Kenali 49 Ultraman Di Ultra Heroes Tour South East Asia


KENALI 49 ULTRAMAN DI ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA | Assalammualaikum semua! Bermula 10 November 2022 sehingga 27 November 2022 anda semua berpeluang membawa anak-anak dan seluruh ahli keluarga anda ke Ultra Heroes Tour South East Asia yang sedang berlangsung di Center Court, Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Ultraman adalah siri fiksyen yang sangat menghiburkan. Tiada siri superhero dapat menandingi bagaimana kita seronok menonton Ultraman. Banyak siri yang menyerupai Ultraman. Tetapi, Ultraman tetap pujaan hati Ruby! 
KENALI 49 ULTRAMAN DI ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA

Membesar dengan siri Ultraman adalah kenangan paling terindah pada zaman kanak-kanak Ruby. Sehingga hari ini, Ruby masih menyukainya dan Ultraman pertama Ruby kenal adalah Ultraman yang dilakonkan oleh Bin Furuya yang pada ketika itu watak Shin Hayata dari pasukan peronda. Masa Hayata pegang Beta Capsule dan bertukar jadi Ultraman tu amat dinantikan! Cepatlah bertukar! Raksasa dah sampai!!!! Hahahaha.


Satoshi Furuya, dikenali secara profesional sebagai Bin Furuya, ialah seorang pelakon Jepun yang terkenal dengan penggambaran watak utama dalam siri Ultraman 1966 yang tidak dikreditkan. Kalau zaman Ruby dulu, rasa percaya Ultraman ni memang wujud. Hahaha. Kanak-kanak kan. Percaya ye kewujudan Ultraman dan Raksasa Kaiju tu. 
Siapa sangka, siri fiksyen Ultraman sudah mempunyai 49 karakter Ultraman. 
1. Ultraman2. Zoffy3. Ultraseven4. Ultraman Jack5. Ultraman Ace6. Ultraman Taro7. Father of Ultra8. Mother of Ultra9. Ultraman Leo10. Ultraman King11. Astra12. Ultraman Joneus13. Ultraman 8014. Yullian15. Ultraman Great16. Ultraman Powered17. Ultraman Tiga18. Ultraman Dyna19. Ultraman Gaia20. Ultraman Agul21. Ultraman Neos22. Ultraseven 2123. Ultraman Cosmos24. Ultraman Justice25. Ultraman Nexus26. Ultraman Max27. Ultraman Xenon28. Ultraman Mebius29. Ultraman Hikari30. Ultraman Zero31. Ultraman Ginga32. Ultraman Victory33. Ultraman X34. Ultraman Orb35. Ultraman Geed36. Ultraman Rosso37. Ultraman Blu38. Ultrawoman Grigio39. Ultraman Taiga40. Ultraman Titas41. Ultraman Fuma42. Ultraman Ribut (Malaysia)43. Ultraman Z44. Ultraman Trigger45. Ultraman Regulos46. Ultraman Chuck47. Ultraman Scott48. Ultrawoman Beth49. Ultraman Decker
Nak tahu tentang karakter setiap Ultraman? Baca di sini www.tsuburaya-prod.com/heroeslist
KETERUJAAN BERTEMU ULTRA HEROES
Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) dari 10 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor

Mr Takeshi Hashimoto, Tsuburaya Productions

Acara ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. Dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan, Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN, kebanyakan yang membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini. 
PATUNG ULTRAMAN DECKER
Pengunjung acara ini akan menjadi antara yang pertama menemui ULTRAMAN DECKER, terbitan terbaharu siri popular Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun. 

Jangan lepaskan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merakam gambar bersama PATUNG ULTRAMAN DECKER bersaiz manusia. Setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, ia merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations

ULTRAMAN LIVE SHOW

Rasai aliran adrenalin di PERSEMBAHAN LANGSUNG ULTRAMAN (ULTRAMAN LIVE SHOW) yang memaparkan ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER serta pertembungan penuh aksi mereka bersama raksasa SATANDELOS. 

Ultraman Live Show berlangsung pada 3 sesi iaitu 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November 2022) dan Ahad (12, 20 dan 27 November 2022), pengunjung dapat menyaksikan sendiri aksi pertempuran karakter-karakter ini dengan lebih dekat. Sebarang perubahan jadual tersebut tertakluk pada perubahan tanpa notis awal


Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memaparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto, yang memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER. 
Anda juga pasti terpegun dengan diorama menarik dengan babak-babak realistik daripada siri ULTRAMAN yang disediakan di acara tersebut. 
KOLEKSI FIGURA ULTRAMAN
Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baru, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations. Para peminat boleh menambah koleksi figura mereka (atau bagi peminat-peminat baru untuk memulakan koleksi mereka) di sudut jualan istimewa ULTRAMAN dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian. 

Antara produk utama adalah:
TAMASHII NATIONS BOX Ultraman ARTlized - Here He Comes! Our Ultraman. Boleh didapati di acara ini pada harga RM40

KOTAK TAMASHII NATIONS yang pertama adalah ULTRAMAN. Ia merupakan penampilan sulung ARTlized, satu siri baru yang memperingati generasi pertama karakter-karakter Ultraman SD dari tahun 1980-an dan 1990-an. Kotak ini merangkumi lapan figura dengan satu figura rahsia! Ia amat sesuai bagi pengumpul dan peminat ULTRAMAN atau semata-mata untuk menceriakan ruang kediaman anda. 

S.H.Figuarts ULTRAMAN (THE RISE OF ULTRAMAN. Sebuah item eksklusif yang hanya boleh didapati di jelajah ini. Ia boleh didapati pada harga RM240. 

Ultraman ini adalah berdasarkan komik ‘THE RISE OF ULTRAMAN’. Ia direka dengan bayang biru dan hitam di tempat-tempat penting tubuhnya bagi memberikan penampilan tersendiri seperti yang dilihat dalam komik. 

S.H.Figuarts ULTRAMAN RIBUTBoleh didapati di acara ini pada harga tawaran RM275. 
Daripada ‘Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad’, Ultraman Ribut muncul dalam siri ‘Ultra Galaxy Fight’ serta ‘Ultraman Trigger’

S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER FLASH TYPE. Terbitan rasminya dijadualkan pada November 2022. Harga jualan figura ini adalah RM198. 

Daripada ‘Ultraman Decker’, ketinggian figura ini adalah 150mm dan didatangkan bersama 4 bahagian gantian - pergelangan tangan kiri dan kanan, pemasa berwarna merah dan kad dimensi Ultra. 
Jelajah ULTRAMAN (ULTRAMAN Tour), yang dimulakan di Thailand sebelum tiba di Malaysia, dijangka menarik kehadiran 180,000 pengunjung dari segenap usia di Asia Tenggara. Sama ada dewasa, kanak-kanak, peminat mahupun pengumpul, mereka pastinya tertarik dengan karakter-karakter ULTRAMAN. 
Mr Masato Sato, Bandai Spirit Co Ltd


Bandai Namco Asia merasa sukacita untuk mempersembahkan produk terbaharu mereka, S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER, kepada ramai peminat di rantau ini yang telah mengikuti perkembangan ULTRAMAN selama ini. 
Mereka akan terus membangunkan dan mengembangkan produk ULTRAMAN untuk memastikan dia menarik minat peminat dan menambat imaginasi mereka

Para peminat boleh mendapatkan maklumat terkini Jelajah Asia Tenggara ULTRAMAN dan Figuarts menerusi laman Tamashii Nations South Asia (https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia), Tamashii Nations (https://tamashii.jp/) dan Bandai Spirits Co Ltd (https://www.bandaispirits.co.jp/)

Masuk ke acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) adalah percuma. Waktu operasi adalah 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjungi mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga. 
ATIQ AZMAN PEMINAT ULTRAMAN 

Atiq Azman atau nama sebenar adalah Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan model lelaki. Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Amirul dalam drama Nur pada tahun 2018

Wataknya yang memberi impak kepada penonton sering diingati. Ramai mengatakan beliau seperti adik-beradik dengan pelakong Syafiq Kyle ketika melakonkan watak Amirul. Namun, mereka hanyalah rakan seperjuangan dalam bidang lakonan sahaja

Siapa sangka, Atiq Azman ni meminati Ultraman dengan lengkap sekali! Seronok apabila mendengar dia bercerita tentang setiap karakter Ultraman. Kemudian tahu perbezaan setiap Ultraman dari segi kuasa dan pakaian. Usia setiap Ultraman pun dia tahu. Terus Ruby flashback kenangan menonton Ultraman masa kecil dulu. 
HADIAH SETIAP PEMBELIAN
Apabila anda berbelanja di Ultra Heroes Tour South East Asia, pelbagai hadiah menarik tersedia. 

MENGENAI TAMASHII NATIONS
Berpengkalan di Tokyo, Jepun, TAMASHII NATIONS adalah jenama barangan koleksi premium daripada Bandai yang berdedikasi untuk mencipta figura-figura berkualiti tinggi. Jenama-jenama di bawahnya termasuk METAL BUILD, S.H.Figuarts, Soul of Chogokin dan The Robot Spirits. 
Laman rasmi Facebook “Tamashii Nations South Asia”: https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.AsiaJabatan Koleksi Mainan rasmi BANDAI SPIRITS Co. Ltd.: https://tamashii.jp/
MENGENAI PREMIUM BANDAI 
PREMIUM BANDAl adalah gedung dalam talian rasmi BANDAI yang hanya menyediakan koleksi-koleksi edisi eksklusif, terhad dan tempahan awal. Sepanjang acara, item-item eksklusif dalam talian Ultraman akan ditawarkan di PREMIUM BANDAI

Gedung rasmi PREMIUM BANDAI di Shopee Mall: https://shopee.com.my/p_bandai.osLaman rasmi Facebook “PREMIUM BANDAI Asia”: https://www.facebook.com/pbandai.asia
MENGENAI ULTRAMAN DECKER

(https://tsuburaya-prod.com/heroes/ultraman-decker) 
Decker adalah Gergasi Cahaya (Giant of Light) yang ditukar oleh protagonis, Kanata Asumi. Bentuk asas beliau dipanggil Flash Type. Beliau boleh Type Change kepada Strong Type yang amat berkuasa dan berkuasa luar biasa menerusi Miracle Type. 
Ketinggian: 55 metersBerat: 45,000 tan (sama untuk ketiga-tiga bentuk)
MENGENAI ULTRAMAN TRIGGER
(https://tsuburaya-prod.com/heroes/ultraman-trigger)
Selepas menewaskan Raksasa Kegelapan (Giants of Darkness) yang telah memusnahkan dunia pada zaman Ultra Ancient sehingga ke hujung angkasa, Trigger telah berubah kepada patung batu di Marikh tetapi dihidupkan semula apabila Kengo bergabung dengan patung Gergasi tersebut. 
Sejak itu, Kengo telah berubah kepada Trigger dengan elemen “GUTS Sparklence”. TRIGGER mempunyai keupayaan untuk Type Change kepada bentuk lain seperti Power Type dan Sky Type. Beliau berlawan dengan pelbagai serangan pancaran cahaya serta senjata suci “Circle Arms” yang boleh berubah kepada pedang, penyepit dan anak panah. 
Ketinggian : 53 meterBerat : 44,000 tan
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian lengkap karakter-karakter Ultraman, sila rujuk https://tsuburaya-prod.com/heroeslist

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/11/kenali-49-ultraman-di-ultra-heroes-tour.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ultra Heroes Datang Ke Malaysia Di Paradigm Mall Petaling Jaya

Ultra Heroes Datang Ke Malaysia Di Paradigm Mall Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 253 hits
Siapa dekat sini peminat watak animasi Ultraman Yer ramai kan peminat Ultraman ni tidak kira umur dari kanak kanak hingga lah dewasa Oh ya nak bagitau ni Ultraman datang Malaysia guysss Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tengga...
Kawasan Industri Jababeka Menjadi Klaster Industri Net Zero Pertama Di Asia Tenggara

Kawasan Industri Jababeka Menjadi Klaster Industri Net Zero Pertama Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 129 hits
Pabrik pabrik industri terkemuka di Kawasan Industri Jababeka di Cikarang Indonesia terdiri dari Pertamina Hitachi Unilever dan L Or al berkolaborasi untuk menciptakan klaster industri net zero dan menjadi klaster industri net zero pertama ...
Tf Esc B20 Lahirkan Kawasan Industri Hijau Pertama Di Asia Tenggara

Tf Esc B20 Lahirkan Kawasan Industri Hijau Pertama Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 162 hits
Task Force Energy Sustainability and Climate Business 20 berhasil melahirkan Kawasan Industri Hijau pertama di Asia Tenggara Lahirnya kawasan industri hijau menunjukkan dekarbonisasi industri menjadi sangat penting baik untuk industri yang ...
Taylor S University Is Now Asia S Top 50

Taylor S University Is Now Asia S Top 50

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 167 hits
Taylor s University continues to accelerate its vision of being the best Malaysian private university in Asia exemplified by yet another sterling achievement in the recent QS Asia University Rankings 2023 The institution improved its perfor...
Rusia Dakwa As Pacu Ketenteraan Di Asia Tenggara

Rusia Dakwa As Pacu Ketenteraan Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 242 hits
MENTERI luar Rusia pada Ahad mendakwa Amerika Syarikat memacu peningkatan ketenteraan di Asia Tenggara berkata Washington cuba membendung pengaruh Beijing dan Moscow di rantau ini Sergei Lavrov bercakap kepada pemberita di lapangan terbang ...
Indonesia Jadi Tuan Rumah Pertemuan Dewan Asia Design Sharing

Indonesia Jadi Tuan Rumah Pertemuan Dewan Asia Design Sharing

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 159 hits
Indonesia bersama sejumlah negara di Asia bertekad membawa perubahan bagi pengembangan desain global Membawa semangat satu Asia Indonesia berharap Asia bisa menjadi pusat pengembangan desain global Indonesia pun menjadi tuan rumah Pertemuan...
Jadi Negara Asia Yang Paling Rajin Menang Ini 4 Miss Universe Dari Filipina

Jadi Negara Asia Yang Paling Rajin Menang Ini 4 Miss Universe Dari Filipina

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 209 hits
Filipina adalah negara Asia yang paling sering memenangkan mahkota Miss Universe Dua di antara empat pemenangnya adalah Pia Wurtzbach dan Catriona Gray
Kaspersky Sebut Asia Tenggara Jadi Incaran Phising Keuangan

Kaspersky Sebut Asia Tenggara Jadi Incaran Phising Keuangan

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 139 hits
Perkembangan teknologi dalam sistem pembayaran telah menggantikan peran uang tunai sebagai alat pembayaran sehingga transaksi nontunai di Indonesia semakin efisien Ditambah lagi transaksi nontunai semakin diminati dengan hadirnya Indonesia ...
Tony Fernandes Lepas Jawatan Sebagai Pemangku Ceo Air Asia X

Tony Fernandes Lepas Jawatan Sebagai Pemangku Ceo Air Asia X

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 220 hits
Tan Sri Tony Fernandes sah telah meletakkan jawatan sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia X Berhad berkuat kuasa serta merta disebabkan tanggungjawab lain Terdahulu beliau sekali lagi memegang jawatan tersebut pada J
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura