkapkan khidmat wajib selaras dengan obligasi di bawah Akta Perubatan 1971.
"Selepas melengkapkan latihan siswazah dan khidmat wajib, graduan perubatan mengharapkan supaya mereka diserap sebagai pegawai perubatan lantikan tetap, bagaimanapun berikutan pelaksanaan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan kawalan perbelanjaan kewangan secara berhemah, bukan semua graduan perubatan yang melengkapkan latihan siswazah dapat dilantik secara tetap disebabkan perjawatan yang terhad," katanya.
Katanya, bagi menangani masalah yang dihadapi doktor kontrak, kerajaan pada 14 Julai lalu juga bersetuju supaya pegawai perubatan lantikan kontrak yang melengkapkan khidmat wajib dua tahun dilanjutkan tempoh kontrak untuk dua tahun lagi bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan membolehkan pegawai membuat persediaan bagi menyambung pengajian kepakaran.
Laporan dipetik dari MyMetro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/kenapa-hampir-1000-pakar-perubatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Swasta Berputih Mata Hilang Rm13 000 Untuk Khidmat Seks

Pekerja Swasta Berputih Mata Hilang Rm13 000 Untuk Khidmat Seks

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 199 hits
OH TIDAK Sanggup berhabis sampai RM13 000 Oh Nafsu Disebabkan ramai mengeluarkan simpanan KWSP melalui program kerajaan untuk meringankan beban rakyat ada banyak pengeluar yang akhirnya berputih mata ditipu scammer Sebab itu kita perlu berh...
Hampir 30 000 Penjawat Awam Masih Belum Divaksinasi Cuepacs

Hampir 30 000 Penjawat Awam Masih Belum Divaksinasi Cuepacs

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 357 hits
Umavathi RamayahAdnan Mat berkata penjawat awam yang belum divaksin tidak tergolong dalam kumpulan anti vaksin Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Kira kira 30 000 penjawat awam setakat ini masih belum mendapat suntikan vaksin COVID 19 Bagaima...
Jawatan Kosong Mrsm Guru Sambilan Matematik Gaji Rm1 800 Rm2 000

Jawatan Kosong Mrsm Guru Sambilan Matematik Gaji Rm1 800 Rm2 000

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 329 hits
Jawatan Kosong MRSM Guru Sambilan Matematik Gaji RM1 800 RM2 000 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan ko...
5945 Pakar Sifatkan Pelalian Covid 19 Vaksin Ujikaji

5945 Pakar Sifatkan Pelalian Covid 19 Vaksin Ujikaji

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 575 hits
KUALA LUMPUR Seorang pakar perubatan menyifatkan pelalian Covid 19 sebagai vaksin ujikaji yang memberi tekanan besar kepada kebanyakan rakyat ketika ini Dr Norshinah Kamarudin yang juga Ahli Endokrinologi berkata suntikan pelalian itu telah...
Tiada Bukti Suplemen Cegah Rawat Covid 19 Kata Pakar

Tiada Bukti Suplemen Cegah Rawat Covid 19 Kata Pakar

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 196 hits
September 23 2021 Menurut pakar nutrisi bagi kebanyakan orang yang mengamalkan diet seimbang dan sihat suplemen adalah tidak diperlukan walaupun semasa pandemik Covid 19 KOTA KINABALU Tiada bukti klinikal yang menunjukkan keberkesanan suple...
Dua Wanita Beli Barang Murah Online Rugi Rm8 000

Dua Wanita Beli Barang Murah Online Rugi Rm8 000

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 279 hits
SEBERANG PERAI Dua wanita kerugian hampir RM8 000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket selepas membuat pembelian barangan secara online di aplikasi Instagram baru baru ini Kedua dua mangsa berusia 30 an yang merupakan pekerja...
Telkomsel Kembali Alihkan Kepemilikan 4 000 Unit Menara Ke Mitratel

Telkomsel Kembali Alihkan Kepemilikan 4 000 Unit Menara Ke Mitratel

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 249 hits
Telkomsel dan PT Dayamitra Telekomunikasi melanjutkan komitmennya dalam penguatan transformasi portofolio bisnis dengan melakukan penambahan pengalihan kepemilikan sebanyak 4 000 unit menara telekomunikasi milik Telkomsel kepada Mitratel
3 Ibu Tunggal Kesunyian Rugi Lebih Rm30 000 Diperdaya Parcel Scam

3 Ibu Tunggal Kesunyian Rugi Lebih Rm30 000 Diperdaya Parcel Scam

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 270 hits
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Mohd Mahidisham Ishak berkata bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos lepas sebanyak 115 kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian berjumlah RM1 6 juta berkenaan penipuan itu KUALA LUMPUR Ke...
Najib Cabar Rayer Bawa Pakar Cukai

Najib Cabar Rayer Bawa Pakar Cukai

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 186 hits
Najib cabar Rayer bawa pakar cukai Petang tadi Jelutong saran dalam Dewan Rakyat supaya saya jangan gunakan kedudukan saya untuk buli kakitangan LHDN berkenaan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu mengenai bayaran cukai terhadap sa...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Berpeluh Sewaktu Tidur Normal Bahaya Atau Tanda Awal Penyakit

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility