Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke As



Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan semalam berkata, Nazri yang juga graduan Lincoln's Inn di United Kingdom dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.
Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018).
Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Bagaimanapun lantikan Nazri itu telah dikritik oleh dua orang bekas Diplomat..
PETALING JAYA: Dua bekas diplomat mengkritik keputusan Putrajaya melantik Nazri Aziz daripada Umno sebagai duta besar ke Amerika Syarikat (AS).
Bekas diplomat, Noor Farida Mohd Ariffin dan Dennis Ignatius, menggambarkan pelantikan Nazri sebagai mengecewakan.
“Tidak adil bagi diplomat sedia ada apabila mereka dinafikan peluang dilantik menjadi duta,” kata Noor Farida, bekas duta ke Belanda.
“Saya fikir perdana menteri membuat pertimbangan yang buruk apabila menamakan Nazri sebagai duta kita ke AS.”
Beliau juga berkata, langkah itu melemahkan moral diplomat sedia ada, yang mungkin lebih layak bagi jawatan terbabit.
Semalam, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Nazri dan sembilan yang lain menerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan diplomatik baharu daripada Yang di-Pertuan Agong.
Nazri sebelum ini dikaitkan dengan pelantikan duta ke AS dan Switzerland ketika pentadbiran terdahulu.
Ignatius, bekas pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Kanada, dalam maklum balas ringkas berkata: “Hari demi hari, PM (Anwar Ibrahim) mengecewakan.”
Dalam pada itu, bekas menteri luar, Syed Hamid Albar berkata, pelantikan Nazri bukan perkara luar biasa.
Pada masa lalu, katanya, ahli politik termasuk Dr Ismail Abdul Rahman dan Zulhasnan Rafique berkhidmat sebagai duta besar Malaysia ke AS.
Bagaimanapun, berbanding di Barat, pelantikan ahli politik Malaysia sebagai utusan akan mencetuskan kontroversi.
“Di Barat, (perkara) lazim ahli politik dilantik sebagai utusan. Kerajaan semasa mesti dibenarkan memutuskan (pelantikan utusan),” katanya.
Tahun lepas, Putrajaya berdepan tekanan daripada Ahli Parlimen pembangkang susulan rancangan melantik ahli politik, yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, sebagai duta ke Indonesia.
Bagaimanapun, pelantikannya kemudian dibatalkan lapor FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/02/kenapa-dilantik-nazri-sebagai-duta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bcf Lancar Bawal Souk Dovella Bersempena Pelantikan Ummi Nazeera Sebagai Duta Rasmi

Bcf Lancar Bawal Souk Dovella Bersempena Pelantikan Ummi Nazeera Sebagai Duta Rasmi

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 487 hits
BCF LANCAR BAWAL SOUK DOVELLA BERSEMPENA PELANTIKAN UMMI NAZEERA SEBAGAI DUTA RASMI Assalammualaikum semua Tahniah buat pasukan BCF yang konsisten menjaga sumber rezeki tiap leader stokis dan ejen Ramai sudah berjaya dengan strategi pemasar...
Umno Dan Ph Kehilangan Besar Remaja Khususnya Johor

Umno Dan Ph Kehilangan Besar Remaja Khususnya Johor

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 237 hits
KJ memiliki dan membawa PENGARUH besar ke atas pengundi remaja KHUSUSNYA di Johor dan jika dia menyertai PN ia akan membawa BENCANA besar ke atas pHbN PKR masih berusaha mendapatkan KJ Tanpa hiraukankan amaran Ahmad maslan sebelum ini Tempa...
Asteroid Besar Mendekati Bumi Ilmuwan Mulai Panik

Asteroid Besar Mendekati Bumi Ilmuwan Mulai Panik

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 335 hits
Ilmuwan astronomi memprediksikan akan ada asteroid yang memiliki peluang bertabrakan dengan Bumi pada 2029 Mereka pun mulai panik
Peru Panggil Pulang Duta Di Honduras

Peru Panggil Pulang Duta Di Honduras

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 156 hits
Peru panggil pulang duta di Honduras Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Jan 2023 7 00PM
Kurangkan Subsidi T20 Penjimatan Besar Negara Berita Harian 15 02 2023

Kurangkan Subsidi T20 Penjimatan Besar Negara Berita Harian 15 02 2023

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 418 hits
KUALA LUMPUR Pengurangan subsidi kepada golongan kaya adalah satu penjimatan yang besar kepada negara sekali gus membantu meningkatkan semula ekonomi Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Persatuan Pengguna Malaysia Nur Asyikin Aminu...
1 2 Juta Pelancong China Lesap Malaysia Bakal Jadi Tanah Besar Kedua

1 2 Juta Pelancong China Lesap Malaysia Bakal Jadi Tanah Besar Kedua

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 322 hits
PEMBELA sebelum ini telah mempersoalkan adakah telah berlaku kepincangan dalam pentadbiran hingga jumlah pelancong luar sebesar itu lenyap dan tak kembali ke negara asal Malah kami telah menggesa pihak berwajib mengambil tindakan drastik de...
Menteri Besar Johor Tarik Diri

Menteri Besar Johor Tarik Diri

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Kita sedia maklum bahawa sekarang ini adalah musim pemilihan parti UMNO Saya telah berdoa meminta petunjuk ilham dan hidayah dari Allah SWT Saya juga telah berusaha mendapatkan pandangan pelbagai piha...
Patutlah Dia Menang Belanja Team Besar Ajl37 Sebelum Menang Alif Satar Dipuji Netizen

Patutlah Dia Menang Belanja Team Besar Ajl37 Sebelum Menang Alif Satar Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 264 hits
Kemenangan penyanyi Alif Satar bersama kumpulannya The Locos di Anugerah Juara Lagu yang ke 37 sebenarnya turut mengejutkan Alif Satar sendiri apabila rakaman video dia terkejut selepas diumumkan sebagai pemenang tular Alif Satar dan kumpul...
Nzd Usd Penurunan Harga Yang Lebih Besar Dari Bawah Tahap 0 6301

Nzd Usd Penurunan Harga Yang Lebih Besar Dari Bawah Tahap 0 6301

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 163 hits
Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang NZD USD Pasangan mata wang NZD USD meningkat sedikit pada saluran menaik dalam dagangan jangka pendek Kini ia diniagakan pada tahap 0 6333 Selagi ia kekal berada di atas garis aliran menaik harga ce...
Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani