Kenapa Bulu Kucing Gugur
Sumber dari google
Adakah anda sentiasa hairan apabila terjumpa banyak bulu kucing yang tersepah di merata-rate tempat? Bimbang sama ada kucing anda menghadapi masalah keguguran bulu? Secara normalnya, bulu kucing yang lama sememangnya akan gugur dan diganti dengan bulu baru.
Namun demikian, jika keguguran ini terlalu kerap dan banyak sehingga meninggalkan kesan botak pada badan kucing, ianya akan menjadi sesuatu yang perlu diambil perhatian.
Tanda-tanda Kucing Mengalami Masalah KeguguranSebelum kita menyiasat punca keguguran bulu, marilah kita memerhatikan tanda-tanda kucing anda mungkin mengalami masalah keguguran.
Antara tanda-tanda kucing mempunyai masalah keguguran bulu adalah seperti berikut:
Badan atau bulu kucing bertompokKucing kerap menjilat badanBulu kucing gugur dengan banyakKucing semakin botak
Anda juga boleh memerhatikan beberapa bahagian badan kucing yangkerap mengalami masalah keguguran bulu, seperti:
Bulu gugur di bahagian ekorBulu gugur di bahagian kepalaBulu semakin nipis di bahagian leherBulu gugur di atas mataBulu gugur di telingaBulu kucing gugur di punggungBulu kucing gugur di perutPunca Utama Bulu Kucing GugurTerdapat beberapa pelbagai punca bulu kucing gugur, sama ada kucing anda mengalami keguguran bulu yang banyak di sebahagian badan atau mempunyai tanda-tanda masalah keguguran bulu seperti di atas. Yang berikut adalah punca-punca yang biasanya diperhatikan:
Jangkitan fungusJangkitan ini merupakan sejenis penyakit kulit pada kucing yang akan menyebabkan kawasan jangkitan tersebut berbentuk bulat dan bulu akan gugur di kawasan tersebut. Jangkitan ini dipanggil sebagai ‘ringworm’. Ianya biasanya datang dari permukaan tanah atau pasir kucing yang kotor. Oleh itu, elakkan kucing anda daripada berguling-guling di atas permukaan tanah, dan selalu bersihkan pasir daripada badan kucing
Jangkitan parasitJika kucing anda kerap menggaru atau menjilat tubuh, salah satu kemungkinan adalah jangkitan parasit seperti kutu atau hama. Kutu kucing akan menghisap darah dan menyebabkan kegatalan di badan kucing. Kucing akan menggaru tempat tersebut berulang kali dan secara agresif sehingga menyebabkan keguguran bulu
AlahanKucing juga boleh mengalami alahan pada makanan, gigitan serangga, habuk atau ubatan yang diberi. Kesan alahan ini ialah kegatalan yang teruk pada badan kucing sehingga mereka akan menjilat badan dengan kerap. Ini akan menyebabkan bulu kucing gugur dengan banyak dan badan mereka akan bertompok
Kucing stres atau tertekanKucing yang mengalami tekanan atau stres biasanya akan menjilat badan mereka dengan lebih lama sehingga menyebabkan keguguran bulu yang banyak
Kesimpulannya, jika kucing anda mempunyai masalah keguguran bulu yang banyak sehingga badannya bertompok atau botak, cepatlah bawanya ke klinik haiwan. Di samping itu, mencegah lebih baik daripada mengubati. Belajarlah tip-tip menjaga bulu kucing melalui artikel ini sekiranya anda ingin mengambil tahu lebih tentang perkara-perkara penting yang akan memastikan bulu kucing anda sentiasa sihat. Sumber : Sini
Cik Nor cari maklumat tentang bulu kucing Cik Nor yang banyak sangat gugur sehingga nampak kulit dia. Rupanya dia kena jangkitan fungus. Cik Nor bawak ke klinik? Tak bawak sebab fulusnya tak berapa ok. Cik Nor ada baca kat group kucing, letak minyak kelapa dara. Oleh kerana Cik Nor ni review banyak produk dan salah satunya minyak kelapa dara maka Cik Nor cuba kat kucing Cik Nor yang bermasalah tu. Tuan sendiri tak sempat nak guna, so kita suruh jerlah kucing guna.haha.
Alhamdulillah, setiap tak miss titiskan minyak kelapa dara kat tempat yang bulunya gugur, dah nampak perubahan. Kulit yang dulu agak kemerahan kian cantik dan bulu pun dah naik semula. Tak sia-sia jadi blogger ni. Produk yang tak sempat nak guna boleh guna kat kucing.haha.
Baca juga : Bila 3 Ekor Kucing Ko Beranak Serentak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2023/09/kenapa-bulu-kucing-gugur.html