Kenangan Cuti Raya Dalam Pkpp
Assalamualaikum, hai korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi Kenangan Cuti Raya Dalam PKPP pula dengan korang. Lega bila PM kita buat pengumuman yang kita semua dah boleh rentas negeri awal bulan Jun hari tu kan. Dah berbulan kita semua tak dapat nak rentas negeri dan berjumpa keluarga tersayang, rindu sangat. Bila PM beri kelonggaran, apa lagi terus Kak Sue ajak Abang Man balik kampung minggu kedua tu, kebetulan kena dengan jadual ambik barang Kakak di Usas. Kami balik hari biasa nak elakkan jalan sesak kalau balik hari minggu atau hari cuti. Alhamdullilah dapat juga Cuti Raya bersama keluarga walau dalam PKPP kan..
Kenangan Cuti Raya Dalam PKPPKenangan Cuti Raya Dalam PKPPKenangan Cuti Raya dalam PKPP nie akan tinggalkan kenangan dan pengalaman yang akan kita kenang seumur hidup. Bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada bulan Mac, kemudian berlarutan sampai sekarang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau nama lainya PKPP. Walaupun dah banyak kelonggaran dalam PKPP nie tapi kita harus jaga dan patuh normal baru untuk kebaikan dan keselamatan semua..
Kenangan Cuti Raya Dalam PKPPKenangan Cuti Raya Dalam PKPPKak Sue sendiri walaupun dah ada kelonggaran untuk rentas negeri masih takut-takut juga. Memang Kak Sue elak tempat yang sempit dan sesak. Kami balik pun malam dan berhenti solat di Petronas dan bawa telekung dan sejadah sendiri. Yang pasti tak ramai orang dan surau pun bersih. Siap ada bau Dettol lagi, agaknya baru buat sanitize kut kat situ. Rasa selamat sikit kan, kalau tak risau nak pergi atau singgah mana-mana tempat.
Kali nie Cuti Raya pun tak kemana-mana, baik di kampung Abang Man atau kampung Kak Sue. Kebetulan Kak Sue pula tengah habiskan puasa enam lepas habis ganti puasa Ramadhan jadi memang tak kuasa nak keluar kemana-mana. Kalau keluar pun ke pekan Langkap nak cari bahan masak atau makanan. Kampung Abang Man sunyi sikit sebab kami aja yang ada, Kak Jam tak dapat balik, Abang Mas dan Acik Nurul masing-masing kat rumah depa. Bila waktu makan tu baru kumpul ramai-ramai, meriah lah juga. Tapi kan kali nie kebanyakan masa Kak Sue kat kampung Abang Man tidur, tidur dan tidur lagi.. hehehe..
Kenangan Cuti Raya Dalam PKPPKenangan Cuti Raya Dalam PKPPLain pula dengan kampung Kak Sue, kami berkumpul adik beradik. Macam sesetengah korang yang dah tau, Kak Sue memang ramai adik beradik, cuma tahun nie kurang seorang sebab adik Kak Sue tak dapat balik. Aktiviti kami, masak, makan, berborak dan kumpul ramai-ramai adik beradik. Seronok sangat, rasa penuh jadual setiap hari walau tak kemana pun. Nak keluar macam selalu, rasa malas pula dan peluang yang ada nie Kak Sue lebih seronok luangkan masa dengan Abah dan adik beradik aja di rumah. Cuma kali nie kampung Kak Sue agak meriah sebab tengah musim durian
Kebetulan rumah Mak di kampung dekat dengan pasar memang awal pagi dah sibuk dan meriah jalan raya depan rumah. Kereta pun bersusun depan rumah kalau nak beli ikan memang kena awal sebab memang ramai gila orang. Agaknya ada yang balik kampung macam Kak Sue atau orang luar yang datang bercuti nak makan durian Batu Kurau kut. Hari minggu jalan masuk atau keluar dari Batu Kurau memang sesak sikit. Memang meriah sangat, tu belum masuk ke kampung-kampung lagi. Sana sini ada orang jual durian tepi jalan, tinggal pilih aja nak singgah atau beli gerai mana..
Kenangan Cuti Raya Dalam PKPPKenangan Cuti Raya Dalam PKPPOkay lah, setakat nie dulu cerita kenangan Cuti Raya dalam PKPP Kak Sue sekeluarga. Walaupun beraya dalam suasana baru Kak Sue rasa lega dapat juga berjumpa dengan Abah dan adik beradik. Harap ujian yang melanda seluruh dunia nie akan kembali macam biasa. Banyak pengajaran dan hikmah dalam hidup kita kan. Semoga kita terus amalkan kebersihan, jaga jarak dan jaga kebersihan. Kita Jaga Kita dan Kita Pasti Menang.. papai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2020/06/kenangan-cuti-raya-dalam-pkpp.html