Kenangan Di Majlis Perkahwinan Aniyah Shafiq
Assalamualaikum WBT
MENJELANG waktu maghrib petang semalam, Sk tiga beranak selamat sampai ke rumah selepas membelah kesesakan lebuhraya dari Machap hingga ke Sedenak. Kami daftar keluar dari 101 Resort & Spa Janda Baik agak awal juga dan makan tengahari di Bentong barulah pulang ke Johor.
Syukur, dapat memenuhi jemputan Walimatulurus, sepupu Sk, anak arwah Pak Besar yang bongsu, Kak Munirah dan suaminya Abang Ismail iaitu majlis resepsi anaknda mereka Aniyah dan suaminya Shafiq yang diadakan di Mega De Villa, Kampung Sungai Danga, Perling. Jemputan makan dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam, memang sempat sangatlah nak pergi lagipun cuma 30 minit perjalanan dari rumah
Doa Untuk Pengantin Baru
Aniyah binti Ismail
& Shafirul Shafiq bin Mohd Rizal
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah)
Makanan untuk tetamu dari Abang Ngah Katering. Antara hidangannya, Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Kurma, Dalcha dan Acar Buah serta minuman Air Mata Kucing
Datang berdua aje dengan Pak Inche. Iman tak nak pergi sebab malas nak bersiap campur penat. Sk dan Pak Inche belasah aje la, pakaian pun tak bergosok
Cantik tempatnya
Selfie dengan Kak Julie, isteri Abang Abid Wheels, penyanyi lagu Dalam Kenangan. Abang Abid merupakan abang mak pengantin. Tahun lepas menghadiri Majlis Walimatulurus Kak Julie dan Abang Abid di Shah Alam, boleh baca DI SINI
Inilah mak pengantin, Dr Munirah Ismail. Mungkin ada yang kenal, kot...hihihihi. Suaminya Dr Ismail Mohamad, low profile ya mereka berdua ni. Terima kasih, Kak Munirah dan Abang Ismail atas jemputannya
Pagi ni cari nasi lemak nak makan dengan telur pindang kenduri Aniyah dan Shafiq. Oh, telur pindang tu by Angah, memang Kak Munirah order siap masuk kotak, kira satu pakej la. Siapa nak order pakej telur pindang macam ni bolehlah hubungi kakak Sk ya
Telur Pindang Puspa +60 12-713 1793
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/09/kenangan-di-majlis-perkahwinan-aniyah.html