Kenapa Graduan Universiti Awam Sukar Dapat Kerja Berbanding Ipts


Laporan statistik Kajian Pengesanan Graduan 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menunjukkan bahawa peratusan graduan IPTS mendapat kerja lebih tinggi berbanding UA. Menurut statistik pengangguran berkenaan, seramai 26,776 (52%) graduan daripada UA manakala IPTS 24,804 (48%) dan menjadikan jumlah keseluruhan graduan tamat pengajian 2017 yang menganggur adalah 51,580. Jumlah dan peratusan ini tidak termasuk IPTA lain seperti politeknik, kolej komuniti, ILKA. Statistik sahih ini telah menimbulkan persoalan kenapa majikan lebih tertarik kepada graduan IPTS berbanding UA?. Apakah punca utama yang menyebabkan graduan UA sukar mendapat kerja?. 
Kursus Pengajian Tidak Memenuhi Pasaran KerjaTerdapat banyak kursus pengajian dalam pelbagai bidang ditawarkan di UA berbanding di IPTS. Ada di antara kursus-kursus berkenaan dilihat tidak seiring dengan permintaan pasaran kerja semasa. Hal ini menyebabkan ramai graduan UA, bekerja bukan dalam bidang pengajian masing-masing dan lebih malang menjadi penganggur. Senario ini berbeza di IPTS, kursus pengajian yang ditawarkan seiring dengan keperluan pasaran kerja semasa. Pihak IPTS tidak akan sesekali menawarkan kursus pengajian yang tidak mempunyai potensi kerja


IPTS tidak sama seperti UA, mereka perlu menarik pelajar ke institusi mereka jika ingin terus beroperasi berbanding di UA, yang hanya menunggu pelajar untuk memohon. Disebabkan itulah, IPTS perlu memastikan majoriti pelajar yang menamatkan pengajian di institusi mereka mendapat pekerjaan seterusnya menyakinkan ibu bapa dan pelajar lain untuk memilih melanjutkan pengajian di institusi mereka. Jika kursus yang diambil memenuhi kehendak pasaran, sudah tentu mudah ditawarkan pekerjaan dan tidak akan timbul isu persaingan kerana majikan memerlukan tenaga kerja yang ramai. 

Kurang Jalinan Kerjasama antara UA & IndustriJika kita lihat di UA, kebanyakan kaedah pembelajaran lebih menfokuskan kepada teori berbanding praktikal. Silibus kursus juga tidak seiring dengan realiti dunia pekerjaan sebenar. Disebabkan itulah, ramai yang berkata belajar tidak sama dengan bekerja. Apa yang dipelajari di universiti sangat jauh berbeza. Persoalanya kenapa ianya perlu berbeza dan tidak seiring?. Bukankah ilmu yang dipelajari itu, bakal digunakan untuk persediaan masuk ke alam pekerjaan?. Itu adalah hakikat di UA, apa yang dipelajari tidak sama dengan realiti ketika bekerja. Jadi bagaimana hendak yakinkan majikan kelak?


Berbanding di IPTS, kebanyakan IPTS menjalin hubungan baik dengan pihak industri. Jalinan kerjasama itu penting dalam memastikan silibus kursus bertepatan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan dan bukan bergantung kepada teori semata. Maka, tidak hairanlah jika graduan IPTS lebih disukai oleh majikan kerana hasil pembelajaran mereka seiring dengan kehendak industri. Masalah ini telah pun disedari oleh beberapa buah UA dan mereka telah mula memperkenalkan program 2U1i dan 3U1i (Info lanjut berkaitan program ini, sila klik disini). Ianya adalah program pengajian hasil kerjasama antara universiti dan industri. Program pengajian ini pertama kalinya ditawarkan melalui permohonan kemasukan pelajar ke IPTA melalui portal rasmi UPU.  

Penguasaan Bahasa Inggeris LemahBahasa pengantar bagi kebanyakan kursus di UA adalah bahasa melayu. Misalnya, UKM yang memartabatkan bahasa melayu dalam aktiviti pembelajarannya. Bahasa melayu juga dijadikan sebagai medium komunikasi utama dalam kebanyakan subjek pengajian seperti sesi pembelajaran, pembentangan dan sebagainya. Dalam peperiksaan juga, terdapat segelintir pensyarah yang memberi kelonggaran kepada pelajar untuk menjawab soalan dalam dwi- bahasa walaupun subjek tersebut diajar dalam bahasa Inggeris

Tidak dinafikan bahawa bahasa melayu itu penting dan bahasa inggeris bukanlah kayu pengukur kepada kepandaian dan kebolehan seseorang. Tetapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Syarikat swasta majoritinya mahu pekerja mereka fasih berbahasa inggeris, tidak terkecuali syarikat yang dimiliki oleh orang melayu. Temuduga kerja juga kebanyakan dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Bagaimana pelajar hendak membuktikan kemampuan mereka sekiranya majoriti majikan sudah menolak permohonan kerja hanya kerana tidak fasih berbahasa inggeris?

Kurangnya penggunaan bahasa Inggeris di UA dilihat menjadi punca pelajar kurang keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai kerana bimbang ada kesalahan tatabahasa dan sebagainya. Hal ini berbeza di IPTS, bahasa komunikasi utama adalah bahasa inggeris termasuk dalam aktiviti pembelajaran atau peperiksaan. Maka, bukanlah sesuatu yang pelik jika keputusan akademik mereka tidaklah sebagus mana tetapi berjaya ditawarkan kerja dek kerana fasih berbahasa inggeris

Walau apa sekalipun puncanya, graduan yang sedang atau bakal menghadapi masalah ini perlu merancang halatuju selepas tamat pengajian dengan baik. Semua pihak termasuk diri mereka sendiri perlu bangun dari lena yang panjang. Usah bermimpi disiang hari lagi. Universiti Awam juga perlu memainkan peranan dengan memperbanyakkan kursus pengajian berteraskan industri semasa disamping kekalkan kursus berkaitan bidang kebudayaan, warisan dan seangkatan dengannya supaya masyarakat tidak lupa akan asal usul mereka. Sungguhpun begitu, tidak perlu juga mengambil terlalu ramai pelajar untuk sesuatu kursus yang kurang potensi kerja tetapi sediakan lebih banyak tempat untuk kursus yang banyak peluang pekerjaan. Guru-guru di sekolah juga seharusnya memberi pendedahan yang jelas dan betul kepada pelajar tentang halatuju kerjaya bukan hanya suruh belajar tetapi tiada halatuju masa depan. 

Selain itu, UA perlu perbanyakkan kerjasama dengan pihak industri supaya graduan yang dilahirkan sudah bersedia menghadapi cabaran sebenar dunia pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Bagi pelajar/graduan sendiri, tingkatkan penguasaan bahasa inggeris supaya kemampuan kita tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak. Anda juga boleh rujuk artikel berkaitan dibawah, bagaimana untuk merancang halatuju kerjaya selepas tamat pengajian dibawah :
5 Punca Graduan Gagal Memperolehi Pekerjaan berdasarkan kaji selidik oleh Jobstreet.Jalani Inventori Minat Kerjaya untuk Tentukan Kerjaya Manakah yang Bersesuaian dengan Anda!Ketahui IPTS yang Beri Jaminan Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian dalam Bidang KejururawatanSilterra Malaysia Buka Peluang Pekerjaan dengan Gaji Lumayan kepada Graduan Bidang KejuruteraanSenarai Syarikat Besar yang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Fresh Graduates(Traineeship Programmes)Program 2u2i/3uli yang Ditawarkan oleh UPU Hasil Kolaborasi Pihak Universiti & IndustriKajian Kebolehpasaran Graduan Membuktikan Peratusan Graduan Teknikal & Kemahiran Mendapat Pekerjaan Lebih TinggiLatihan Industri, Syarikat Swasta atau Organisasi Kerajaan Lebih Baik?Bidang Perubatan & Kesihatan Janjikan Peluang Kerjaya yang Luas di Sektor Swasta!Minta Gaji Mahal Punca Siswazah Menganggur- Jobstreet.com
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan serta peringatan kepada anda semua. SEMOGA BERJAYA!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.jommasukkolej.com/2019/01/kenapa-graduan-universiti-awam-sukar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+JomMasukKolej+(Jom+Masuk+Kolej)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Senarai Kelebihan Belajar Di Universiti Awam Berbanding Universiti Swasta

6 Senarai Kelebihan Belajar Di Universiti Awam Berbanding Universiti Swasta

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 3362 hits
6 Senarai Kelebihan Belajar di Universiti Awam Berbanding kelebihan belajar di Universiti Swasta Kadang ada kalangan pelajar semasa menghadapi peperiksaan ada berhadapan dengan cabaran selepas dapat keputusan pun tidak dapat lari daripada d...
16 Ribu Penjawat Awam Akan Kehilangan Kerja Kerajaan Nak Berjimat Katanya Hancing Viral

16 Ribu Penjawat Awam Akan Kehilangan Kerja Kerajaan Nak Berjimat Katanya Hancing Viral

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 481 hits
Sebelum PRU14 dahulu banyak kali sudah diberitahu apa yang akan terjadi kepada orang Melayu bila UMNO kalah Sekarang sudah hampir 8 bulan memerintah Pakatan Harapan sudahlah tidak menunaikan janji Manifestonya tetapi membuat kerja kerja mem...
Sebuah Universiti Awam Tutup Salah Laku Seksual Pengajar

Sebuah Universiti Awam Tutup Salah Laku Seksual Pengajar

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 397 hits
AMNI JAGAT Sebuah universiti awam di Kuala Lumpur didapati menyembunyikan kes berkenaan salah laku seksual yang berlaku di institusi berkenaan Menurut dokumen awam yang diterima salah laku tersebut telah disebutkan di Mahkamah Tinggi Kuala ...
16 000 Penjawat Awam Bakal Dibuang Kerja

16 000 Penjawat Awam Bakal Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 808 hits
PUTRAJAYA Seramai 16 000 penjawat awam dijangka akan kehilangan pekerjaan mereka selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kawalan saiz perkhidmatan awam Keputusan itu selaras dengan dasar baharu kerajaan bagi mengelakkan pembaziran da...
Saya Akan Kerja Sampai Mati Kata Mahathir Kepada Anwar

Saya Akan Kerja Sampai Mati Kata Mahathir Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 327 hits
Selagi ada hayat saya akan terus betulkan negara Pingat yang paling saya suka adalah KSM Tun Dr Mahathir PRK Cameron Highlands 25 Januari 2019 Anuar Shaari Dua frasa di atas akan terus menghantui bakal PM Malaysia yang paling lama dalam sej...
Saya Akan Terus Kerja Keras Untuk Betulkan Negara Tun M

Saya Akan Terus Kerja Keras Untuk Betulkan Negara Tun M

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 364 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar rakyat sayangkan negara serta perlu menolak sekeras kerasnya pemimpin yang bersifat kleptokrat Jelas Ahli Parlimen Langkawi itu selagi beliau diberikan umur yang panjang beliau akan terus...
Tgb Kampanyekan Jokowi 2 Periode Waktu Ideal Selesaikan Program Kerja

Tgb Kampanyekan Jokowi 2 Periode Waktu Ideal Selesaikan Program Kerja

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 266 hits
TGB Kampanyekan Jokowi 2 Periode Waktu Ideal Selesaikan Program Kerja Kendati demikian kata TGB tidak jadi masalah dirinya muncul di waktu yang cukup mepet Dirinya juga mengaku sudah berkunjung ke sejumlah tokoh d Jabar dan ke beberapa kabu...
Pm Seloroh Pingat Kebesaran Paling Saya Minat Ksm Kerja Sampai Mati

Pm Seloroh Pingat Kebesaran Paling Saya Minat Ksm Kerja Sampai Mati

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 306 hits
Foto oleh MalaysiakiniKUALA LIPIS Bintang kebesaran yang paling saya minati ialah KSM Kerja Sampai Mati kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil berseloroh Pengerusi Pakatan Harapan yang melakar sejarah apabila mengangkat sumpah ...
Fakta Video Wn China Dipanggil Karsono Kerja Di Pltu Cilacap Diduga Salahi Aturan

Fakta Video Wn China Dipanggil Karsono Kerja Di Pltu Cilacap Diduga Salahi Aturan

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 259 hits
Petugas Imigrasi Semarang memeriksa Shan Lichang warga negara China yang diduga memalsukan identitas Kasus ini sempat viral di medsos Dari hasil pemeriksaan diketahui pria tersebut sudah setahun memakai izin tinggal terbatas di Jawa Tengah
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage