Kenapa Cuti Sementara Zahid Tiada Tempoh Masa Agong Bercuti Pun Ada Tarikh Akhirnya





Berdepan dengan kritikan serta desakan berterusan yang mahukannya berundur, Presiden UMNO, Zahid Hamidi akhirnya mengalah dengan menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Mohamad Hassan.


Berdasarkan kandungan surat berhubung perkara itu, Zahid Hamidi mengumumumkan pengundurannya buat sementara itu bertujuan menyelamatkan parti berikutan tindakan beberapa pemimpinnya meninggalkan UMNO kebelakangan ini.


Dengan menyerahkan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas-tugas Presiden buat sementara waktu, beliau berharap sebarang polemik mengenai kepimpinan dapat ditamatkan dan semua pihak dapat memberi fokus ke arah memperkukuhkan parti.


Tetapi, pengunduran Zahid Hamidi ini nampak ada sedikit pelik dan janggal kerana beliau sebenarnya hanyalah bercuti secara sementara daripada menjalankan tugas-tugas presiden saja.


Mohamad Hassan atau Tok Mat hanya menjalankan tugas-tugas presiden UMNO, sementara Zahid Hamidi masih merupakan Presiden UMNO yang sebenar tetapi tanpa kuasa buat sementara waktu.


Lebih pelik dan janggal lagi,  cuti sementara dan menyerahkan tugas kepada timbalannya yang diumumkannya itu tiada tempoh tertentu yang ditetapkannya.


Ditanya tentang perkara tersebut, Zahid Hamidi berkata, "tempoh untuk Tok Mat menjalankan tugas presiden itu ialah sehingga beliau tidak sanggup lagi memikulnya atau setelah beliau yakin saya boleh teruskan tugas dan tanggungjawab."


Apakah maknanya semua ini?


Apakah minggu depan atau bulan depan misalnya, Zahid Hamidi akan kembali semula sebagai Presiden UMNO yang berkuasa penuh sebagaimana sebelumnya?


Cuti sementara tanpa tempoh ini memang pelik dan tidak pernah dibuat orang lain, barangkali inilah pertama kali dalam dunia kerana biasanya cuti sementara memang ada tarikh akhirnya.


Yang Dipertuan Agong atau Perdana Menteri sekali pun apabila mengambil cuti sementara, ia mesti ada tempoh akhir tertentu yang ditetapkan.


Dalam hal ini, Zahid Hamidi seharusnya sedar yang diminta oleh ahli UMNO sebelum ini ialah agar beliau meletakkan jawatan atau berundur dengan mengambil cuti sehingga kes mahkamahnya selesai, bukan cuti sementara yang tiada tarikh akhirnya.


Kalau pun enggan meletakkan jawatan, mengapa Zahid Hamidi tidak mahu mengambil cuti sementara sehingga kes mahkamahnya selesai?


Bukankah itu lebih baik dan memberi ruang masa yang lebih jelas kepada timbalannya dalam menjalankan tugas?


Ternampak bahawa  Zahid Hamidi masih terlalu sayang untuk melepaskan jawatan presiden UMNO yang disandangnya berbanding tindakan jujur ke arah memulihkan kedudukan parti secara menyeluruh.


Apa yang beliau mahu tunggu lagi dengan hanya mengambil cuti sementara itu?


Adakah Zahid Hamidi mahu mencatat sejarah sebagai Presiden UMNO yang pertama dihukum bersalah oleh mahkamah dan dimasukkan ke penjara? (ShahbudinHusin 19/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/kenapa-cuti-sementara-zahid-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantik Najib Jadi Ketua Pembangkang Sementara Zahid Bercuti Dari Jawatan Presiden Umno Lokman

Lantik Najib Jadi Ketua Pembangkang Sementara Zahid Bercuti Dari Jawatan Presiden Umno Lokman

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 422 hits
Lantik Najib jadi ketua pembangkang sementara Zahid bercuti dari jawatan Presiden UMNO LokmanPresiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan akan mengambil alih tugas tugasnya berkuatkuasa serta mer...
Kepimpinan Umno Akan Bincang Apa Seterusnya Selepas Zahid Bercuti

Kepimpinan Umno Akan Bincang Apa Seterusnya Selepas Zahid Bercuti

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 362 hits
MALAYSIAKINI Majlis Tertinggi Umno akan bertemu esok untuk membincangkan perkara perkara yang timbul selepas Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk bercuti dari jawatan presiden parti demikian menurut Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki Kami...
Zahid Tidak Bercuti Tidak Letak Jawatan

Zahid Tidak Bercuti Tidak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 327 hits
Sekadar menyerahkan tugas President kepada Timbalan President atas kepercayaan di satu majlis dialog Boleh membawa maksud bila masa boleh diambil balik dengan sekadar ISTIHAR sudah tidak percaya Bukan di Mesyuarat Majlis Tertinggi atau Majl...
Kemelut Dalam Parti Ini Hanya Sementara Ahmad Zahid

Kemelut Dalam Parti Ini Hanya Sementara Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 256 hits
14 Disember 2018 11 07 PM KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kepada ahli ahli partinya supaya tidak panik susulan tindakan beberapa ahli Parlimen dan pem
Hamzah Zainudin 10 Hari Tempoh Untuk Zahid Letak Jawatan

Hamzah Zainudin 10 Hari Tempoh Untuk Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 454 hits
KUALA LUMPUR Enam Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti hari ini mendesak Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dengan kadar segera Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mewakili mereka berkata Ahmad Z...
Cuti Bersalin Kerajaan Kerajaan Beri 360 Hari Bercuti

Cuti Bersalin Kerajaan Kerajaan Beri 360 Hari Bercuti

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 689 hits
Cuti Bersalin Kerajaan Kerajaan Beri 360 Hari Bercuti Mellaui Pekeliling Jabatan Perkhdimatan Awam JPA Inilah faedah dan kebaikan kerja kerajaan Kerajaan malaysia amat utamakan golongan wanita untuk mendapat keselesaan sewaktu bersalin sehi...
Tarikh Cuti Umum Untuk Tahun 2019 Dan Tarikh Cuti Sekolah Malaysia

Tarikh Cuti Umum Untuk Tahun 2019 Dan Tarikh Cuti Sekolah Malaysia

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1709 hits
Tarikh Cuti Umum Untuk Tahun 2019 Dan Tarikh Cuti Sekolah Malaysia Salam semua lagi 7 hari sebelum melangkah tahun baru seperti biasa semua orang nak tahu tarikh cuti umum bagi tahun 2019 dan juga tarikh cuti sekolah untuk tahun depan Masin...
Mahkamah Beri Masa Dua Bulan Kepada Musa

Mahkamah Beri Masa Dua Bulan Kepada Musa

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini memberi tempoh dua bulan kepada pihak pembelaan yang mewakili bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk membuat permohonan memindahkan kes rasuah berhubung kontrak konsesi balak berjumla...
Razer Softminer Diperkenalkan Untuk Membolehkan Pengguna Melombong Mata Ganjaran Razer Pada Masa Lapang

Razer Softminer Diperkenalkan Untuk Membolehkan Pengguna Melombong Mata Ganjaran Razer Pada Masa Lapang

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 247 hits
Razer dan kriptowang bukanlah dua entiti yang asing Razer pernah memperkenalkan matawang digital melalui Z Coin sebelum ini dan Razer menggunakannya sebagai sebuah sistem mata yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai jenis ganjaran Terki...
Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Mcmc Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di Tiktok Fahmi

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Menjelang 10 Zulhijjah

Perempuan Pendek Itu Comel

Kampung Warna Warni Perlis

Rezeki Lepas Hujan Di Dahan Mati Sehingga Menjadi Resipi Masak Lemak Kulat Sisir

Reform Roadmap Welcome But Key Appointments Process Remains Unclear

Pico Laser Kl Brighter Smoother Skin With Dr Chong Clinic