Kenali 26 Sifat Sombong Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar


Kenali 26 Sifat Sombong Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar. Apa faedahnya bersifat sombong? Adakah ia boleh membuatkan anda dipuji hingga berasa bahagia? Jika anda suka puji-pujian, anda gemar menunjuk-nunjuk dengan sesuatu kelehihan... anda mungkin ada masalah di hati. Sebenarnya orang yang sombong selalu rugi. Dia akan banyak kehilangan dalam hidupnya, terutamanya ketenangan. Kenapa begitu? Orang sombong ni suka berharap kepada penghargaan manusia. Dia lupa pujian manusia akan lenyap bila tiba masanya. Berhati-hatilah dengan penampilan kita. Jauhi bersikap sombong, cakap besar dan ego. Humble tu lagi baik, itu sifat terpuji yang manusia suka dan Allah cinta!

Baca : Kenali 26 Sifat Sombong Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar  .... Sumber

26 Sifat Sombong Yang Mungkin Kita Amalkan Tanpa Kita Sedari. Sifat sombong ni tak baik tau, Allh tak suka. Orang pun tak suka. Orang kata, orang yang bersifat sombong ni lebih banyak rugi dari untungnya. Kawan-kawan hilang, adik-beradik menjauh, kerja pun tak selesa. Orang yang sombong pula akan selalu stress. Renungkanlah!


Rasulullah bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.”
Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?”
Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91)
26 Senarai Sifat Sombong Yang Boleh Direnungkan
1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf

12. Orang sombong suka dihormati

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain di depannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira

Semoga bermanfaat. 
Hidup dengan berpijak di bumi nyata, terima kelebihan orang lain dengan bersyukur dan melihat kelemahan diri sendiri sebagai satu hikmah untuk belajar dan menambah ilmu


  #Penafian:❤:

Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2023/01/kenali-26-sifat-sombong-yang-sering.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiba Tiba Umno Sedar Rasuah Tidak Bagus Dan Kotor

Tiba Tiba Umno Sedar Rasuah Tidak Bagus Dan Kotor

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 141 hits
Apakah selama ini berbelas kali pilihanraya yang lalu umno merasuah pengundinya dengan pelbagai cara dan kini mula sedar semua itu rasuah
Anak Muda Kena Sedar Diri Segera

Anak Muda Kena Sedar Diri Segera

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 220 hits
https youtube com shorts 50nq4m66dgc feature share Purata setiap tahun meningkat tiada alasan takut rugi
Abahcoow Jelas Sedar Undang Undang Ya Tapi Masa Dia Buat Pkp Dulu Dia Hentam Saja

Abahcoow Jelas Sedar Undang Undang Ya Tapi Masa Dia Buat Pkp Dulu Dia Hentam Saja

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 169 hits
Aku suka berita ni Jelas tunjukkan sikap Mahiaddin terhadap perlembagaan dan undang undang Speaker Dewan Datuk Johari Abdul memutuskan 4 ahli parlimen GRS yang meninggalkan Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi mereka Keputusan itu dibuat...
Kes Tipu Dalam Bina Rumah Yang Ramai Orang Tidak Sedar

Kes Tipu Dalam Bina Rumah Yang Ramai Orang Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 199 hits
Kes Tipu Dalam Bina Rumah Yang Ramai Orang Tidak Sedar Ramai Orang yang mengidamkan untuk memiliki sebuah rumah sebagai tempat kediaman Sememangnya rumah adalah suatu yang penting untuk meneruskan hidup Bahkan memiliki rumah adalah satu kep...
Ibu Tak Sedar Anak Perempuan Tiga Tahun Lemas Dalam Mesin Basuh

Ibu Tak Sedar Anak Perempuan Tiga Tahun Lemas Dalam Mesin Basuh

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 224 hits
KIM SYAZIEKehilangan kanak kanak perempuan berusia tiga tahun terjawab selepas ditemui maut dalam mesin basuh milik keluarganya Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Paris Pada waktu kehilangan kanak kanak berkenaan ibu bapanya sedang mak...
Sedar Tak Kulit Kita Ni Cantik Nabila Huda Pelik Ramai Yang Obses Nak Putih

Sedar Tak Kulit Kita Ni Cantik Nabila Huda Pelik Ramai Yang Obses Nak Putih

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 178 hits
Pelakon dan pengacara terkenal Nabila Huda yang juga merupakan anak kepada rockers Malaysia Amy Search telah meluahkan pendapatnya apabila ramai kaum wanita yang obses untuk memiliki warna kulit yang cerah dan putih Nabila yang sememangnya ...
Adam Shaz Baru Sedar Dia Kena Sindir Dgn Suami Fatin Afeefa Ketika Dimahkamah Ini Respond Adam

Adam Shaz Baru Sedar Dia Kena Sindir Dgn Suami Fatin Afeefa Ketika Dimahkamah Ini Respond Adam

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 253 hits
Pelakon Adam Shahz akui hanya mengetahui mengenai video dirinya disindir suami pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang di Mahkamah Syariah Shah Alam baru baru ini selepas dikirimkan oleh seseorang kepadanya
Definisi Rejab Hadith Tidak Sahih Berkaitan Bulan Rejab Amalan Yang Boleh Dilakukan Pada Bulan Rejab

Definisi Rejab Hadith Tidak Sahih Berkaitan Bulan Rejab Amalan Yang Boleh Dilakukan Pada Bulan Rejab

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 227 hits
AssalamualaikumBismillahDoa Bulan RejabBulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW Tambahan pula Allah SWT juga berfirman berkaitan bulan Haram...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash