Kenapa Anda Ingin Membeli Mesin Metal Detector
Tidak dapat nafikan bila kita melihat rakan sahabat kita geng MD Metal Detector @ Mesin Pengesan logam berkongsi di facebook hasil carian mencari logam, syiling lama, emas dan sebagainya dengan hasil yang lumayan timbul pula rasa keinginan kita mahu berMD atau turut sama berMD, namun keinginan sahaja ingin memilik mesin MD tidak mencukupi. Jika kita tidak mempunyai minat yang tinggi dan tidak mempunyai masa sepenuhnya bagi menjayakan hobi MD ini.
Pertama jika anda berminat ingin membeli mesin MD belilah yang berjenama jangan beli buatan daripada negara China. Kerana mesin daripada negara China bukan sahaja tidak boleh dipakai lebih hebat tidak dapat mengesan logam. Justeru belilah mesin MD yang berjenama tidak dinafikan mesin tersebut murah tapi apalah makna murah jika tidak memberi manfaat.
Penting faktor lain perlu juga anda fikirkan terlebih dahulu sebelum anda ingin memiliki mesin pengesan logam MD atau teringin membeli mesin MD ini.
1. Kewangan anda sendiri mesin MD yang baik dan berjenama anggaran harga RM 1k dan keatas hingga kepada berpuluh K. Kalau kurang modal kumpulah dahulu jangan bazirkan wang anda memilik mesin MD yang tidak sempurna.
2. Sahabat - Fikirkan sama, ada tidak sahabat anda di kawasan setempat yang meminat hobi ini? Jika anda bersendirian alamat mesin MD ini akan bersawang sahaja.
3. Port @ tempat - Pastikan juga kawasan anda ada port untuk BerMD. Kalau rajin anda boleh sahaja join group MD. Kalau tiada port alamat mesin MD tinggal MD sahaja.
4. Minat - Minat yang mendalam dan mempunyai masa amat perlu bagi menjayakan hobi MD ini. Jika minat hanya suam-suam kuku dan kurang masa banyak perkara lain yang perlu dilaksanakan maka akan terabai juga hobi MD ini.
5. Kesihatan - Jika anda sihat tiada penyakit bolehlah menjayakan hobi ini. Kalau anda kurang sihat bagaimana nak join geng MD ini? Terkadang mereka BerMD di hutan, ditepi pantai sehingga larut malam. Jika kesihatan tidak mengizinkan pasti hobi ini tidak akan kemana.
Akhir kata apalah makna mesin MD dengan harga RM2-3K anda beli kalau sekadar bersangkut didinding rumah jika tidak dimanfaatkan? Catatan ini diatas pengalaman penulis sendiri yang tidak mempunyai masa untuk BerMD dan lain-lain faktor menyebabkan mesin MD ini terus bersawang sahaja dirumah.Wassalam, Wa'allahhualam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/01/kenapa-anda-ingin-membeli-mesin-metal.html