Kenapa Bagaimana K Pop Popular
Kira-kira 30 tahun lalu, K-pop mahupun K-drama memang tidak wujud malah masyarakat dunia tidak tahu banyak mengenai industri hiburan Korea Selatan. Sebelum K-pop, kita disajikan dengan populariti filem Bollywood, Hollywood dan drama Hong Kong. Kini, segalanya telah berubah dan K-pop menjadi pilihan ramai anak muda. Sejak bila dan bagaimana industri hiburan Korea Selatan tiba-tiba mencanak naik
Istilah Hallyu Wave dan Korea WaveIstilah ini sudah lama diperkenalkan oleh media China sekitar tahun 90-an di mana mereka membincangkan peningkatan mendadak terhadap hiburan dari Korea Selatan termasuklah jenama-jenama terkenal seperti LG dan Samsung. Tanpa disedari gelaran ini menjadi sebutan peminat
Sekatan Import Hiburan Dari Jepun Ketika Krisis Kewangan 1997Korea Selatan adalah antara negara yang sangat terkesan ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997. Untuk mengelakkan pengaliran wang keluar negara, Korea Selatan mengambil langkah drastik dengan menyekat import hiburan dari Jepun seperti filem, lagu dan animasi
Untuk mengurang kebergantungan kepada bakat dari luar, Kementerian budaya Korea melancarkan banyak projek untuk mengukuhkan dan melahirkan bakat-bakat Korea sendiri. Projek tersebut diadakan di semua universiti di seluruh Korea Selatan melibat sekurang-kurangnya 300 jabatan. Strategi ini ternyata berkesan seperti yang kita lihat pada hari ini
Konsep Muzik VideoSalah satu yang menjadi keunikan dan juga sebab mengapa K-pop menjadi popular adalah muzik video. Lihat saja mana-mana muzik video artis k-pop,BTS,Blackpink,TVXQ dan lain-lain, semuanya berwarna-warni. Di dalam muzik video juga disajikan rekaan studio dan pentas latar belakang menarik, gaya fesyen pakaian yang unik, kemas dan mungkin agak seksi. Malah lengkap dengan solekan yang menawan
Kejayaan K-pop secara tidak langsung turut menaikkan nama produk hiburan Korea yang lain seperti K-drama, K-Movie malah jenama syarikat Korea Selatan seperti LG, Samsung dan Cuckoo.
Banyak lagi sebab-sebab mengapa K-pop menjadi popular. Budak ringkaskan kepada 3 poin sahaja yang kita boleh nampak dengan jelas. Melihat kepada perkembangan dan kejayaan Korea Selatan dalam industri hiburan, mungkin artis di Malaysia boleh mencontohi mereka supaya boleh menghasilkan karya yang lebih baik dan berkualiti.
Korea Selatan bukan saja berjaya dalam hiburan malah seluruh aspek seperti pendidikan, teknologi, kewangan dan sumber manusia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbuzy.blogspot.com/2020/04/kenapa-bagaimana-k-pop-popular.html