Kenali 8 Pelakon Lelaki Hebat Yang Sedang Meningkat Naik Kini Dalam Dunia K Drama


Banyak betul pelakon lelaki berbakat dalam K-Drama kini, bahkan ramai yang dah tak sabar untuk terus menyaksikan mereka mmenghiasi pelbagai naskhah pada masa hadapan.
Lee Jae-wook
Baru sahaja memulakan karier lakonan dua tahun lepas menerusi drama “Memories of the Alhambra“, dia kemudiannya terus menambat hati penonton menerusi wataknya sebagai kekasih Lee Da-hee dalam drama “Search: WWW“. Lelaki itu kemudiannya terus membuktikan lagi bakatnya dalam pelbagai watak berlainan seperti dalam “Extraordinary You” dan juga “Do Do Sol Sol La La Sol” yang sedang ditayangkan kini.
Lee Do-hyun
Berbekalkan pengalaman membawa watak sampingan dalam pelbagai drama seperti “Prison Playbook“, “Still 17” dan “Clean With Passion for Now“, lelaki ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai menerusi lakonannya dalam “Hotel Del Luna” dengan membawa watak Gong Cheong-myeong iaitu seorang pahlawan yang bengis dan kawan yang comel. Anda boleh menonton kehebatan lakonannya sebagai pelakon utama dalam “18 Again” kini dan “Sweet Home” nanti.
Rowoon (SF9)
Meskipun memulakan karier sebagai idola dalam kumpulan SF9 pada tahun 2016, Rowoon berjaya menembusi ke dalam bidang lakonan menerusi kemunculannya dalam drama “School 2017” dan kini terus membintangi banyak drama lain. Selepas hanya membawa watak sampingan dalam “About Time” dan “Where Stars Land“, lelaki itu kemudiannya ditawarkan watak utama dalam drama remaja “Extraordinary You“. Makin tak sabar rasanya nak menantikan lelaki itu sekali lagi mencuri hati ramai ‘kakak’ di luar sana dalam drama “Senior, Don’t Put On That Lipstick” pada tahun 2021 nanti.
Jang Dong-yoon
Unik tahu kisah sebenar di sebalik punca Jang Dong-yoon mula muncul sebagai pelakon! Sebenarnya dia ditawarkan untuk menjadi pelakon selepas masuk berita dek menangkap pencuri di sebuah kedai serbaneka. Walaupun tiada latar belakang dalam lakonan, namun lelaki itu terus membuktikan bahawa dia mempunyai bakat semula jadi apabila berlakon dalam pelbagai drama seperti “School 2017“, “Mr. Sunshine“, dan banyak lagi. Namun lakonannya dalam “The Tale of Nokdu” merupakan projek yang meningkatkan imejnya sebagai pelakon berbakat. Jangan lupa untuk saksikan lelaki ini dalam drama “Search” berkonsepkan ketenteraan bersama Krystal nanti.
Byun Woo-seok
Byun Woo-seok merupakan seorang model yang melompat ke dalam bidang lakonan dan mula menimba pengalaman menerusi pelbagai watak sampingan dalam banyak drama web, “Dear My Friends” dan “Search: WWW“. Dia kemudiannya terus merebut perhatian peminat K-Drama dalam “Flower Crew: Joseon Marriage Agency” dek rupanya yang tampan. Kini, namanya semakin disebut-sebut selepas membintangi drama “Record Of Youth” bersama pelakon popular seperti Park Bo-gum dan Park So-dam. Nampak cerah masa depan Byun Woo-seok!
Kim Kyung-nam
Kim Kyung-nam memulakan karier lakonannya sebagai pelakon teater pada tahun 2012 dan memasuki dunia drama pada tahun 2017. Banyak juga drama yang disertainya, antaranya ialah “Defendant“, “Strongest Deliveryman” dan “Prison Playbook“. Pun begitu, menerusi watak sedikit besar dalam “Where Stars Land” dan “The King: Eternal Monarch“, namanya kini kian meniti di bibir penonton dan peminat K-Drama. Bakal terus menggegarkan dunia drama, nantikan lagi kehebatan lelaki ini dalam projek akan datang.
Kim Seon-ho
Dalam senarai ini, Kim Seon-ho adalah pelakon dengan pengalaman yang paling banyak sekali dek memulakan kariernya sebagai pelakon teater pada tahun 2009 lagi. Mula menceburkan diri dalam dunia drama menerusi kemunculan dalam “Good Manager“, lelaki itu terus mendapat kepercayaan untuk menggalas watak yang lebih besar dalam drama seperti “Strongest Deliveryman” dan “Two Cops“. Bakatnya yang versatil semakin terserlah apabila mampu membawa watak komedi dengan senangnya seperti dalam “Welcome to Waikiki 2“. Saksikan lagi transformasi Kim Seon-ho dalam drama “Start-Up” bersama Suzy dan Nam Joo-hyuk nanti.
Song Kang
Song Kang mula berlakon pada tahun 2017 dalam drama “The Liar and His Lover” sebagai seorang kawan yang mengalami cinta bertepuk sebelah tangan. Pun begitu, wataknya dalam “Love Alarm” yang membuatkan dia kian popular dalam kalangan peminat K-Drama kerana watak Hwang Sun-oh yang menawan. Sebab itulah, ramai yang tak sabar menantikan tayangan “Love Alarm 2” nanti dengan “Sweet Home” di Netflix.
Siapakah antara pelakon sedang meningkat naik ini yang dah berjaya menawan hati anda?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/kenali-8-pelakon-lelaki-hebat-yang-sedang-meningkat-naik-kini-dalam-dunia-k-drama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Suara Asal Watak Doraemon Meninggal Dunia

Pelakon Suara Asal Watak Doraemon Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 321 hits
Pelakon suara asal animasi bersiri popular dari Jepun Doraemon dilaporkan meninggal dunia Menurut laporan CNA Tomita Kosei yang berusia 84 tahun meninggal dunia pada 27 September selepas menderita strok Mendiang menjadi pelakon suara asal w...
Sempat Pendarahan Hebat Rachel Maryam Kini Dalam Pemulihan

Sempat Pendarahan Hebat Rachel Maryam Kini Dalam Pemulihan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 156 hits
Ketua Harian Partai Gerindra Sufmi Dasco Ahmad menyebut saat ini Rachel sedang dalam masa pemulihan Dia bilang bahwa Rachel tidak koma
Dr Zulkifli Disahkan Positif Covid 19 Kini Sedang Jalani Rawatan

Dr Zulkifli Disahkan Positif Covid 19 Kini Sedang Jalani Rawatan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 478 hits
Menerusi status Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri beliau memaklumkan sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid 19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Positif Covid 19Alhamdulillah sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adala...
Bila A Aida Berhabis Lebih Rm100k Beli Kamera Demi Drama Tampil 20 Pelakon Sado

Bila A Aida Berhabis Lebih Rm100k Beli Kamera Demi Drama Tampil 20 Pelakon Sado

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 240 hits
Demi drama Bidadari Salju yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 pada Disember nanti penerbit terkenal Datuk A Aida mendedahkan dia sanggup berhabis RM146 980 semata mata untuk membeli tiga kamera baharu bagi kegunaan penggambaran drama ...
Hiburan Kini Jual Laksam Pelakon Shima Anuar Minta Maaf Kenakan Cas Setiap Bekas Dibeli Refund Kembali Wang

Hiburan Kini Jual Laksam Pelakon Shima Anuar Minta Maaf Kenakan Cas Setiap Bekas Dibeli Refund Kembali Wang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 910 hits
Pelakon yang semakin meningkat namanya setelah membintangi filem Flat 3A Shima Anuar tampil memohon maaf kepada pelangganya kerana telah dikenakan cas untuk setiap bekas yang dibeli daripada agen laksam di negeri Johor dan Pulau Pinang Shim...
Nekad Tinggalkan Dunia Hiburan Pelakon Cantik Sana Khan Mahu Jadi Muslim Bertakwa

Nekad Tinggalkan Dunia Hiburan Pelakon Cantik Sana Khan Mahu Jadi Muslim Bertakwa

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 695 hits
Dikenali sebagai bintang Bollywood yang terkenal dengan penampilan seksi baru baru ini pelakon Sana Khan mengumumkan akan meninggalkan dunia hiburan buat selama lamanya Memetik laporan Malaysia Gazette Sana menjelaskan sebagai seorang Musli...
Hiburan Demi Drama Menampilkan 20 Pelakon Berbadan Sado Penerbit A Aida Berhabis Rm100 000 Beli Kamera Baru

Hiburan Demi Drama Menampilkan 20 Pelakon Berbadan Sado Penerbit A Aida Berhabis Rm100 000 Beli Kamera Baru

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 597 hits
Penerbit serta pengarah terkenal Datuk A Aida dilaporkan telah berhabis sebanyak RM146 980 hanya untuk membeli tiga kamera baru bagi kegunaan drama terbarunya yang berjudul Bidadari Salju Menurut A Aida 50 dia juga telah melabur banyak wang...
Wow Hebat Gadis 20 Tahun Pilih Naik Cameron Highlands Tebar Roti Canai Sambal Kuah Kari Semua Saya Sediakan

Wow Hebat Gadis 20 Tahun Pilih Naik Cameron Highlands Tebar Roti Canai Sambal Kuah Kari Semua Saya Sediakan

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 608 hits
Rakan sambung belajar ke menara gading gadis 20 tahun pilih naik Cameron Highlands tebar roti canai Sambal kuah kari semua saya sediakan Aksi Fika menebar roti canai tular di laman Twitter sejak Sabtu AKSI seorang gadis berusia 20 tahun yan...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc

Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina