Kenali 5 Tanda Kita Kurang Minum Air Masak






Sejak kebelakang ini cuaca panas betul, terik membahang walaupun selepas hujan. Kalau dulu, sis tak berapa kuat sangat minum air masak. Tapi, sekarang sehari boleh habis dua botol mineral yang 1500ml tu!


Masa kecil dulu, emak selalu ingatkan supaya banyak minum air masak. Jangan lebihkan minum air yang manis-manis ataupun berkarbonat, sedangkan yang tu lah sis suka! 
Hahaha…. Padahal minum air masak tu banyak manfaatnya. Bukan sekadar penghilang dahaga semata-mata. Fungsi air masak dalam badan sangat penting dan kalau tak cukup boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Macam-macam bahaya yang menanti. Paling sis takut, terkena penyakit buah pinggang dan gangguan fungsi otak. Sis pun perasan, kalau sis kurang minum air masak, badan akan rasa lain macam disebabkan tubuh mula mengalami dehidrasi. 
Ada beberapa tanda yang sis notis…




Antaranya: -

1. Bibir Kering Dan Pecah-Pecah
Tanda yang paling jelas dilihat kat sis kalau kurang minum air masak adalah bibir ini nampak kering dan pecah-pecah. Ada masanya sampai luka dan berdarah.

Kalau kita minum air masak yang secukupnya, secara tak langsung dapat menghilangkan racun dari dalam badan sekaligus membantu menjaga bibir kita supaya tetap lembut.Untuk mengekalkan kelembapan bibir, sis suka pakai pelembab bibir atau lip balm.




2. Kulit Menjadi Kering
Cuba tengok kulit muka, lengan dan kaki korang. Garu-garu sikit hahah…. Nampak kering dan bersisik tak?

Semakin kurang kita minum air, semakin sedikit pengeluaran peluh di badan kita. Keadaan ini menyebabkan tubuh kita mengalami fungsi dalam membersihkan lebihan kotoran dan minyak.
Kekurangan meminum air akan membuatkan kesihatan kulit tidak sihat. Kulit bukan sahaja kering, bahkan nampak kusam jer.




3. Sakit Kepala
Apa yang sis tahu, dehidrasi merupakan keadaan di mana hilangnya air dan elektrolit seperti sodium, klorida dan kalium yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan fungsinya dan bagus untuk kesihatan. Penyebab utama dehidrasi biasanya kerana kita tidak minum cukup air.

Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan kita mudah terkena sakit kepala.Ini adalah kerana menurunnya kemasukan darah dari jantung ke otak boleh menyebabkan kita sakit kepala.

Kalau rasa nak sakit kepala, memang lagi banyaklah sis minum air... hee.. heee... ternyata, tips nie berkesan tau!




3. Sembelit
Kalau kurang minum air masak, sis akan mengalami masalah sembelit. Jadi, korang yang ada masalah sembelit atau susah nak berak, dengan meminum air masak boleh membantu korang bebas daripada masalah tersebut.

Kekurangan kadar air di dalam usus akan menyebabkan proses penyerapan makanan terganggu.Keadaan akan membuatkan sistem penghadaman tidak dapat bekerja secara optimum, sehingga terjadinya masalah sembelit




4. Kulit Berkedut
Korang yang muda-muda nie, take note ya. Pengambilan air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya. Nanti belum tua lagi, kulit dan berkedut sana-sini. Hilang nak lawa!!

Kekurangan pengambilan air dalam tempoh jangka panjang juga boleh merampas sel-sel kulit kita dari nutrisi yang diperlukan untuk regenerasi kulit. Efek kekurangan air ini juga akan mempercepatkan lagi pembentukan kedutan, garis-garis halus, kulit kendur serta tanda-tanda penuaan.

Kalau korang tak nak muka cepat nampak tua, pastikan minum air masak secukupnya okay!!




5. Cepat Penat
Kurang minum air masak juga boleh menyebabkan kita jadi cepat penat dan mudah mengantuk. Ketika kita kekurangan cairan dalam tubuh (dehidrasi), darah kita akan menjadi lebih pekat sehingga jantung perlu bekerja lebih kuat untuk menjaga oksigen dan nutrisi supaya dapat bergerak ke seluruh sistem peredaran darah.

Kekurangan darah yang terhidrasi boleh menyebabkan oksigen yang dibawa masuk ke seluruh tubuh menjadi berkurangan. Inilah punca yang menyebabkan kita penat dan juga mengantuk.





Itulah beberapa petanda yang sis notis kalau sis sendiri kurang minum air masak. Dulu zaman muda remaja, sis nie agak kurang menitikberatkan soal kepentingan air masak buat tubuh, reasonnya malas nak berulang-alik ke tandas! Padahal benda tu bagus, untuk membuang segala toksik dalam badan. Tapi tu lahhh kan.. 
Nak cantik, nak sihat.... so pastikan korang minum air masak secukupnya ya! Apapun, barang yang lepas jangan dikenang lagi! Hahhaa.. sejak-sejak dah tua nie kemain lagi nak pastikan air sentiasa mencukupi dalam badan. Bangun tidur, wajib minum air masak dulu!
Sekarang nie tak ada lagi konsep malas-malas nak ke tandas! Hahahaa…

Okaylah, catatan sis kali ini. Sampai jumpa lagi. Tata...

Lurve,
Sis Anie Mohamed
Foto: Sumber internet

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2020/01/kenali-5-tanda-kita-kurang-minum-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Latih Anak Suka Air Masak Mak Ayah Pun Sama Sama Kena Berebut Minum

Nak Latih Anak Suka Air Masak Mak Ayah Pun Sama Sama Kena Berebut Minum

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 571 hits
Sudah kita ketahui akan kebaikan air masak Ibu ayah harus melatih anak anak untuk minum air masak dan jadikan ia tabiat Tidak dinafikan anak anak lebih suka minum air manis kerana banyak perisa yang sedap sedap Ada beberapa kaedah yang bole...
Air Ketuban Ibu Kurang Mungkin Sebab Bayi Ada Masalah Buah Pinggang Saluran Kencing

Air Ketuban Ibu Kurang Mungkin Sebab Bayi Ada Masalah Buah Pinggang Saluran Kencing

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 508 hits
Air ketuban kurang boleh menjejaskan kehamilan Ia hanya boleh dikesan menerusi ujian imbasan Apakah kemudaratan yang boleh terjadi dan adakah ia boleh diatasi Ia hanya berlaku kepada kira kira 4 kehamilan Oligohidramnios berlaku pada enam b...
7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu

7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 235 hits
Umum sedia maklum tentang kebaikan meminum air putih kepada tubuh badan Namun ramai yang tak tahu kesannya apabila minum air putih ketika perut kosong Berikut merupakan 7 kesan minum air putih ketika perut kosong 1 Buang racun dalam badanKe...
Muda 10 Tahun Gara Gara Minum Air Kosong

Muda 10 Tahun Gara Gara Minum Air Kosong

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 282 hits
Wanita yang bernama Sarah Smith berusia 42 tahun mengatakan bahawa dirinya berubah menjadi lebih muda selepas minum air kosong sebanyak enam botol setiap harinya Wanita ini mengatakan bahawa wajahnya lebih mudah 10 tahun dari sebelumnya Sar...
6 Manfaat Minum Air Putih Bantu Keluarkan Racun Dari Tubuh

6 Manfaat Minum Air Putih Bantu Keluarkan Racun Dari Tubuh

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 455 hits
Air merupakan sumber kehidupan bagi makhluk hidup di bumi Tubuh manusia pun sangat membutuhkan air Hal ini dikarenakan tubuh manusia terdiri dari 60 cairan
Idea Minum Air Guna Batang Serai Ganti Penggunaan Straw Plastik Biar Betik

Idea Minum Air Guna Batang Serai Ganti Penggunaan Straw Plastik Biar Betik

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 616 hits
Sumber gambar dari Borak DailyMacam ini inistiatif pelbagai pihak dalam mengurangkan penggunaan plastik dimana plastik menjadi salah satu punca pencemaran terutamanya straw dan beg plastik Antara inisiatif yang dilakukan adalah mmebuat beg ...
Penampakan Sarang Tawon Seukuran Dispenser Air Di Pohon Pinggir Jalan Kota Tangsel

Penampakan Sarang Tawon Seukuran Dispenser Air Di Pohon Pinggir Jalan Kota Tangsel

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 232 hits
Sarang tawon berdiameter 50 sentimeter itu berada di pohon mahoni di Jalan Utama Bintaro sektor 3A Sarang berukuran besar itu diduga sudah menempel di dahan pohon selama 2 bulan
Mb Selangor Tidak Hasrat Henti Program Air Percuma

Mb Selangor Tidak Hasrat Henti Program Air Percuma

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 245 hits
HULU LANGAT 22 JAN Kerajaan Negeri tidak bercadang menghentikan program air percuma kepada golongan sasar walaupun kos perbelanjaannya meningkat setiap tahun kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata kedudukan kewangan negeri...
300 Realme Buds Air Berjaya Terjual Dalam Satu Minit

300 Realme Buds Air Berjaya Terjual Dalam Satu Minit

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 257 hits
Siapa sangka model yang baru sahaja dilancarkan daripada jenama yang semakin naik iaitu realme berjaya terjual sebanyak 300 unit sepanjang seminit pertama promosi dilancarkan di Shopee Model yang dimaksudkan adalah realme Buds Air sebuah Tr...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo