Kenali Pilot Kapten Bhavye Suneja Pesawat Lion Air Yang Minta Untuk Berpatah Balik
Kenali Pilot Kapten Bhavye Suneja Pesawat Lion Air Yang Minta Untuk Berpatah Balik
Berita pesawat Lion Air dengan nombor penerbangan JT610 yang terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia telah membuatkan seluruh rakyat Indonesia dan Malaysia bersedih. Segala maklumat tentang jatuhnya pesawat ini telah menjadi tular di media sosial
Pesawat ini telah dikemudi oleh Kapten Bhavye Suneja iaitu juruterbang yang sudah memiliki lebih dari 6,000 jam penerbangan. Dipetik dari laporan MSN.com.id, juruterbang ini dikhabarkan sempat meminta pesawat untuk kembali ke Lapangan Terbang sebelum terputus hubungan
Berasal Dari India
Dari namanya sudah diketahui juruterbang ini bukanlah orang Indonesia. Beliau sememangnya berasal dari New Delhi, India. Bhavye diketahui telah bekerja sebagai juruterbang untuk pesawat Lion Air selama lebih 7 tahun sejak Mac 2011
Sebelum bekerja di Lion Air, Bhavye mengikuti pengajian penerbangan di Emirates. Di sana Bhavye menjadi pelatih juruterbang Boeing 737NG selama empat bulan, sejak September hingga Desember 2010
Bhavye meneruskan pengajiannya di Ahlcon Public School, India pada 1990-2005. Setelah itu dia melanjutkan pengajiannya di Bel Air International, California sejak tahun 2007 hingga 2009
Sayang Isteri
Terlihat dari gambar-gambar yang sering dimuat naik di Facebook, Bhavye adalah seorang suami yang sangat mencintai isterinya. Ada beberapa gambar mesra dengan isterinya yang bernama Garima Sethi. Pasangan ini baru menikah pada 19 Julai 2016 yang lalu
Seperti disebutkan sebelumnya, Bhavye sempat meminta pesawat yang dikemudikannya untuk berpatah balik ke lapangan terbang semula. Hal tersebut terjadi sesaat sebelum pesawat yang berisi 188 penumpang itu terputus hubungan selama lebih tiga jam. Namun sebelum sampai di lapangan terbang, ternyata pesawat tersebut sudah hilang dari radar
Sampai sekarang belum ada khabar tentang kondisi juruterbang ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mangsa yang terlibat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2018/10/kenali-pilot-kapten-bhavye-suneja.html