Bolehkah Bertemu Kucing Kesayangan Di Syurga Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


BOLEHKAH BERTEMU KUCING KESAYANGAN DI SYURGA?| Assalamualaikum. Soalan yang sering ditanya oleh pencinta haiwan, khususnya pencinta kucing. Dapat ke kita jumpa balik kucing-kucing kita di Syurga nanti? Kucing-kucing-kucing kita akan tunggu kita ke di Syurga nanti?






Kerinduan pada kucing-kucing kesayangan yang menebal dan tidak pernah padam ini membawa kita kepada persoalan ini. Ada banyak persepsi di media sosial. 


Di sini, Cik Rose kongsikan jawapan kepada persoalan ini kepada anda. Sumber rujukan adalah daripada Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 




Soalan:
Assalamualaikum tuan Mufti, bolehkah saya bertemu semula dengan kucing peliharaan kesayangan saya yang telah meninggal dunia di akhirat nanti ?


Jawapan:


Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.


Sebagai umat Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikan kepada kesemua makhluk. Ia merangkumi berbuat baik kepada manusia sama ada orang Islam atau bukan Islam, demikian juga kita dituntut untuk berbuat baik kepada haiwan. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.
Riwayat Muslim (1955)


Hadis ini jelas dalam menyatakan kewajiban berlaku ihsan kepada setiap makhluk. Kata Syeikh Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’di : ‘’Maka termasuklah antaranya berbuat ihsan kepada kesemua kategori manusia, dan juga kepada haiwan-haiwan. Sehinggakan pada saat ingin menyembelih haiwan juga dituntut (untuk berlaku ihsan)’’. Rujuk Bahjah Qulub Al-Abrar, Al-Sa’di (1/127).


Dari sudut hukum fekah, perkataan كَتَبَ menunjukkan kepada hukum wajib. Ini seperti yang dikatakan oleh Imam Ibn Rajab al-Hanbali: ‘’Lafaz Al-Kitabah membawa hukum wajib di sisi para fuqaha dan usuliyyun, (dan pendapat ini) diperselisihkan oleh sebahagian mereka. Sesungguhnya diketahui pengunaan lafaz al-Kitabah ini di dalam al-Quran terhadap perkara yang wajib dan mesti dibuat”. Rujuk Tafsir Ibn Rajab (1/617).


Justeru apabila kita menyatakan bahawa hukum berbuat ihsan dengan haiwan adalah wajib, maka menyakiti dan berbuat kezaliman kepada haiwan-haiwan tanpa sebarang yang dibenarkan oleh syarak adalah haram hukumnya. Bahkan pengabaian dalam hal ini boleh menyebabkan seseorang itu ditempatkan ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ
Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.


Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya:
 لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ
Maksudnya: Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga dia boleh makan serangga yang berada di tanah.
Riwayat Al-Bukhari (2365)


Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, berkenaan bolehkah seseorang itu bertemu dengan haiwan peliharaannya yang disayangi di akhirat kelak, berikut kami kongsikan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa beliau berkata:
إن الله يحشر الخلق كلهم، كل دابة وطائر وإنسان، يقول للبهائم والطيركونوا ترابًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat kelak). (Iaitu) setiap haiwan, burung-burung, dan juga manusia. Lalu Allah berkata kepada haiwan-haiwan dan juga burung: ‘’Jadilah kamu tanah’’.
Lihat Tafsir Al-Thabari (24/181)


Ini menunjukkan, keadaan haiwan di akhirat kelak tidaklah sama dengan keadaan umat manusia. Dari sudut amalan mereka tidak akan dihitung pada kebaikan dan keburukannya, begitu juga mereka tidak dimasukkan ke dalam syurga-syurga Allah seperti golongan manusia yang bertakwa. Sebaliknya, kesemua haiwan akan menjadi debu tanah pada hari akhirat kelak.


Meskipun begitu, seperti yang kita ketahui bahawa para penghuni syurga dijanjikan begitu banyak kebaikan dan kenikmatan yang tidak terhitung jumlahnya. Ini disebutkan di dalam begitu banyak nas, antaranya firman Allah S.W.T:
لَهُم مَّا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ
Maksudnya: Buat mereka (para penghuni syurga) apa sahaja yang mereka mahukan dan di sisi kami ada penambahan (nikmat).
Surah Qaf (35)


Imam Ibn Jarir al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata: ‘’Bagi golongan mereka ini yang bertakwa apa sahaja yang mereka mahukan di dalam syurga. Yang mana telah disediakan kepada mereka apa sahaja yang jiwa mereka mahukan serta keindahan-keindahan buat pemandangan mereka’’. Rujuk Al-Jami’ al-Bayan, Ibn Jarir al-Thabari (22/367).
Demikian juga firman Allah S.W.T:
لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ
Maksudnya: Buat mereka (para penghuni syurga) buah-buahan di dalam syurga dan buat mereka apa sahaja yang mereka minta.
Surah Yasin (57)


Kata Imam al-Baghawi: ‘’Bagi mereka (para penghuni syurga) itu apa sahaja yang mereka cita-citakan dan juga apa sahaja yang mereka mahukan’’. Rujuk Tafsir al-Baghawi (7/22).




Kesimpulan


Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa setiap manusia itu lebih utama untuk berusaha dalam memastikan dirinya ditempatkan oleh Allah S.W.T ke dalam syurga melalui amalan soleh di dunia. Seperti yang diketahui, menjaga kebajikan haiwan-haiwan peliharaan adalah termasuk dalam amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.


Justeru, saat seseorang itu berada di syurga kelak sudah pastilah segala kehendak dan kemahuannya akan dituruti sebagai ganjaran dari Allah S.W.T buat dirinya. Inilah yang Allah S.W.T firmankan dengan kata-Nya:
وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ
Maksudnya: Di dalamnya (syurga) terdapat perkara-perkara yang menjadi syahwat (kehendak) kepada jiwa dan juga perkara-perkara yang melazatkan pemandangan mata.
Surah Al-Zukhruf (71)


Imam Al-Thabari apabila mensyarahkan ayat ini meletakkan sebuah riwayat bahawa seorang arab badwi bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
يا رسول الله إني أحبّ الإبلَ فهل في الجنة إبل فقال يا أعرابيّ إنْ يُدْخِلْكَ اللهُ الجَنَّةَ إنْ شاءَ اللهُ فَفِيها ما اشْتَهَتْ نَفْسُكَ وَلَذَّتْ عَيْنَاك
Maksudnya: ‘’Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mencintai unta. Adakah di syurga nanti ada unta ?’’ Lalu baginda berkata: ‘’Wahai arab badwi, sekiranya Allah memasukkan kamu ke dalam syurga Insha Allah, maka di dalamnya terdapat apa sahaja yang kamu kehendaki dan melazatkan pemandangan matamu”.
Rujuk Tafsir al-Thabari, Ibn Jarir (2/641)



Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.


Sumber : BOLEHKAH BERJUMPA KUCING DI SYURGA?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2023/09/bolehkah-bertemu-kucing-kesayangan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kucing Kesayangan Mati Tiada Lagi Chicco Di Sisi

Kucing Kesayangan Mati Tiada Lagi Chicco Di Sisi

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 184 hits
KUCING KESAYANGAN MATI TIADA LAGI CHICCO DI SISI Assalamualaikum Baru ada kekuatan emosi nak bercerita mengenai ketiadaan Chicco Selama ini Cik Rose dalam fasa menafikan Tak dapat menerima pemergian Chicco Bukan apa inilah pertama kali Cik ...
Lepas Tujuh Tahun Bapa Masih Tunggu Penjelasan Kematian Anak

Lepas Tujuh Tahun Bapa Masih Tunggu Penjelasan Kematian Anak

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 253 hits
Yasmin RamlanSeorang bapa terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan sejak tujuh tahun lalu demi mendapatkan keadilan terhadap kematian anak lelakinya yang berusia 11 bulan ketika itu Mohd Nazri Mohd Yusof 45 berkata anaknya Wan Naufal Afe...
Skandal Mbi Wavpay Menanti Penjelasan Amirudin

Skandal Mbi Wavpay Menanti Penjelasan Amirudin

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 274 hits
WOW lagi aku korek lagi banyak tahi aku jumpa dalam skandal MBI Wavpay Fintech ni Rupa rupanya syarikat Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd yang MBI lantik sebagai pelaksana Program Insan ni kewangan dia memang hampeh Bila aku dapat penyata kewa...
Soal Pungli Dialami Ibu Bayi Diduga Korban Malpraktik Begini Penjelasan Rsab Harapan Kita

Soal Pungli Dialami Ibu Bayi Diduga Korban Malpraktik Begini Penjelasan Rsab Harapan Kita

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 190 hits
Pasien tersebut mengaku diminta menebus obat dan alat untuk bayinya padahal sudah memakai BPJS Kesehatan
Hiburan Ramai Tanya Tak Sayang Bini Ke Abang Tesla Beri Penjelasan Isu Poligami Viral Minta Netizen Jaga Percakapan

Hiburan Ramai Tanya Tak Sayang Bini Ke Abang Tesla Beri Penjelasan Isu Poligami Viral Minta Netizen Jaga Percakapan

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 197 hits
Tular sejak hujung minggu lalu mengenai kisah pensohor media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla yang memuat naik video TikTok mengumumkan bahawa dia telah bernikah sekali lagi Memetik Oh Bulan dia menyedari ramai yang tampil mengecam ...
Hiburan Saya Tak Kenal Dia Dia Yang Datang Cari Chef Ammar Didakwa Aniaya Runner Ini Penjelasan Tuan Badan

Hiburan Saya Tak Kenal Dia Dia Yang Datang Cari Chef Ammar Didakwa Aniaya Runner Ini Penjelasan Tuan Badan

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 145 hits
Sebelum ini terdapat seorang individu yang juga merupakan pemilik syarikat perkhidmatan penghantaran meluahkan rasa kesal terhadap cef popular iaitu Chef Ammar yang didakwa telah menganiayanya hanya kerana dia menghantar tempahan restoran l...
Penjelasan Rasional Logo Malaysia Madani

Penjelasan Rasional Logo Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 172 hits
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati meraikan kepe
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran