Kenapa Ada Tahun Lompat Apa Maksudnya Sejak Bila Ia Bermula


Tahun ini, kita sekali lagi bertemu dengan 29 Februari setelah kali terakhir pada 2016. Dikenali sebagai tahun lompat, ia datang setiap empat tahun dengan jumlah 29 hari dalam bulan Februari.
Sejak bila bermula? Tahun lompat yang pertama dipercayai berlaku pada tahun 45 BC. Ia dimulakan Julius Caesar ketika masyarakat Rom terdahulu menggunakan sistem kalendar 355 hari.
Dalam sistem itu, mereka menambah satu bulan yang mempunyai 22 atau 23 hari setiap dua tahun bagi memastikan perayaan jatuh pada musim yang sama setiap tahun.
Bagi memudahkan pengiraan, Julius bersama pakar astronominya, Sosigenes mencipta kalendar 365 hari dan menambah satu hari dalam bulan Februari pada tahun keempat.
Kenapa perlu ada tahun lompat?
Hari-hari lompat ini diwujudkan untuk memastikan kalendar Gregori yang kita gunakan kini selari dengan pergerakan bumi mengelilingi matahari.
Bumi mengambil masa selama 365.242189 hari atau 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 45 saat untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari. Ia dipanggil tahun tropika dan bermula pada ekuinoks bulan Mac, detik matahari berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa.
Dalam peristiwa itu, matahari akan berada betul-betul di garisan Khatulistiwa untuk tempoh 24 jam.
Pada hari itu, tempoh masa siang dan malam akan sama panjang iaitu 12 jam bagi seluruh dunia (Planetarium Negara, n.d.)
Namun, kalendar Gregori hanya mempunyai 365 hari setahun. Jika kita tidak menambah satu hari lompat pada 29 Februari hampir setiap empat tahun, kalendar setiap tahun akan bermula 6 jam lebih awal sebelum bumi menghabiskan satu pusingan lengkap mengelilingi matahari.
Kesannya, perhitungan masa kita akan berubah dari tahun tropika dan menjadi tidak selari dengan musim-musim sepanjang tahun. Dengan sisihan kira-kira 6 jam setahun, musim-musim akan beralih kira-kira 24 hari kalendar dalam tempoh 100 tahun.
Sekiranya ini berlaku, penduduk di Hemisfera Utara akan menyambut hari Krismas di pertengahan musim panas dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.
Justeru, hari lompat ini diwujudkan untuk memberi bumi masa tambahan diperlukannya untuk melengkapkan satu pusingan lengkap mengelilingi matahari.
Sumber: Time and Date
The post Kenapa Ada Tahun Lompat, Apa Maksudnya & Sejak Bila Ia Bermula? appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/tahun-lompat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenal Sejak Umur 17 Tahun Zul Ariffin Hanya Sempat Tatap Pusara Ashraf Sinclair

Kenal Sejak Umur 17 Tahun Zul Ariffin Hanya Sempat Tatap Pusara Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 722 hits
Pelakon popular Zul Ariffin mengambil kesempatan bagi memberi penghormatan terakhir buat rakan baiknya Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung Menerusi Instastory miliknya pelakon yang membintangi ...
Cukai Taksiran Mdkl Kekal Sejak 33 Tahun

Cukai Taksiran Mdkl Kekal Sejak 33 Tahun

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 434 hits
BANTING 25 FEB Kadar cukai taksiran Majlis Daerah Kuala Langat kekal sejak 33 tahun lalu dan tidak pernah dinilai bermula 1987 kata yang dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata setiap pihak berkuasa tempatan perlu membuat penilaian semula ...
Harga Emas Pelaburan Rm231 G Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu

Harga Emas Pelaburan Rm231 G Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 401 hits
Harga Emas Pelaburan RM231 g Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu Harga emas pelaburan dah mencecah harga tertinggi sejak 7 tahun lalu Ini disebabkan oleh kebimbangan global terutamanya mengenai kesan kes jangkitan coronavirus COVID 19 ke ...
Musim Anggur Di Lembah Bertam Bagi Tahun 2020 Bermula

Musim Anggur Di Lembah Bertam Bagi Tahun 2020 Bermula

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 557 hits
Semalam saya singgah di Kebun Anggur di Lembah Bertam Buah anggurnya kini telah masak dan boleh mula dituai Jadi kebun anggur ini dibuka untuk kunjungan anda semua Apa yang anda boleh buat di kebun anggur ini Anda boleh masuk secara percuma...
Kejadian Berlaku Tahun Lompat

Kejadian Berlaku Tahun Lompat

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 384 hits
Sambungan dari 29 Februari 2020 empat tahun sekali akan merasa tarikh yang istimewa ini 366 hari bukan 365 hari Pagi Menuai lalang di belakang rumah Terasa dah lama tak menuai Sejam kemudian selesai menuai ke kedai dobi pula Selesai di situ...
Pasukan Suriah Bebaskan Kota Aleppo Setelah 8 Tahun Dikuasai Pemberontak

Pasukan Suriah Bebaskan Kota Aleppo Setelah 8 Tahun Dikuasai Pemberontak

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 242 hits
Pasukan Suriah secara resmi menguasai kantong terakhir pemberontak militan di Kota Aleppo dan sekitarnya setelah berperang selama hampir delapan tahun
Tukang Kebun Sodomi Bocah 10 Tahun Puluhan Kali

Tukang Kebun Sodomi Bocah 10 Tahun Puluhan Kali

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 211 hits
Perbuatan bejat pelaku itu terungkap berawal pada Sabtu sekitar pukul 04 00 Wita Korban ditelepon oleh pelaku dan menyuruhnya datang ke rumahnya Setelah itu sekitar pukul 07 00 Wita korban pulang ke rumahnya
Diupah Cucu Rp 100 Ribu Kakek 60 Tahun Ini Rela Jadi Kurir Sabu

Diupah Cucu Rp 100 Ribu Kakek 60 Tahun Ini Rela Jadi Kurir Sabu

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 200 hits
Kakek tersebut diamankan polisi ketika sedang mengedarkan narkotika jenis sabu di kawasan Mauk Tangerang dengan barang bukti 0 76 gram sabu
Pembukaan Tahun Yang Gemilang Al Fateh Meraikan Anak Yatim Dalam Majlis Meet Greet

Pembukaan Tahun Yang Gemilang Al Fateh Meraikan Anak Yatim Dalam Majlis Meet Greet

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 421 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Ramai orang kat luar sana yang mula mengenali dan menikmati kebaikan produk Al Fateh atau ada yang masih tak tahu apa itu Al Fateh Maha pun sebenar...
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Sabah Leaders Cast Doubt On Muhyiddin S 40pc Revenue Pledge Point To Inaction When He Was Pm

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Don T Be Trapped By Uncertainty Nostalgia Hamzah Tells Bersatu

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soalan Bocor Atau Strategi Inilah Cara Sebenar Lulus Temuduga Kerajaan

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

Imavov Cabar Juara Middleweight Ufc Khamzat

Beli Kasut Adidas Sl 72 Og X Liberty London Warna Better Scarlet