Kenali Akauntan Gila Berjimat Cari Makanan Pun Dalam Tong Sampah


WANITA ini bahkan mendapatkan peralatan-peralatan untuk kegunaan di rumah daripada barang buangan jiran-jiran.
SEORANG akauntan wanita sanggup mencari makanan dari tong sampah dan enggan membeli tisu tandas sebagai usaha untuk menjimatkan wang ketika tinggal di salah satu bandar termahal di dunia.

Baru-baru ini, Kate Hashimoto dari New York, Amerika Syarikat telah mendedahkan dalam rancangan TLC Extreme Cheapskates mengenai cara hidupnya yang mampu bertahan dengan perbelanjaan bulanan cuma AS$200 (RM829).


Hashimoto memberitahu, dia telah tinggal di kota yang mempunyai kos hidup tinggi itu selama tiga tahun, tetapi mempunyai cara tersendiri untuk berjimat.

“Sekiranya saya perlu mengeluarkan wang, saya cuba untuk mengelak. Saya akan cuba membayar seminimum mungkin,” katanya sewaktu bercerita dalam rancangan tersebut.

Hashimoto memaklumkan, dia tidak pernah membeli perabot sebaliknya menggunakan perkakas rumah yang dibuang dalam tong sampah di tepi jalan berhampiran apartmen.

“Saya menghiasi rumah dengan mengambil perabot-perabot yang dibuang oleh jiran sebelum sempat lori sampah datang mengangkutnya. Tindakan berkenaan membolehkan saya jimat beberapa ribu dolar untuk membeli perabot baharu,” tegasnya.

Dia juga selesa tidur di atas katil bertilamkan lapisan span yang diambil dari jalanan dan meja makan pula menggunakan susunan buku dan majalah lama.



Akauntan bertauliah itu juga memiliki sofa di ruang tamu rumah yang terdiri daripada bingkai katil kecil dan tilam nipis.


Dia memperoleh kedua-dua barangan itu di tempat timbunan sampah di luar asrama sebuah sekolah.

HASHIMOTO menyatakan adakalanya dia mampu menemui makanan yang agak mewah seperti anggur yang masih elok di dalam tong sampah. Hashimoto turut mendedahkan, dia tidak pernah membeli pakaian baharu selama lebih 8 tahun, tidak guna pakaian dalam baharu sejak tahun 1998 serta enggan menggunakan peralatan mandian.

“Saya rasa tidak berbaloi membeli peralatan mandian. Saya juga mengikuti rapat laman web yang memberikan barangan secara percuma kepada orang ramai,” ujarnya.

Hashimoto mengatakan melalui laman web seperti itu, dia dapat mengumpulkan banyak barang keperluan dengan percuma termasuk ubat gigi, deodoran, pisau cukur dan produk kesihatan.


Saya peminat tegar kepada barang sampel diberi percuma. Mungkin saya orang paling ekstrem,” ujarnya lagi.

Lebih pelik, dia juga enggan membeli tisu tandas atau tisu muka kerana tidak mahu menghabiskan wang terhadap sesuatu barang yang akan dibuang.

Sebagai gantinya, Hashimoto memilih mengitar semula tisu yang telah digunakannya di tandas awam menggunakan alat pengering tangan.

Selalunya, dia masuk ke tandas awam untuk mencuci badan menggunakan sabun dan sebotol air semburan.

Dia juga menggunakan tandas awam untuk membasuh sendiri pakaian bagi menjimatkan wang sebanyak AS$3 (RM12) andai menggunakan mesin basuh di kedai dobi.

“Saya tidak mencuci pakaian di dobi. Anda harus mengeluarkan sejumlah kecil wang. Jadi, setiap kali ada pakaian kotor, saya cuci ketika mandi. Saya rasa, kali terakhir saya betul-betul cuci pakaian kira-kira tiga tahun lalu,” katanya.

Dia menggunakan lebihan sabun mandi untuk membersihkan pakaian. Paling teruk, dia juga enggan mengeluarkan wang untuk membeli makanan buat diri sendiri.

“Saya menghabiskan sekitar AS$20 (RM83) hingga AS$25 (RM104) bagi membeli makanan setiap minggu. Jumlahnya secara bulanan hanyalah AS$100 (RM415),” katanya lagi.


Justeru itu, dia sanggup menyamar sebagai gelandangan pada sebelah malam untuk menyelongkar beg sampah di luar restoran atau pasar raya di kawasan kejiranan.

“Kedai-kedai ini sering membuang banyak makanan berkualiti tinggi termasuk makanan organik dan makanan siap dimasak,” terangnya.

Katanya, dia hanya menggunakan makanan dari tong sampah yang masih berada di dalam bekas tertutup bagi mengelakkan termakan kotoran.

Hashimoto menjelaskan, langkah penjimatan drastik dilakukan membolehkannya membelanjakan hanya AS$200 (RM829) setiap bulan berbanding kos sebenar sekitar AS$1,300 (RM5,385).

SOURCE: Kosmo!

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/kenali-akauntan-gila-berjimat-cari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Sampah Berbau Berair Ibu Ini Kongsi Guna Sarang Telur Sebagai Pelapik Dalam Tong

Elak Sampah Berbau Berair Ibu Ini Kongsi Guna Sarang Telur Sebagai Pelapik Dalam Tong

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 491 hits
Sejak PKP tong sampah kat dapur cepat sangat penuh Mana taknya dari pagi sampai ke malam mama terpaksa jadi chef profesional cuba pelbagai resipi Jadi sampah pun berganda sikit daripada kebiasaannya Bukan itu je telur juga antara yang palin...
Selongkar Lori Sampah Cari Emas Rm70 000

Selongkar Lori Sampah Cari Emas Rm70 000

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 301 hits
PETALING JAYA Kalau rezeki tidak ke mana itu antara ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi dialami seorang wanita apabila berjaya menjumpai semula barang kemas bernilai RM70 000 selepas membuangnya ke dalam tong sampah
Kenali Makanan Sunnah

Kenali Makanan Sunnah

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 167 hits
Antara kemusykilan yang dikenal pasti berhubung produk makanan sunnah dipasaran hari ini ialah iklan yang mendakwa boleh merawat penyakit tertentu tanpa pembuktian saintifik termasuk dakwaan yang berlebihan tentang kebaikannya
Hiburan Ryzal Duriankimchi Pening Cari Makanan Tradisi Korea Isteri Mengidam Ikan Pari Mentah Diperap

Hiburan Ryzal Duriankimchi Pening Cari Makanan Tradisi Korea Isteri Mengidam Ikan Pari Mentah Diperap

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 242 hits
Kini pasangan selebriti media sosial iaitu Ryzal DurianKimchi dan Maryam tinggal hanya menunggu dalam 50 hari lagi untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muh...
Pemilik Lupa Beri Anjing Makan Abang Grabfood Baik Hati Tolong Kipas Makanan Dulu Bagi Sejuk

Pemilik Lupa Beri Anjing Makan Abang Grabfood Baik Hati Tolong Kipas Makanan Dulu Bagi Sejuk

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 250 hits
Satu video yang menunjukkan kemuliaan hati seorang rider GrabFood menyediakan makanan kepada anjing pelanggannya amypetsstoreAMANAH dalam menjalankan tugasan yg diberi abggrabfood kucing viral fyp tiktokmalaysia kucing dog Suspense horror p...
Hiburan Bantu Peniaga Kecil Pak Nil Buat Servis Reviu Makanan Secara Percuma Di Instagram

Hiburan Bantu Peniaga Kecil Pak Nil Buat Servis Reviu Makanan Secara Percuma Di Instagram

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 160 hits
Berniat untuk membantu peniaga kecil personaliti TV dan pengacara terkenal Datuk Haji Aznil Nawawi mengambil inisiatif untuk menggunakan akaun media sosialnya sebagai platform dalam membantu golongan ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAznil...
Sangat Berjiwa Rakyat Pengusaha Makanan Ters3ntuh Tmj Sudi Mencem4r Duli Singgah Di Gerainya

Sangat Berjiwa Rakyat Pengusaha Makanan Ters3ntuh Tmj Sudi Mencem4r Duli Singgah Di Gerainya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 243 hits
Hati siapa yang tidak tercu1t girang apabila ada kerabat diraja yang sudi menc3mar duli singgah di gerai minuman yang diusahakan Hal itu dialami oleh seorang pengusaha gerai minuman Kopi Rakyat yang terletak di Kampung Baru Majidee Johor Ba...
Daftar Makanan Yang Baik Untuk Menurunkan Kolesterol

Daftar Makanan Yang Baik Untuk Menurunkan Kolesterol

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 251 hits
Kolesterol merupakan salah satu permasalahan kesehatan yang paling sering dialami oleh banyak orang Makanan yang kita makan sangat rentan dengan yang namanya kolesterol Sebut saja aneka makanan yang proses pengolahannya dengan cara digoreng...
Makanan Tambahan Terbaik Untuk Kecergasan Badan Jus Mutyara

Makanan Tambahan Terbaik Untuk Kecergasan Badan Jus Mutyara

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 566 hits
Jus Mutyara adalah jus kesihatan yang diekstrak dari bahan tradisional makanan sunnah untuk mengekalkan tenaga sihat luar dalaman anda Khasiatnya fokus untuk membantu para wanita memberikan tenaga memperbanyakkan susu badan melancarkan peng...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat