Kenapa Gejala Buli Masih Ada Sehingga Kini
"Abang Besar sudah sampai, mana mau lari"?..... Meowwwww
Baru-baru ini, laman sosial Facebook telah dikongsikan dengan beberapa Video berkaitan gejala buli. Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar gejala yang sudah begini lama tidak kedengaran, secara tiba-tiba muncul kembali. Kebiasaan gejala ini berlaku di Sekolah Menengah Berasrama, dimana pelajar yang Senior atau yang Lebih Tua akan membuli pelajar junior atau yang Lebih Muda. Masih wujud sebenarnya gejala ini?, kecanggihan teknologi sudah semakin berkembang tetapi masih ada lagi gejala seperti ini?
Persoalannya, bagaimana gejala ini boleh berlaku dengan sebegitu mudah dan terlepas dari pandangan Warden / Ketua yang bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar-pelajar junior yang lain di dalam Asrama tersebut? Saya ingin berkongsi sedikit berkaitan gejala buli yang pernah terjadi tapi masih dalam kawalan pihak asrama. Kadangkala terdapat sedikit selisih faham antara pelajar yang Senior dan pelajar yang Junior, mula timbul rasa tidak puas hati dan membuat keputusan sendiri dengan menggunakan 'kekerasan'. Seperti biasalah, bukan salah media-media hiburan kita yang memberikan mereka idea untuk menjadi 'taiko' atau 'abang besar', tetapi kegagalan mereka sendiri untuk berfikir punca kepada segala-galanya
Ini juga salah satu dari Gejala Buli, pandai-pandailah Settlekan ye?
Ada juga yang sebenarnya berpunca dari pelajar yang Junior sesama mereka sendiri, dimana mereka menggunakan pengaruh kenalan ( pelajar Senior) untuk memastikan rasa tidak puas hati atau dendam mereka terhadap pelajar junior yang lain tercapai. Atau pon alasan yang lain dari semua situasi yang dinyatakan, sekadar mahu menunjukkan siapa yang lebih mempunyai pengaruh dan kuasa dalam kawasan Asrama tersebut. Yang lebih menghairankan, rakaman menggunakan Telefon Pintar/ Smartphone untuk setiap aktiviti membuli? Kemana hilangnya kewarasan fikiran mereka ketika ini? Teknologi semakin berkembang dan maju tetapi mereka ditahap yang mana
Diharapkan agar apa sahaja perkara berkaitan gejala buli diberikan tindakan yang serius dan sewajarnya. Malah pelajar yang menjadi mangsa atau saksi kepada mereka yang dibuli untuk terus melaporkan kepada pihak Asrama atau pihak yang berkenaan, gunakan kecanggihan teknologi yang ada pada masa sekarang, tiada alasan untuk takut melaporkan hal-hal begini.Sudah ada banyak laluan untuk berkongsi akan gejala yang tidak sihat ini, manfaatkan ia untuk tujuan yang betul
Kene buli! Yang ini comel... credit foto to Pondokkecil
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pistonpecah.blogspot.com/2014/11/kenapa-gejala-buli-masih-ada-sehingga.html