Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen Mamat Ni Tanya



Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipersoalkan kerana tidak menegur tauke-tauke besar yang rapat dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP, khususnya kartel yang memonopoli telur dan simen.
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kekurangan telur yang menyebabkan kenaikan harga bahan makanan berkaitannya perlu ditangani segera.
Demikian juga katanya, isu kenaikan harga simen yang melonjak sehingga 30 peratus yang pastinya akan mempengaruhi kos pembinaan kediaman dan bangunan.
“Bila dah jadi kerajaan, kita perlu tahu apa keutamaan. Tidak boleh lagi bermentaliti pembangkang populis. Sekarang ini rakyat resah, kecewa dan marah dengan masalah kekurangan bekalan serta lonjakan harga telur dan simen.
“Dua isu ini bukan baru bermula semalam. Sepatutnya, siapa juga menjadi kerajaan selepas PRU-15, inilah keutamaan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
“Rakyat berdepan dengan isu kekurangan bekalan telur dan harganya melambung. Harga makanan menggunakan telur pun ikut naik. Contohnya laporan berita mengatakan harga roti canai telur naik dari RM2.50 ke RM3.20. Naik 70 sen.
“Simen pula melonjak 30 peratus iaitu daripada RM17 bagi setiap beg 50kg, sekarang naik sehingga RM22.50. Jika simen naik harga, semua bahan binaan melibatkan simen akan turut naik. Padahal, simen adalah Barangan Kawalan Berjadual yang tak sepatutnya naik,” katanya dalam kenyataan hari ini (9 Disember 2022).
Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata semua ini berlaku disebabkan monopoli dan permainan licik tauke-tauke kaya yang menguasai industri makanan dan pembinaan.
“Yang jadi mangsa ialah rakyat dan kontraktor terutama kontraktor kecil. Telur dan simen sepatutnya menjadi keutamaan Anwar Ibrahim.
“Tapi Anwar utamakan beras. Ya harga beras penting, tapi kenapa masih tak ada idea bagaimana nak selesaikan masalah harga telur dan simen yang lebih mendesak sekarang?
“Inilah bahana jika terlalu banyak wayang populis tapi sebenarnya tong kosong saja. Berlakulah salah keutamaan (wrong priorities). Tak ada kah keinginan nak tegur tauke-tauke kaya “tertentu” dalam industri berkaitan telur dan simen? Itu sepatutnya jadi keutamaan kerajaan.
“Saya setuju jangan ada monopoli tetapi letaklah keutamaan yang betul dan jangan lindungi tauke-tauke kawan-kawan PH-DAP daripada “teguran”. Jangan pilih bulu,” katanya lagi.
Wan Saiful juga menyindir Anwar berhubung janji untuk menurunkan harga minyak sekiranya menjadi Perdana Menteri.
“Wahai Pak Syeikh, itu belum lagi saya tanya mengenai harga minyak. Berapa kali esok yang Pak Syeikh perlukan untuk turun harga minyak?,” soalnya merujuk kepada janji dibuat Anwar pada 17 Julai lalu.
Pengerusi PH yang dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh setelah gabungannya bergabung dengan UMNO dalam ucapan pengulungan pada Kongres PKR ke-16, mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak petrol sehari selepas dia memegang tampuk kuasa.
Presiden PKR itu sedar janji Pakatan Harapan untuk menurunkan harga minyak dipermainkan rakyat kerana parti itu tidak menepatinya semasa mentadbir negara selama 22 bulan - AgendaDaily

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/kenapa-anwar-tak-tegur-tauke-telur-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tegur Syed Mokhtar Bernas Pesawah Akan Terima Bayaran Rm60j

Anwar Tegur Syed Mokhtar Bernas Pesawah Akan Terima Bayaran Rm60j

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 160 hits
Ng Xiang YiPerdana Menteri Anwar Ibrahim melaksanakan gesaan yang pernah disuarakannya enam bulan lalu iaitu agar Padiberas Nasional Bhd berkongsi keuntungan dengan pesawah miskin di negara ini Dalam sidang media hari ini Anwar berkata dia ...
Anwar Diangkat Pm 10 Ustaz Kazim Tegur Pemimpin Dan Rakyat

Anwar Diangkat Pm 10 Ustaz Kazim Tegur Pemimpin Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 168 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Anwar Hanya Tong Kosong Isu Telur Pun Tak Dapat Selesai Wan Saiful

Anwar Hanya Tong Kosong Isu Telur Pun Tak Dapat Selesai Wan Saiful

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 143 hits
agendaily com16 12 2022Macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak tadbir negara jika isu telur ayam pun tak dapat diatasi Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya hanya tong kosong walaupun setelah dilantik sebagai Perd...
Cuba Tanya Rapiji Dia Tahu Tak Drama Comelot Anwar Zahid Sebelum Sebelum Pru

Cuba Tanya Rapiji Dia Tahu Tak Drama Comelot Anwar Zahid Sebelum Sebelum Pru

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 146 hits
Anthony loke mungkin lebih tahu sebab ITU DAP sopan sangat semasa kempen selepas menang dan hingga ke hari ini Hari ini balaci pecacai pemimpin PH sedang ubah tiang goll meluruskan lidah stas perlantikan Zahid sebagai TPM dan Anwar pegang M...
Harga Telur Anwar Berjanji Mat Sabu Mungkiri Kenapa

Harga Telur Anwar Berjanji Mat Sabu Mungkiri Kenapa

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 289 hits
SHAH ALAM Harga telur ayam terus menjadi tanda tanya apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu masih mengunci mulut meskipun perkara itu telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin Anwar s...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan