Kenangan Banjir Terburuk Kami 2022


Tarikh 27 Februari 2022 meninggalkan kenangan besar kepada kami sekeluarga apabila rumah ma dan abah di Kg Bukit Tok Bat Batu 24 Kuala Berang dinaiki air sehingga mencecah ke paras dada dan menghanyutkan hampir keseluruhan perabot rumah sekaligus merosakkan kebanyakan peralatan elektrik bersaiz besar


Banjir Terburuk Sepanjang Hidup

Berbeza dengan banjir sebelum ini yang sering kami lalui, banjir kali ini merupakan yang terburuk sepanjang hidup saya dan keluarga. Nasib baik saya berkesempatan pulang ke rumah ma dan abah untuk membantu mana yang terdaya sebelum rumah dinaiki air. Jadi saya berpeluang untuk menjaga keselamatan dan memerhatikan mereka ketika banjir melanda rumah.




Sebenarnya rumah abah yang telah kami huni selama 23 tahun ini adalah rumah yang dibina di kawasan kampung setelah keluar daripada rumah sewa di quarters TNB. Sepanjang menetap di rumah ini, beberapa siri banjir telah selamat kami lalui dengan kemuncak pada tahun 2004 apabila air pada saat itu naik sehingga ke paras pinggang.


Waktu itu, abah tiada pilihan lain selain membuka atap siling rumah untuk lari berlindung apabila air makin naik dan memenuhi ruang bawah rumah. Sehinggalah diselamatkan oleh staf TNB pada ketika itu lalu ma abah menumpang teduh di rumah jiran tetangga (saya tiada di rumah kerana menyambung pelajaran di matrikulasi).




Siri banjir lainnya pula hanya melibatkan air naik sehingga paras buku lali atau ada juga sehingga paras betis. Tiada banjir besar dan kebiasaannya kami bersedia untuk berhadapan banjir pada penghujung tahun seawal bulan Oktober sehingga Disember. Itu adalah rutin tahunan memandangkan lokasi rumah abah terletak di tanah rendah dan berdekatan dengan sungai.


Sehinggalah banjir yang terbaharu ini, kami bingung berdepan banjir saat memasuki bulan Valentine tanpa persediaan dan jangkaan. Malahan ketika banjir, kakak ipar daripada KL juga ada di rumah ingin menghabiskan cuti sekolah bersama anak kesayangan. Nah, kesian beliau. Terpaksa pula berdepan banjir saat mengharapkan saya membawanya hiking bersama-sama dengan segala kelengkapan telah dibawa bersama. Maaf ya kakjangku sayang :P


Kronologi Banjir

Hujan sudah mulai turun tanpa henti bermula minggu itu. Kemuncaknya banjir pada 27hb Februari setelah hujan berterusan selama beberapa hari. Kami sempat menggedik sehari sebelum banjir sambil berjalan lenggang kangkung membawa payung menuju ke lokasi yang dinaiki air. Fikirnya rumah kami mungkin terselamat dalam hujan kali ini tapi.. 


Keesokkan hari, hujan masih lebat namun mulai berhenti saat tengahari tiba. Meski hujan tidak lagi membasahi bumi namun paras air makin meningkat dan mulai memasuki perkarangan rumah ma dan abah pada tengahari itu. Kami masih positif, tentunya baik-baik aja kerana kami di bulan Februari, tentu tidak akan banjir.




Jam 3 petang tepat, air mulai menjengah ke dalam rumah tanpa dijemput namun kami tidak kalut kerana telah bersedia. Semua peralatan elektrik seperti freezer, mesin basuh dan peti ais sudah kami angkat ke kedudukan lebih tinggi. Hasil gembleng tenaga bersama, tiada lagi barangan berharga berada di paras lantai sebaliknya semua berada di atas. Lalu kami teruskan aktiviti dalam keadaan tenang dan santai.


Nah, jam 4 petang kami mulai gusar saat melihat aliran air berpusing laju tanpa tanda mahu bertenang dan paras air makin meninggi. Lalu kami mula perlahan-lahan mengangkut barangan yang dirasakan perlu naik ke bilik atas. Bilik atas adalah bilik yang baru abah tambah sejak peristiwa banjir besar 2004. Memikirkan kami perlukan tempat berlindung saat banjir melanda, jadi abah buat sebuah bilik di luar rumah yang berada di tingkat atas stor rumah.




Bilik ini jadi tempat kami berlindung saat banjir melanda juga bilik untuk menyimpan barangan berharga. Namun barangan elektrik seperti peti ais yang bersaiz besar tentulah mustahil untuk kami angkut ke dalam bilik tingkat atas. Waktu terus berputar dan paras air juga makin bertambah. Jam 6 petang ketinggian air berada pada paras pinggang kami kini.


Usaha mengangkut barangan dihentikan apabila maghrib tiba dengan ruang bilik yang semakin sempit. Seramai 10 orang bersesak di dalam satu bilik namun kami masih yakin bahawa air akan surut. Namun panggilan telefon daripada rakan-rakan dan saudara-mara yang mendesak agar kami keluar daripada lokasi banjir seakan-akan memberi peringatan bahawa air akan terus meningkat naik.


Ditolak Arus Kuat AirJam 8 malam, air hampir mencecah suis lampu di tingkat bawah stor. Jadi seseorang perlu masuk ke dalam rumah untuk menutup suis utama pada kotak fius bagi mengelakkan renjatan elektrik berlaku. Saya dan suami menawarkan diri melakukan tugasan ini. Namun, saat saya berpijak ke lantai sebaik turun daripada tangga, air sudah di paras leher meski saya dalam keadaan berjinjing.


Saya masih positif, saya perlu masuk bersama suami kerana risau keselamatannya jika masuk seorang diri ke dalam rumah. Saat saya memulakan langkah, saya ditolak kuat oleh arus air yang menghentam badan menyebabkan saya menuju ke arah bertentangan daripada suami. Nasib saya baik kerana saya pandai berenang walau  pun tidak mahir dan berpaut pada dinding stor. Suami segera memaut saya supaya tidak hanyut dibawa arus lagi.





Penyudahnya, hanya suami yang berjaya masuk ke dalam rumah untuk menutup fius utama. Jam 10 malam, kami dah mula risau bila dengar cerita satu kampung telah dinaiki air dan tiada lagi yang berada di rumah kecuali kami. Ramai yang dah berpindah ke pusat pemindahan meninggalkan rumah dinaiki air. Nasib baik, adik saya yang berada di luar lokasi banjir mendapatkan bantuan bot penyelamat untuk datang mengambil kami di bilik tingkat atas.


Kami akhirnya diselamatkan anggota penyelamat sukarelawan pada jam11.45 malam dan lokasi kami berlindung adalah di rumah adik aka makmok aka Siti Nur Suaidah. Terima kasih kepada adik tersayang untuk bantuan dan susah payah. Sehingga akhirnya kami selamat mendapatkan tempat berlindung serta kembali ke rumah setelah air mulai surut pada hari kedua.




Kenangan banjir terburuk dalam hidup ini akan kekal dalam lipatan memori saya dan diharapkan agar tiada lagi kejadian banjir besar berlaku di rumah kami pada masa mendatang. Semoga ini menjadi kenangan banjir terburuk dan terakhir kami. Aaamiin. Terima kasih juga diucapkan pada semua yang membantu, memberi sumbangan dan bertanya khabar sepanjang kejadian ini berlaku. I love u all!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/03/kenan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenangan Prn Johor 2022

Kenangan Prn Johor 2022

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 221 hits
Kenangan PRN Johor 2022 Cerita Ummi mengundi untuk kali ke 4 kot sepanjang hidup Setakat ni memang mengundi di SK Tiram Duku Kali ni The post appeared first on
Nisfu Sya Ban 1443h 2022

Nisfu Sya Ban 1443h 2022

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 157 hits
Malam Nisfu Sya ban 2022 jatuh pada waktu maghrib 17 Mac 2022 bersamaan dengan 15 Sya ban 1443H Bulan Sya ban adalah salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya dimana kita dianjurkan untuk melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban b...
Sekolah Khusus 2022

Sekolah Khusus 2022

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 225 hits
SEKOLAH KHUSUS 2022 Kepada ibubapa yang ingin mohon sekolah khusus kepada anak anak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk sesi 2022 telah dibuka Berikut ...
Mohon Bantuan Rm480 Suri Rumah Tahun 2022

Mohon Bantuan Rm480 Suri Rumah Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 321 hits
Permohonan bantuan untuk Wanita Suri Rumah terima insentif RM480 Setahun Golongan Wanita suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i Suri i Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri ...
Analisis Indikator Awan Ichimoku Pada Emas Untuk 10 Mac 2022

Analisis Indikator Awan Ichimoku Pada Emas Untuk 10 Mac 2022

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 191 hits
Harga emas didagangkan sekitar AS 1 995 setelah membuat paras rendah awal hari ini pada AS 1 970 Seperti yang kami nyatakan dalam kami sebelum ini harga Emas berpotensi untuk menarik semula walaupun ke arah kawasan AS 1 950 di mana kami men...
Harga Lesen Memandu Murah 2022 Lesen Kereta Dan Motor

Harga Lesen Memandu Murah 2022 Lesen Kereta Dan Motor

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 895 hits
Senarai Harga Lesen Memandu Murah 2022 Lesen Kereta dan MotorHarga lesen Kereta dan Harga lesen Motor Yang murah dan Terkini dengan institut pusat latihan sekolah memandu serta jabatan pengangkutan jalan jpj samada auto atau manualBagi memb...
Rph 2022 Subjek Sains Tingkatan 4

Rph 2022 Subjek Sains Tingkatan 4

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 687 hits
Masih ramai nampaknya guru yang sedang mencari RPH 2022 Subjek Sains Tingkatan 4 ini Alhamdulillah nampaknya kali ini pencarian anda akan tamat disini selepas anda melihat dan membaca penerangan padat mengenai RPH ini Macam Mana Nak Downloa...
Langkawi 2022 Langkawi Cable Car

Langkawi 2022 Langkawi Cable Car

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 338 hits
Assalamulaikum semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dijauhi segala penyakit dan dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat Amin Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dan ucapkan Alhamdulillah setiap hari Syukur Alh...
Badminton All England 2022 Jadual Keputusan

Badminton All England 2022 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 340 hits
Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2022 akan bermula dari 16 hingga 20 Mac ini Yonex All England Open Badminton Championships 2022Tarikh 16 20 Mac 2022Kategori BWF World Tour Super 1000Venue Utilita Arena Birmingham EnglandPemain M...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu